Tuesday 31 May 2011

Pentingnya ujian pap smear

Sudahkah anda menjalani ujian Pap-smear? Ia adalah ujian bagi memastikan sel-sel pada rahim anda bebas daripada sebarang penyakit yang tidak diingini terutamanya kanser pangkal rahim.

Dikatakan setiap wanita yang telah mengalami hubungan seksual perlu menjalani ujian Pap smear sebaik-baiknya setahun sekali. Sewaktu ujian ini dijalankan, doktor akan mengambil sedikit sampel daripada tisu rahim dan sampel ini akan dihantar ke makmal untuk dianalisis. Dalam masa lebih kurang seminggu, anda akan dapat keputusan ujian makmal sama ada positif atau negatif. Tindakan awal dari anda boleh memastikan anda bebas dari sebarang risiko penyakit yang amat digeruni ini.

Ujian pap-smear ini amat pantas prosedurnya sekitar 5-10 minit. Ia juga tidak menyakitkan. Jika malu, dapatkanlah rawatan daripada doktor wanita. Proaktiflah dari sekarang dan jalanilah ujian pap-smear. Pastikan kesihatan diri yang terbaik untuk diri anda.

Krim penjagaan mata

Kulit di sekitar mata adalah amat sensitif dan memerlukan produk penjagaan khas. Antara masalah-masalah yang kerap melanda dan menjejaskan kecantikan mata ialah sembab, dark circle (bulatan hitam) dan under eye bag (kantung bawah mata). Aktiviti yang melibatkan penumpuan mata seperti membaca dan mengadap komputer juga boleh mengakibatkan kedut dan mata kekeringan serta kemerahan.

Sebaik-baiknya mulakan dengan menggunakan produk khas penjagaan mata apabila usia mula menjengah 20-an. Berikut adalah beberapa contoh produk jagaan mata dengan harga berpatutan yang boleh dicuba:-

Avon advanced eye perfector

Garnier eye roll on

Loreal Revitalift eye cream

Di samping jenama-jenama penjagaan kulit seperti di atas, anda juga boleh cuba krim mata keluaran Bio essence, The Face Shop, Nivea dll. Mulakan memberi penjagaan ekstra pada mata anda hari ini juga untuk mengekalkan kesihatan mata yang bersinar dan menawan.


Monday 30 May 2011

Fibroid

Apakah fibroid? Ia adalah ketumbuhan pada lapisan endometrium dalam dinding uterus (rahim) dan boleh wujud dalam 2 keadaan - sama ada bahaya, atau tidak bahaya.

Kajian menunjukkan sekitar 25% wanita seluruh dunia mengidapi fibroid tetapi ada di kalangan mereka yang tidak menyedarinya. Ini kerana ketumbuhan fibroid sangat berkaitan dengan hormon estrogen. Apabila kadar estrogen menurun dan wanita tidak lagi didatangi haid, fibroid itu akan mengecut dengan sendirinya. Fibroid yang tidak merbahaya ini biasanya berskala kecil, iaitu kurang 5 sentimeter.

Namun, anda harus berhati-hati jika mengalami simptom-simptom yang merisaukan yang mungkin ada kaitan dengan fibroid. Antara gejala-gejala yang mungkin timbul ialah ketidaksuburan, senggugut berpanjangan dan pendarahan. Jika doktor mengesan fibroid ini dalam tubuh badan anda, rawatan selanjutnya akan dicadangkan dan jika melibatkan ketumbuhan yang besar, fibroid tersebut akan dibuang menerusi pembedahan.

Fibroid bukan barah yang mendatangkan bahaya kepada organ-organ anda namun jika saiznya besar ia mungkin mengganggu fungsi tubuh. Contohnya fibroid yang besar boleh menekan pundi kencing dan mendatangkan masalah. Ada juga fibroid yang membesar di dalam rahim dan menyekat bayi turun ke bawah menyebabkan ibunya tidak dapat bersalin normal. Rujuklah pakar perbidanan dan sakit puan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut. Jangan biarkan masalah kesihatan anda dari terus membelenggu dan menghalang anda dari mengecap nikmat kehidupan.

Cipta minuman sedap

Eksperimen di dapur sendiri menghasilkan sebuah resepi yang, oh! sungguh sedap...

Dapatkan minuman kordial vimto. Ia terdapat di pasaraya-pasaraya dengan packaging botol seakan-akan Ribena
Dengan menggunakan juicer (pemerah jus), ekstrakkan jus daripada butiran anggur dan campurkan dengan kordial vimto tadi.
Tambahkan sedikit air gula

Tambahkan sedikit apple cider (cuka epal)

Tambahkan crushed ice secukupnya

Segelas minuman yang menggiurkan sedia untuk dinikmati

Sunday 29 May 2011

Skrub untuk wajah

Skrub wajah (Facial scrub) digunakan sebagai pencuci sampingan kepada pencuci muka utama. Ini kerana pencuci muka utama digunakan untuk memberi pembersihan lembut setiap hari (daily cleansing), namun skrub digunakan untuk menanggalkan sel kulit mati, cukup pada kadar 2 kali seminggu.

Skrub pembersih wajah jenama St Ives yang terbukti berkesan

Jika menggunakan skrub terlalu kerap, dikhuatiri akan mengakibatkan kekeringan pada muka. Ini kerana skrub biasanya mengandungi manik-manik halus seperti bijian aprikot untuk menanggalkan sel kulit mati secara efektif. Jika digunakan secara berlebihan, bimbang ia menyebabkan wajah kehilangan minyak dan kelembapan semulajadi. Jika ianya berlaku, wajah cenderung untuk kering dan mengundang kedut.

Selepas mencuci wajah dengan skrub, bilas bersih-bersih dan keringkan diikuti dengan pemakaian toner dan pelembab. Ada juga yang memberi rawatan ekstra pada wajah dengan memakai topeng kecantikan (beauty mask). Wajah yang telah tersedia bersih mampu menyerap khasiat mask dengan lebih efektif dan mendalam.

Petunjuk caesarean (Guide to caesarean)


Kebanyakan wanita mengimpikan dapat bersalin secara normal namun ada juga yang terpaksa menjalani kaedah caesarean. Jika anda terpaksa melaluinya, jangan bersedih. Sebuah majalah berbahasa Inggeris yang saya baca memberi satu nasihat berguna. "It never makes you less a woman"

Ada pelbagai sebab mengapa perlu menjalani caesarean, antaranya :-
  1.  Fetal distress - bayi lemas dalam kandungan. Pembedahan segera wajib dilakukan demi menyelamatkan kedua-dua nyawa bayi dan ibu
  2.  Head not engaged - Adakalanya ibu mempunyai ruang rongga pelvik yang kecil dan sempit sehinggakan bayi tidak dapat turun ke bawah secara kelahiran biasa. Caesarean merupakan pilihan yang tepat untuk memastikan kelahiran bayi secara selamat.
  3.  Risiko lain seperti ibu mengidap asthma atau sakit jantung menjadikan mereka tidak cukup tenaga dan kekuatan untuk berjuang nasib bersalin normal.
Apa yang boleh anda jangkakan apabila doktor menasihati anda untuk menjalani pembedahan caesarean?
  • Bertenang. Anda akan lebih mudah menghadapinya kerana telah bersedia secara psikologi
  • Beri kerjasama. Anda akan dikehendaki menandatangi borang memberikan persetujuan untuk dibedah
  • Anda juga perlu menandatangani borang menandakan anda setuju untuk dibius. Pakar bius akan memberi anda dos secukupnya di bahagian saraf tulang belakang supaya anda berasa kebas (numb) separuh badan dan membolehkan prosedur pembedahan dijalankan.
  • Pembedahan bermula. Bertenang dan jangan berasa ngeri. Alihkan fokus anda contohnya dengan membayangkan anda bakal bertemu dengan bayi comel anda sebentar lagi.
  • Percaya atau tidak, pembedahan caesarean tempohnya sekejap sahaja. Doktor akan menarik keluar bayi selepas abdomen anda dibuka. Sebenarnya, tempoh anda dijahit semula (stiched up) agak memakan masa dan memerlukan anda bersabar.
  • Tempoh abdomen dijahit semula mungkin terlalu lama menjadikan anda sedikit lenguh dan tidak selesa. Ambil peluang untuk berzikir atau bertafakur. Tidak berapa lama selepas itu, anda boleh menarik nafas lega kerana prosedur pembedahan telah berakhir dengan selamat.
Bersikap positif akan banyak membantu anda menjalani kaedah caesarean dengan sebaik-baiknya. Fikirkan kebaikannya dan anda akan pulih dengan lebih cepat selepas pembedahan. Caesarean membantu anda menjalani kelahiran dengan lebih singkat. Selepas pembedahan, anda tidak kehilangan banyak tenaga maka anda boleh fokus kepada kelahiran bayi. Organ dalaman juga tidak trauma kerana tidak mengalami 'forced nature' (gesaan meneran). Yang penting, jalanilah tempoh pantang anda dengan sebaik-baiknya dan selepas itu, anda akan kembali sihat dan cergas kembali.

Bedak tradisi

Bedak adalah alat solek paling sinonim dengan wanita selain gincu (lipstik). Seiring dengan perkembangan zaman dan teknologi terkini, bedak juga mengalami revolusi tersendiri.

Bedak nyonya

Bedak sejuk

Gadis-gadis dahulu meramu sendiri bedak sejuk mereka dengan merendam beras selama seminggu. Selepas beras menjadi lembut, ia dititiskan melalui corong daun untuk dijadikan butiran halus bedak sejuk.

Bedak siam

Bedak air Siam yang digunakan sebagai bedak asas. Guru Biologi saya melarang penggunaan bedak ini kerana mengandungi merkuri (raksa).

Bedak Yardley @ Three Beauties

Bedak kompak di atas juga cukup klasik. Ia digunakan oleh ramai wanita yang sezaman dengan ibu saya untuk merias wajah mereka. Seingat saya bedak ini masih bertahan di pasaran kerana baru-baru ini saya terpandang jenama ini di kaunter kosmetik. Bagi saya, bedak-bedak ini ada nostalgianya yang tersendiri.

Thursday 26 May 2011

Sabun dari lumpur Laut Mati

Jika inginkan perawatan terbaik untuk kulit, cuba Zara Black Mud Soap dari Cosway. Ia selamat digunakan pada kulit muka dan badan. Ia dihasilkan daripada lumpur hitam Laut Mati di Jordan yang terkenal dengan kuasa penyembuhan dan bersifat terapeutik.

Gunakan pada tubuh badan semasa mandi jika menghadapi masalah jerawat badan atau kegatalan kulit. Untuk muka, ia boleh merawat ekzema dan membersihkan wajah berminyak. Struktur sabunnya juga amat tahan lasak. Jimat dipakai disamping mampu merawat pelbagai punca masalah yang melanda kulit. Beri khasiat perubatan Black Mud Soap from the Dead Sea kepada kulit anda untuk kesan terbaik.


Wednesday 25 May 2011

Persediaan mengandung

Jika anda amat menitik beratkan penjagaan kesihatan selama ini, gandakan lagi usaha anda jika sedang menempuh kehamilan. Tidak salah untuk bersikap 'health conscious'.

Amalkan pengambilan asid folik. Pakar kesihatan mencadangkan pengambilan asid folik dengan kadar seawal 3 bulan dari tarikh perancangan mengandung. Asid folik penting untuk pertumbuhan sel yang baik pada janin anda.


Anda juga perlu mendapat khasiat vitamin secukupnya dengan mengambil kapsul vitamin khas untuk keperluan ibu mengandung. Jika di hospital atau klinik kesihatan kerajaan, anda akan dibekalkan dengan pil vitamin B kompleks dan iron tablet (zat besi). Anda perlu disiplinkan pengambilan dan jangan culas mengambil vitamin-vitamin ini.

Jangan lupakan vitamin C kerana ia penting untuk penyerapan zat besi secara optimum. Tanpa khasiat vitamin C, pil zat besi yang anda ambil tidak dapat diserap sepenuhnya ke dalam tubuh. Zat besi penting kerana jika kekurangannya anda akan mudah diserang anemia (kurang darah) dan mengakibatkan mual, letih, lesu dan pening sepanjang kehamilan.

Minum susu secara kerap kerana susu mempunyai khasiat kalsium. Janin memerlukan kalsium untuk pertumbuhan yang baik pada tulangnya.


Banyakkan makan buah-buahan untuk memastikan  sistem percernaan berfungsi dengan baik.

Elakkan jangkitan kuman. Bawa sebotol kecil hand sanitizer dan kerap sterilkan tangan anda untuk mengelakkan jangkitan melalui sentuhan.

Jangan mengambil ubat-ubatan yang tidak perlu. Dapatkan nasihat doktor jika ingin mengambil ubat sampingan,  walaupun hanya sebutir panadol. Kita tidak tahu sejauh mana ubat-ubatan itu memberikan kesan kepada pertumbuhan janin. Jaga kesihatan anda sebaik mungkin. Bertenang dan laluilah saat-saat manis sepanjang tempoh kehamilan. Bersikap positif dan InsyaAllah, kelahiran yang indah bakal anda tempuhi apabila sampai masanya nanti.

Vitamin E untuk kulit

Kekalkan kesihatan kulit anda di paras optimum dengan kebaikan vitamin E. Organic Aid adalah jenama produk kecantikan kulit terbaik yang memanfaatkan sepenuhnya khasiat vitamin E.

Mulakan langkah pembersihan kulit dengan Organic Aid Cleansing Foam

Juga ada dalam bentuk cleansing bar untuk variasi pencucian wajah anda

Krim vitamin E dari Organic Aid amat popular malah ramai di kalangan kaum lelaki turut menggunakannya

Untuk penjagaan ekstra di waktu malam, titiskan vitamin E untuk mengekalkan kulit cantik menawan

Set penjagaan kulit dari Organic Aid ini amat praktikal sekali kegunaannya. Ia menggunakan sumber vitamin E semulajadi dari derivatif tumbuh-tumbuhan. Kebaikan yang ditawarkannya tidak perlu dipertikaikan lagi, meskipun ia tidak hadir dalam pakej berharuman. Untuk anda yang sedang mencari-cari produk pilihan, tandakan jenama ini jika ingin berkunjung ke farmasi berhampiran.

Tuesday 24 May 2011

Tentang Camelia

Camelia (lahir 1974) mula menjengah industri seni sekitar tahun 1990-an. Berasal dari Bumi Kenyalang, beliau layak diberi jolokan 'Puteri Santubong zaman moden' kerana beliau laksana ikon kepada gadis-gadis cantik dari Sarawak.
 Camelia di awal kemunculan sebagai penyanyi. Lagu popularnya bertajuk 'Rindu padanya'

Seorang editor hiburan pernah menulis bahawa kecantikan Camelia terletak pada 'her almond shape eyes'

Entah mengapa, percaturan Camelia di bidang nyanyian tidak begitu memberi impak, maybe because it's being overriden by her beauty. Sedangkan Camelia punya suara lembut yang tersendiri, dengan lagu-lagu cathcy, seperti 'Not that type of lady'.

Camelia lebih menyerlah sebagai personaliti dan ikon gaya di majlis-majlis fesyen tempatan mahu pun antarabangsa.

Classy Camelia

Camelia banyak menggayakan rekaan Tom Abang Saufi. Corak pua kumbu begitu sinonim dengan Camelia

Menjenguk ruang lingkup peribadi, sewaktu mula-mula aktif dalam bidang seni Camelia telah pun bergelar isteri kepada Ehsan. Takdir menentukan ikatan perkahwinan mereka terlerai di tengah jalan. Kemudian Camelia ada digossipkan dengan seseorang yang bergelar VIP. Namun khabarnya, hubungan itu juga putus di tengah jalan.
 Ke mana menghilangnya Camelia? Ada berita mengatakan Camelia telahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Malah, saya pernah terimbas sebuah blog yang memuatnaik gambar akikah anak Camelia. Seperti selalu, Camelia sentiasa cantik dan elegan. Yang pasti, dunia seni akan sentiasa merindui kelibat Camelia kerana kehadirannya cukup bergaya dan memberi inspirasi tanpa sempadan.


Kuasa air


Jangan pernah nafikan kuasa air. Air ialah petua cantik dan penawar sihat yang paling mujarab.

1. Minum air selepas bangun pagi

Sebaik sahaja mencelik mata di awal pagi, minumlah segelas air. Petua ini banyak diamalkan oleh orang-orang lama. Badan akan sihat dan jarang dijangkiti selsema.

2. Membuang toksin

Tubuh badan kita lelah mencerna bahan-bahan kimia dari pemakanan sehingga menghasilkan toksin. Minum banyak air untuk mengepam keluar toksin dari tubuh. Anda akan dapati kulit wajah dan seluruh tubuh lebih bersih jika anda mengamalkan banyak minum air. 

3. Water therapy

Jika diserang demam cuba redakan dengan kuasa air. Minum air sebanyak mungkin untuk menurunkan suhu badan. Proses ini dipanggil water therapy yang boleh menghasilkan kesan penyembuhan hebat.

4. Air untuk mencegah kanser

Saya dimaklumkan tentang petua ini oleh wakil MAKNA (Majlis Kanser Nasional). Caranya, minum 1.5 liter air kosong pada setiap pagi. Insya Allah, bahana kanser tidak akan datang menyerang. Yang pastinya, ia petua yang cukup baik untuk kita amalkan

Monday 23 May 2011

Bedak dwi-cara

Apakah bedak dwi-cara? Ia lebih dikenali sebagai 2-way cake. Ia dinamakan begitu kerana boleh diaplikasikan dalam 2 langkah, iaitu pemakaian kering atau basah.
Gambar : 2 way foundation cake, Maybelline

Pada waktu siang, pengguna lebih gemar memakai bedak tipis dengan kesan semulajadi (natural). Anda boleh pakai 2 way cake secara penggunaan kering (dry application). Caranya sama seperti memakai bedak kompak.

Pada waktu malam, jika inginkan liputan penuh (full coverage), anda boleh cuba penggunaan secara basah (wet application). Basahkan sponge bedak dengan sedikit air, tus supaya sponge menjadi lembab. Ambil portion bedak secukupnya dan sapukan ke wajah. Ia akan menghasilkan kemulusan wajah seperti kesan memakai bedak asas cecair.

Bedak dwi cara lebih jimat dan ringkas. Anda boleh cuba dari rangkaian Maybelline, Loreal ataupun Revlon dari store kosmetik. Jaga kebersihan sponge bedak dan rajin-rajinlah mencucinya setiap hari menggunakan sabun anti bakteria. Lebih baik jika anda memiliki 2 set sponge kerana anda anda boleh suai padankan pemakaian bedak kering atau basah pada bila-bila masa.


Minyak zaitun pelbagai guna

Minyak zaitun adalah produk serba boleh. Kegunaannya serba lengkap meliputi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Berikut saya senaraikan antara kegunaan dan manfaat minyak zaitun :

1. Melembabkan dan merapikan rambut

Lupakan hair spray, hair serum, hair wax dan gel kerana dengan beberapa titis minyak zaitun cukup untuk membantu anda mendapatkan rambut bersinar dan menawan seperti yang anda idam-idamkan.

2. Menanggalkan mekap

Jangan terus mencuci mekap anda dengan air. Ambil beberapa titis minyak zaitun pada kapas muka dan gunakan untuk menanggalkan sisa-sisa mekap. Selepas itu, cuci wajah anda seperti biasa.

3. Menyamankan kulit

Jika anda terlibat dengan aktiviti luar (bersukan dan berkawad misalnya), kulit akan terdedah kepada sinaran terik matahari. Jangan terus mencuci muka atau mandi. Rehat, ambil beberapa titis minyak zaitun dan lumurkan pada wajah dan lengan yang terkena pancaran matahari. Minyak zaitun bertindak menyamankan kulit dan mencegah sunburn.

4. Menjaga kulit sekitar mata

Kulit di sekeliling mata amat sensitif. Ia tidak seperti kawasan lain di muka atau tubuh anda. Sebab itu mata memerlukan krim penjagaan khas seperti eye cream dan eye gel. Harganya pula agak mahal untuk sebotol produk dalam bentuk jar sekitar 25ml. Minyak zaitun juga boleh jadi alternatif terbaik. Sebelum tidur malam, ambil masa untuk mengurut kulit di sekitar mata secara lembut. Peredaran darah di sekitar mata anda akan berjalan dengan lebih lancar lantas mengelakkan sembab dan bawah mata hitam. Jangan lupa sapukan juga pada bulu kening dan bulu mata sedikit sahaja kerana ia boleh menghitamkan dan menebalkan alis secara semulajadi.

5. Merawat kulit kering

Sapukan minyak zaitun pada siku dan lutut yang kasar untuk kesan melembab dan mencerah seperti pemakaian losyen. Jika tumit kaki pecah-pecah, sapukan minyak zaitun sebelum tidur dan anda akan lihat perubahan kulit anda menjadi lebih licin dan sihat. Minyak zaitun sama manfaatnya seperti baby oil namun lebih semulajadi kerana ia datangnya dari sumber buah hijau bujur - zaitun - olive, yakni buah dari syurga.

Cegah bau badan

Rexona cukup terkenal sebagai jenama produk cegah bau badan. Ia juga membawa berbagai-bagai varian. Ada jenis roll-on, ada jenis semburan dan ada juga deodarant stick. Jika kulit bawah lengan anda amat sensitif, gunakan jenis semburan kerana ia tidak digosok secara terus pada kulit.
Sanex adalah jenama yang sangat bagus. Ia bertindak secara semulajadi dengan menyediakan PH kulit yang baik untuk kesihatan anda. Ia tidak mengganggu kelenjar peluh. Dengan menggunakan Sanex anda tetap berpeluh namun pada kadar yang amat minimal dan tidak berbau.Ia tidak mengganggu fungsi perkumuhan anda lantas membantu anda untuk kekal sihat.

Apakah petua mencegah badan berbau? Jawapannya ada pada tawas. Tawas ialah sejenis kristal jernih. Jika ingin menggunakannya, gosokkan ketulan tawas pada bawah lengan anda selepas mandi. Ia akan dapat mencegah peluh dan bau badan. Ia juga amat menjimatkan kerana anda boleh mendapatkan tawas dengan harga yang cukup murah dari kedai runcit. Kapur sireh juga boleh berfungsi mencegah bau badan secara tradisional. Ambil sedikit kapur sirih, campurkan dengan air dan gosok pada bawah lengan untuk mencegah bau badan. Jangan gunakan secara berlebihan kerana kapur sirih agak 'panas' dan boleh melecetkan kulit yang sensitif.

Selamat mencuba!

Sunday 22 May 2011

Penjagaan badan

Jika inginkan kulit badan yang halus, cuba amalkan sabun tradisional seperti pek di atas. Untuk merawat kulit kasar, boleh cuba sabun kulit rambai. Jika inginkan kulit cerah dan lembut, cuba sabun susu kambing. Jika inginkan kesan berubat, boleh gunakan sabun gamat. Malah, jika berpenyakit kulit, ubatinya secara tradisional dengan sabun daun gelenggang.

Jika ada masa senggang, manjakan tubuh anda dengan lulur bunga tanjung. Bancuhkan secukupnya dengan air dan sapu merata ke seluruh tubuh. Gosok-gosokkan secara merata dan biarkan ia separuh kering lantas berjatuhan bersama sel-sel kulit mati dan kekotoran. Hasilnya, anda akan dapat kulit gebu yang diidamkan.

Guna Lulur kocok dari Ratu Mas untuk lulur yang siap sedia untuk digunakan. Ambil secukupnya di tapak tangan anda dan ratakan ke seluruh tubuh. Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk hasil terbaik.

Pencuci muka berubat

Saya pernah menggunakan produk ini dahulu dan sangat berpuas hati. Ia cuma ada di farmasi tertentu sahaja di ibukota. 10 tahun dahulu harganya sekitar RM27 dan untuk pek dalam botol di atas cukup untuk kegunaan lebih 2 bulan. Bagi poket belanjawan seorang pelajar ketika itu, ia cukup berbaloi.

Pencuci muka ini jenis berubat (medicated) dari jenama Blackmores. Ia diimport dari Australia. Kandungan aktifnya mengandungi 'tea tree oil' (minyak pokok teh) yang cukup bagus merawat jerawat dan kulit berminyak. Malah, gatal-gatal pada kulit wajah juga mampu diatasinya.

Seiring dengan masa, saya tidak lagi mengalami masalah akne, jerawat mahupun kulit berminyak. Saya berhenti menggunakan pencuci muka tersebut. Lagipun ia sukar didapati di pasaran. Namun saya sering mengingati pencuci muka ini dan jika ditanya tentang pencuci muka terbaik, saya akan 'mengundi' produk ini. I'd vote it as the best skincare.

Namun baru-baru ini sewaktu mencari produk ini semula saya dimaklumkan ia telah dihentikan di pasaran (discontinued). Rasa hampa menguasai diri. Sebenarnya, bukan senang menemui pencuci muka yang sesuai dan berkesan. Kini, saya lebih tega menggunakan pencuci dan krim yang dicadangkan pakar dermatologi. Tanpa pewangi. Tanpa label. Namun cukup berkesan dan memberi hasil terbaik.


Thursday 19 May 2011

2 tahun tanpa demam

Black seed - jintan hitam - atau Habbatussawda, semuanya merujuk kepada yang sama. Biji-bijian hitam di atas besar manfaatnya. Saya sendiri pernah berpeluang mengamalkan produk Habbatussawda dalam bentuk kapsul. Bekalan yang diberikan kepada saya cukup untuk menampung keperluan selama 2 tahun. Selama itu lah, saya gigih menelan kapsul Habbatussawda ini sebanyak 2 biji sehari setiap pagi dan malam.

Waktu itu saya di tahun-tahun akhir pengajian di universiti. Saya merasakan fikiran lebih fokus dan memori lebih tajam. Graf pembelajaran saya meningkat sepanjang tempoh mengambil Habbatussawda ini. Tubuh badan juga tidak mudah berasa letih. Dan yang lebih menakjubkan, 2 tahun penuh disiplin mengamalkan Habbatussawda itu, saya tidak pernah diserang demam. Tidak pernah!

Habbatussawda bukanlah sejenis pil ubat-ubatan. Ia adalah herba alternatif jika anda ingin menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu. Ia mempromosikan kesihatan secara menyeluruh (promotes the general health of well-being). Jika saya tidak terkhilaf, Nabi pernah bersabda Habbatussawda boleh merawat semua penyakit kecuali maut. Maka, tetapkanlah dengan Habbatussawda. Untuk diri saya dengan pengalaman sendiri, ia cukup mengesankan. Mana tahu ia juga menjanjikan kesihatan yang lebih baik untuk anda.

Wednesday 18 May 2011

Pewangi hebat

Jika sedang mencari-cari pewangi, apa kata ambil inspirasi daripada himpunan ini. 
Oui dari Lancome yang membawa haruman bebunga dan citrus, manis dan segar.
Acqua d Gio membawa bauan 'sea breeze', dengan nota-nota segar (fresh notes)
Jika menggemari floral notes, Tommy Girl membawa haruman yang sungguh sedap
Clinique Happy membawa haruman memikat
Jika menggemari haruman feminin, Pretty by Elizabeth Arden ada jawapannya.
White Linen, kelalang botolnya ringkas namun harumannya mempersona

Pilih satu dari yang di atas sebagai signature wangian anda....