Tuesday 10 May 2011

Wanita dan kerjaya

Mengapa wanita perlu bekerjaya? Bukan, bukan untuk memastikan peruntukan shopping saban bulan tapi ada yang lebih penting dari itu....

1. Jangan sia-siakan ilmu


Kebanyakan wanita sekarang memiliki sekurang-kurangnya sijil mahupun diploma, malah rata-ratanya lulusan sarjana muda. Semakin ramai pula yang memegang kelulusan pasca siswazah. Rugi jika ilmu yang anda pelajari itu tak diaplikasikan.

2. Ada matlamat

Bekerja menjadikan kita lebih fokus dalam hidup. Dunia sekarang memberi peluang sama rata kepada lelaki mahupun wanita untuk berjaya. Ambil kesempatan terhadap peluang ini namun jangan sampai mengabaikan rumahtangga dan keluarga.

3. Elakkan 'empty nest syndrome'


Tahukah anda tentang 'empty nest syndrome' (sindrom sarang kosong)? Di waktu muda kita meladeni anak-anak dan sibuk menguruskan keperluan mereka. Sampai masanya, mereka berdikari, tinggal di asrama, bekerja, berkahwin dan ada penghidupan sendiri. Lantas, apa yang tinggal untuk diri kita? Apabila bekerja, kesunyian seperti ini dapat dielakkan.
 
Bekerja itu perlu bagi wanita, namun jangan sampai mengabaikan. Lebih manis, jika dapat bekerjaya dari rumah kerana di zaman serba maju ini semua benda adalah semudah di hujung jari. Anda boleh menguruskan perniagaan online, mengajar tusyen, menulis buku dan berbagai-bagai lagi. Jikalau bekerja pejabat, elakkan bekerja di bawah tekanan, pulang rumah terlalu lewat atau melakukan kerja yang bertentangan dengan fitrah diri seorang wanita. Dan harus ingat, wanita hanya menokok tambah pendapatan keluarganya, tapi bukan sebagai tunggak utama. Jangan ambil alih tugas lelaki yang fardhu memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak di bawah tanggungannya.











No comments:

Post a Comment