Friday 10 June 2011

Apakah SLS?



SLS ialah Sodium Lauryl Sulphate iaitu kandungan aktif yang banyak terdapat dalam sabun dan syampu. Ia memberikan sifat berbuih dalam alat-alat pencucian tersebut namun ia bersifat menghakis dan merbahayakan. Pendekata, ia tidak sesuai digunakan pada muka dan badan. Ia lebih sesuai untuk alat-alat pencucian yang kuat seperti "carwash" dan detergen (pencuci pakaian).

Namun SLS sebenarnya digunakan secara meluas dalam pembuatan sabun mandi dan syampu rambut. Cara yang terbaik untuk menghindari SLS ialah dengan meneliti label produk. Jangan beli syampu atau sabun yang ada kandungan SLS, atau seumpamanya iaitu SLES (Sodium Laureth Sulfate). Kajian menunjukkan penggunaan bahan aktif ini boleh mengakibatkan kegatalan pada mata, kulit kepala dan tubuh serta mengakibatkan rambut jadi kusut dan kembang.

Oleh itu, berhati-hatilah dengan produk syampu atau sabun dan jangan beli sembarangan. Teliti bahan-bahan kandungannya dan jangan terpedaya semata-mata kerana harganya murah. Bayangkan kesannya pada kulit dan rambut jika digunakan pada jangka masa panjang. Kandungan berbahaya ini bukan sahaja tidak elok untuk alam semulajadi, malah lebih buruk kesannya pada tubuh badan kita. Berhati-hatilah dan beli produk selamat.



No comments:

Post a Comment