Antara ciri-ciri bakal suami pilihan.........
1. Boleh memimpin
Selidik ciri-ciri bakal kekasih sebelum dirinya kelak diangkat darjat menjadi suami. Bolehkah dia membimbing dirimu? Jangan pilih lelaki yang sambil lewa, tidak bermotivasi, tiada keyakinan diri dan gagal merancang masa depan. Jauhi lelaki yang banyak bergantung kepada anda, kerana jikalau dirinya tidak berdikari, adalah sukar untuk dia menjadi suami yang kuat jati diri pada masa akan datang.
2. solat
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Namun kita sendiri tidak boleh mendabik dada mengaku diri sendiri luhur dan berjiwa murni. Mungkin sukar untuk setiap wanita mengimpikan bakal suami seorang Imam, namun sekurang-kurangnya biarlah lelaki itu menjaga solatnya. Lelaki yang memandang enteng dalam soal amal ibadat akan gagal menunjuk contoh seorang suami yang baik apatah lagi untuk menjadi seorang ketua keluarga yang dihormati.
3. bekerja
Tidak perlu 'memancing' lelaki berpangkat atau bergaji 5 angka, namun cukuplah sekadar dia mempunyai pendapatannya sendiri. Sama ada dia bekerja sendiri atau makan gaji, itu juga bukan soalnya. Yang penting, bakal suami dapat menunjukkan komitmen dan berusaha untuk memiliki suatu kehidupan yang stabil. Jauhi lelaki yang menganggur, malas bekerja dan kuat berangan-angan kosong. Jauhi juga lelaki yang memikat anda kerana mahukan 'sesuatu', contohnya jika dia menyukai anda kerana anda berkereta mewah. Pilihlah lelaki yang sedar tentang tanggungjawabnya untuk menyediakan nafkah kepada keluarga, bukannya lelaki yang seronok hidup 'ditanggung beres'.
4. menyayangi
Terimalah lelaki yang menyayangi anda sepenuh hati, kerana dia akan berusaha untuk membahagiakan anda dan anak-anak nanti. Jauhi lelaki yang takut pada komitmen, atau tidak serius untuk berkahwin. Dunia rumahtangga banyak pancarobanya, ada pahit dan manis, ada pasang dan surut. Dengan cinta dan kasih sayang, segala-gala yang sukar itu akan mudah ditempuhi. Jangan pula menjadikan karier dan kesibukan sebagai alasan untuk lambat berkahwin. Dunia serba pantas dan peluang tidak datang berkali-kali. Tetapkanlah hati dan yakinilah si dia sebagai jodoh yang telah ditentukan oleh-Nya...
No comments:
Post a Comment