- Minum air dengan banyak kerana ia boleh menyingkirkan toksin lantas menjadikan kulit sihat dan berseri
- Pakai pakaian yang selesa, sesuai dan elok dengan penampilan
- senyum akan menjadikan kamu cantik luaran dan dalaman
- Tidur secukupnya dan kamu akan menjadi lebih bertenaga, tenang dan cantik
- Cuci muka sebersih-bersihnya sebelum tidur malam, pastikan tiada sisa mekap dan noda. Muka mesti bersih dan segar supaya kulit sihat dan cantik
- Guna krim tabir suria kerana cahaya matahari boleh mengakibatkan penuaan pra matang. Kulit mesti dilindungi dengan krim tabir suria apabila berada di luar setiap hari walaupun ketika matahari tidak terik
- Bersenam. Jika ada kekangan masa, cukup setakat berjalan di luar dengan anak-anak
- Pakai lipstik dan lipgloss kerana ia cara mudah untuk memberi sedikit 'warna' pada wajah. Secalit lipstik cukup untuk seseorang perempuan berasa cantik
- Banyakkan berehat dan gunakan masa mandi untuk berasa tenang tanpa gangguan
- Semakin usia meningkat, kulit akan bertambah kering. Disiplinkan diri dengan memakai pelembab (moisturiser) setiap hari untuk menjaga kulit agar cantik selalu
No comments:
Post a Comment