Kalsium amat diperlukan di dalam tubuh bagi memastikan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Di samping itu, ia juga perlu bagi memastikan fungsi otot dan saraf dapat berfungsi dengan baik. Kewujudan vitamin D pula memastikan kalsium boleh diserap dan digunakan di dalam badan.
Bagi bayi dan kanak-kanak, susu ibu adalah sumber kalsium yang paling baik. Bagi bayi dan kanak-kanak yang tidak menyusu daripada ibu, kalsium boleh diperolehi daripada susu formula.
Makanan yang mempunyai sumber kalsium tinggi ialah susu, yoghurt, keju dan jus oren. Manakala makanan yang merupakan sumber vitamin D ialah susu, soya, jus oren dan marjerin. Makanan yang mempunyai sumber vitamin D semulajadi ialah ikan, hati dan kuning telur.
Sebenarnya, agak sukar untuk memperolehi vitamin D secukupnya daripada sumber makanan. Sebagai alternatif, ada baiknya jika kamu mengambil suplemen vitamin D daripada pil multivitamin.
Berikut adalah senarai makanan yang mempunyai khasiat kalsium dan vitamin D untuk dijadikan sebagai amalan pemakanan:-
No comments:
Post a Comment