Bagi saya barangan asas mekap yang paling 'brilliant' sekali ialah 'liquid eyeliner' (celak basah). You can't go wrong with liquid eyeliner.
cara memakai liquid eyeliner |
Cara memakainya adalah seperti yang digayakan oleh model di atas. Kamu perlu tarik sedikit tepi hujung mata dan mula melarik eyeliner. Gariskan secara tipis untuk pemakaian seharian yang semulajadi.
Sesuatu yang perlu kamu ketahui tentang liquid eyeliner ialah tiubnya mudah kering dan kandungan celak akan terjejas. Apabila cecair celak menjadi kering kamu akan sukar memakainya pada garisan mata. Pastikan tip celak tidak terdedah bagi memastikannya tahan lama. Kebanyakan liquid eyeliner berbentuk pen dengan mata tirus dan runcing bagi melukis garisan cantik pada mata. Boleh cuba Shiseido, atau Lancome. Kedua-duanya RM95.
No comments:
Post a Comment