Tuesday, 7 June 2011

Langkah 1-2-3 Clinique

Mengapa perlu memilih Clinique sebagai produk penjagaan wajah anda? Jawapannya ada di sini :-
  • Clinique adalah jenama yang telah bertahan lama di pasaran kecantikan dan diyakini di seluruh dunia
  • Clinique adalah produk yang dicadangkan oleh pakar dermatologi dan terbukti bebas alahan
  • Clinique mencipta setiap satu produk untuk disesuaikan dengan jenis-jenis kulit yang berbeza
  • Clinique menyediakan khidmat pakar runding di kaunternya untuk membantu anda memilih jenis produk yang terbaik
  • Clinique boleh membantu dalam memperbaiki sel kulit anda yang rosak dan memulihkannya kembali
Langkah 1 - Membersih
Anda akan dibekalkan dengan pembersih (cleanser) sama ada dari jenis sabun ataupun cecair bergantung kepada jenis kulit wajah. Untuk kulit bersifat sensitif, anda digalakkan untuk memakai pencuci cecair (liquid cleanser). Pembersih Clinique mencuci wajah dengan lembut dan mendalam. Kulit akan terasa sungguh licin dan segar dan tidak menyebabkan kulit menjadi tegang (tighten) sebagaimana yang anda alami jika memakai pencuci jenis lain.

Langkah 2 - Ekfoliasi
Apa yang membezakan Clinique dengan produk penjagaan lain ialah Clarifying Lotion yang amat berbeza daripada Toner/Penyegar jenama biasa. Selepas membersihkan wajah, ikuti Langkah 2 dengan menekap secukupnya pada kapas muka dan ratakan pada seluruh wajah. Ia akan mengangkat sel-sel kulit mati dan menyerlahkan kulit baru yang lebih sihat dan cantik. Pakar akan menguji kesesuaian kulit anda dan mencadangkan Clarifying Lotion yang paling sesuai. Ia bebas alahan walaupun untuk kulit yang paling sensitif.

Langkah 3 - Melembab
Clinique memanggil krim pelembabnya sebagai Dramatically Different Moisturizing Lotion. Benar, ia memang memberi kesan kelembapan yang sungguh dramatik. Hanya guna sedikit sahaja cukup untuk memberi kesan licin pada kulit, walaupun pada kulit yang amat kering. Ia tidak memberi kesan berminyak malah memberi kesan pelindungan secukupnya supaya kulit terlindung dari kesan-kesan agresif. Ia melicinkan, melembutkan dan memperbaiki tekstur kulit di samping menyeimbangkan kelembapan kulit anda.

Justeru, jika masih tercari-cari produk penjagaan yang paling sesuai, panjangkan langkah anda ke kaunter Clinique hari ini juga. Dapatkan konsultansi daripada pakar rundingnya bagi memilih 3 langkah asas untuk mendapatkan kulit menawan ini. Hanya satu sahaja disadvantage :- harga yang mahal. Peruntukan untuk mendapatkan 3 produk asas ini sahaja berharga ratusan ringgit. Clinique juga turut menawarkan bengkel-bengkel kecantikan untuk anda sertai. Jangan lupa isi borang keahlian Clinique bagi mengetahui promosi-promosi yang ditawarkan kelak buat anda pengguna setia jenama ini.

No comments:

Post a Comment