Wednesday, 15 June 2011

Majalah Gaya Hidup

  1. Membaca majalah gaya hidup (lifestyle magazine) boleh dijadikan hobi yang baik untuk anda. Anda boleh memanfaatkan masa lapang di samping boleh mengetahui perkembangan semasa. Kebanyakan majalah gaya hidup atau majalah kecantikan (beauty magazines) akan menampilkan trend semasa di mana anda boleh meninjau gaya mekap, kosmetik terbaru dan fesyen terkini di pasaran.
  2. Majalah-majalah ini mempunyai artikel-artikel menarik yang boleh dimanfaatkan. Ia memberikan tips dan pengetahuan yang anda boleh contohi. Antaranya, artikel-artikel tentang kesihatan, kewangan, percutian dan psikologi perhubungan. Ada juga majalah yang memaparkan kejayaan-kejayaan seseorang ikon ataupun rencana-rencana motivasi yang baik untuk anda ikuti buat pedoman hidup.
  3. Namun begitu, jangan terlalu terpengaruh dengan apa yang ditonjolkan dalam halaman majalah tersebut. Jika ia memaparkan trend fesyen terbaru, jangan ikuti dengan membuta-tuli. Adakalanya fesyen begitu tidak sesuai untuk anda, contohnya trend pentas peragaan (runway) ataupun trend mengikut musim luar negeri. Jauhi juga pengaruh iklan yang banyak dimuatkan dalam majalah-majalah ini. Apa yang dipaparkan di media tidak semestinya baik untuk anda. Jangan boros membeli barang yang tidak perlu semata-mata kerana terpengaruh dengan majalah.
  4. Ada banyak majalah yang menarik di pasaran, sekadar menyebut contoh. Pada pendapat saya, Female magazine adalah majalah berbahasa Inggeris terbaik. Untuk majalah berbahasa Malaysia, saya pilih Nur dan Nona. Ada juga majalah-majalah khusus seperi Rasa, Impiana, Laman dll yang anda boleh terokai idea-ideanya dan manfaatkan untuk diri dan kediaman sendiri.

No comments:

Post a Comment