Wednesday, 29 June 2011

Tidur yang mencukupi

Tidur adalah waktu rehat yang paling baik. Tidur yang mencukupi akan membantu tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. Tubuh manusia memerlukan waktu tidur sama seperti keperluan terhadap makanan, minuman dan pernafasan. Tidur nyenyak dan mencukupi dapat memberikan kesihatan fizikal yang baik, panjang umur dan keseimbangan emosi. Manakala tidur yang terganggu akan mengakibatkan munculnya penyakit-penyakit seperti obesiti, kencing manis, penyakit jantung malah boleh memendekkan usia seseorang.

Apa yang berlaku kepada tubuh sewaktu tidur? Berikut dilampirkan kebaikannya :
  1. Sewaktu tidur badan akan mengeluarkan molekul protein yang berfungsi untuk mencegah jangkitan dan juga serangan bakteria. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat
  2. Tidur boleh merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung
  3. Tidur boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang. Tubuh badan yang tidak cukup rehat akan mempercepatkan proses penuaan.
  4. Tidur memperbaiki daya ingatan dan daya pemahaman, juga menjadikan otak lebih segar untuk memproses pengetahuan dan pengalaman baru
  5. Tidur boleh menyeimbangkan hormon dan membantu mengawal selera makan
  6. Badan memproses glukosa sewaktu tidur. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan mengakibatkan kencing manis. Oleh itu, pastikan tidur mencukupi supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.
  7. Tidur mempengaruhi mood pada waktu siang. Orang yang tidak cukup tidur akan terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan emosi tidak sihat. Pastikan kamu mendapat tidur yang konsisten dan mencukupi kerana gangguan waktu tidur akan menjejaskan kualiti dan aktiviti hidup seseorang



No comments:

Post a Comment