Tuesday, 14 June 2011

Tips bijak kewangan

  1. Jauhi kad kredit - Kad kredit adalah musuh nombor satu wanita. Sebenarnya, syarikat-syarikat kewangan sering memperdaya wanita dengan memberi gambaran bahawa wanita boleh berbelanja tanpa had dengan kad kredit. Jangan terpedaya dengan begitu mudah. Sebaliknya, rancang perbelanjaan anda dengan membeli secara tunai. Belian tunai mendorong anda supaya berbelanja dengan berhemah. Anda akan berhenti membeli apabila kehabisan tunai. Sebaliknya, kad kredit akan mengaburi mata anda supaya terus berbelanja walaupun poket sudah kontang. Jangan amalkan sikap 'Shop till you drop'
  2. Pinjaman peribadi, adakah perlu? Amalan membuat pinjaman peribadi dipraktikkan dengan begitu meluas sekarang. Dahulu pinjaman tidak bercagar diberikan dengan syarat yang begitu ketat. Anda perlu mengemukakan penjamin di samping perlu memenuhi syarat tertentu seperti mestilah seorang petugas kerajaan. Kini pinjaman disediakan secara ekspres, tanpa cagaran, tanpa penjamin malah ada bank yang boleh memberi pinjam peribadi dengan menunjukkan Mykad sahaja. Tanya diri anda untuk apa pinjaman peribadi tersebut? Jika untuk tujuan yang bernas, teruskan namun mesti berhati-hati kerana kadar faedahnya sangat tinggi (Contohnya, sambung belajar atau memulakan bisnes sampingan secara kecil-kecilan). Jika untuk tujuan suka-suka, membeli handbag atau melancong secara mewah, tangguhkan dulu niat anda dan apa kata jika anda membuat simpanan secukupnya?
  3. Melabur secara bijak. Menyimpan secara tunai amat bagus namun kewangan tidak mempunyai kadar yang stabil. Cuba bayangkan, jika anda menyimpan RM50,000-00 hari ini, adakah nilai itu akan berbaloi 10 atau 20 tahun akan datang? Wang terdedah kepada inflasi dan kuasa beli semakin mengecil tahun demi tahun. Jika ingin membuat pelaburan, belilah hartanah. Harga hartanah akan meningkat naik lebih-lebih lagi hartanah di kawasan strategik. Membeli emas tulen juga adalah suatu pelaburan yang baik. Harga emas amat tinggi di pasaran, boleh dipajak gadai malah ia boleh dipusakai oleh waris. Harga emas lebih stabil di pasaran berbanding kadar matawang. Jika boleh, bahagikan simpanan anda separuh untuk pelaburan manakala separuh lagi untuk simpanan tunai untuk kegunaan kecemasan.

No comments:

Post a Comment