Wednesday 4 May 2011

Kecantikan melalui penderitaan

Definisi cantik adalah berbeza-beza mengikut rantau dan benua. Di Jepun misalnya, wanita yang dianggap cantik ialah mereka yang berkulit putih 'moshi-moshi' (bak telur dikupas). Oleh itu, produk pemutihan kulit amat laku di Jepun kerana semua orang mahu cantik seperti yang didefinisikan oleh masyarakat mereka.

Ada kelompok masyarakat yang menggemari wanita bertubuh gempal. Wanita kurus dianggap kurang menarik. Orang Melayu sendiri mempunyai bidalan 'mata bak bintang kejora', 'bibir bak delima merkah' dan 'hidung mancung bak seludang'. Itu adalah definisi cantik menurut persepsi mereka. Di Indonesia, ada yang mengatakan gadis yang 'berkumis tipis' memiliki kecantikan semulajadi.

Namun berbaloikah jika kecantikan itu datang dari sebuah penderitaan? Definisi cantik versi kuno adakalanya menjadikan kita kaget dan tertanya-tanya. Betulkah cantik kalau begitu?

Wanita berleher panjang yang dianggap cantik menurut suku kaum mereka

Wanita Kelabit dianggap cantik bertelinga panjang yang dihiasi perhiasan

Chinese Lotus Feet. Pada kurun yang lampau wanita berkaki kecil dipandang tinggi dan selayaknya mengahwini bangsawan.Kaki yang kecil menjadikan mereka sukar bergerak apatah lagi membuat kerja-kerja rumah. Saya pernah membaca suatu catatan tentang kisah wanita cina 'berkaki teratai' ini yang suaminya jatuh miskin dan dia terpaksa bekerja. Tak dapat dibayangkan betapa sukarnya dia menjalani kehidupan dengan kaki sebegini.

Kepada wanita-wanita di luar sana, jangan ubah struktur natural anda semata-mata atas nama sebuah kecantikan. Jangan luruskan rambut anda yang kerinting kerana anda sudah cantik begitu. Jangan bertindak melulu putihkan kulit kerana anda sudah cantik berkulit sawo matang. Jangan tipiskan kening yang lebat kerana ia mungkin penarik bagi diri anda. Firman Allah, manusia adalah sebaik-baik kejadian. Syukurilah nikmat Allah dengan tenang. Kecantikan anda akan terpancar dengan menjadi diri anda sendiri.

No comments:

Post a Comment