- Pastikan menjalani kehidupan dengan seimbang di antara kerjaya dan rumahtangga
- Jangan membebani diri dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Jika kesuntukan masa untuk membuat kek harijadi, hanya beli kek di kedai bakeri. Tidak perlu menjadi "supermom"
- Dapatkan pembantu atau pengasuh yang dipercayai untuk menjaga anak-anak ketika kamu bekerja dan tiada di rumah. Dapatkan "support system" (sistem sokongan) agar kamu dapat menjalani kehidupan dengan lebih mudah
- Ambil masa untuk diri sendiri. Pastikan beriadah untuk kesihatan diri kerana kamu perlu cergas secara fizikal dan emosi
- Menjaga kecantikan diri. Kekal bergaya dengan stail rambut dan pakaian
- Mendefinisikan kehidupan sebagai ibu mengikut cara kamu sendiri kerana setiap orang adalah unik dan berbeza. Apa yang penting ialah kamu dan keluarga di sekitar kamu gembira
No comments:
Post a Comment