- Tembikai mengandungi kebaikan vitamin A, vitamin C dan vitamin B6
- Ia juga mempunyai pati lycopene yang tinggi, iaitu anti-oksidan yang sangat baik bagi mencegah penyakit jantung dan kanser
- Jika kurang gemar makan sayur, gantikan dengan tembikai segar untuk sumber potasium. Potasium penting untuk sistem otot dan saraf yang baik dan juga boleh mencegah tekanan darah tinggi
- Tembikai merah juga mengandungi asid amino yang boleh membantu fungsi pengaliran darah yang baik di dalam tubuh
- Enak dimakan segar atau dijadikan salad buah-buahan. Untuk menghilangkan dahaga di kala panas, nikmati jus tembikai merah yang diperah sedikit dengan jus limau
No comments:
Post a Comment