Pekerjaan sampingan/moonlighting atau pekerjaan kedua (second job) merujuk kepada individu yang sanggup mengambil 2 pekerjaan dalam 1 masa. Di Amerika contohnya, moonlighting atau second job amat popular kerana mereka cuba menampung keperluan hidup yang mendesak kerana krisis ekonomi. Di negara kita juga budaya ini sedang makin popular. Seorang eksekutif di siang hari, di malam pula menjadi blogger. Atau seorang guru sepenuh masa, namun sempat mengambil tempahan cupcakes. Sound familiar? Berikut saya senaraikan tips untuk melakukan kerja multitugas ini:-
- Tentukan sebab mengapa kamu memerlukan lebih kerja dalam 1 masa. Adakah untuk menampung keperluan semasa, perlu melangsaikan hutang atau sengaja ingin memenuhi masa terluang? Pastikan keluarga dan pasangan kamu tidak terabai. Pengurusan masa amat penting buatmu.
- Jangan sampai dirimu tertekan. Pertimbangkan kerja sampingan yang menyeronokkan jika pekerjaan utamamu bersifat 'boring'. Jika kamu bosan berada di pejabat sepanjang masa, kamu boleh bekerja sebagai 'tourist guide' pada hujung minggu.
- Pekerjaan utama mesti dekat jaraknya dengan pekerjaan kedua. Kamu tidak perlu berulang-alik dalam masa perjalanan yang jauh kerana ia akan menjadikan kamu letih dan juga tidak praktikal kerana kamu terpaksa berbelanja lebih untuk tol dan petrol.
- Beri tempoh percubaan dalam masa kamu melakukan moonlighting. Jika ia memenatkan, kamu tidak sepatutnya meneruskan pekerjaan ke-2 jika ia menjejaskan pekerjaan utama. Atau berhenti apabila kamu telah mencapai matlamat. Contohnya jika kamu ingin membuat simpanan sebanyak RM5,000, quit your 2nd job selepas mencapai sasaran tersebut. Adalah normal jika kamu membuat kerja sampingan yang bersifat jangka pendek (short term)
- 1 dalam 17 orang Amerika melakukan kerja berbilang tugas (multijobs) buat masa sekarang. Antara bidang-bidang yang popular ialah menjadi agen hartanah, jurufotografi, perniagaan online, konsultan imej, penulisan skrip dll. Jika kamu adalah salah-seorang daripada penyahut cabaran bekerja secara pelbagai, selamat berjaya dan 'jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'
No comments:
Post a Comment