Rata-rata cuti bersalin yang diperolehi oleh ibu-ibu sekarang ialah '3 bulan'. Di sektor swasta, cuti bersalin yang dipraktikkan masih lagi 2 bulan. Apa perkara terbaik yang patut kamu lakukan bagi mengisi cuti bersalin?
- Nikmati cuti tersebut sepenuhnya dan sepuasnya. Bagi ibu yang bekerja, pasti kamu faham bagaimana perasaannya bila terpaksa keluar bekerja dan meninggalkan anak dengan pengasuh atau pembantu rumah. Guna masa cuti bersalin yang ada 'to get bonding with your baby'.
- Bila sudah kembali bekerja juga, adakalanya bukan senang untuk kita mengambil cuti. Cuti bersalin selama beberapa bulan ini adalah masa yang paling sesuai untuk berehat. Kerana, selepas cuti bersalinmu tamat, agak sukar untukmu memperolehi cuti panjang sebegini.
- Penuhi masa dengan menyusukan anak secara ekslusif. Ibu-ibu kini mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai breastfeeding. Apabila bekerja kembali, agak sukar untuk breastfeeding sepenuhnya kerana tuntutan kerja. Manfaatkan juga masa yang ada untuk membuat stok susu ibu ('stock-up breast milk').
- Buat perancangan kerjaya. Adakah kamu ingin berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa selepas ini? Ataupun adakah kamu berhasrat untuk bekerja secara separuh masa sahaja? Bagi yang meneruskan dengan kerjaya tetap, bersedia untuk kembali bekerja semula selepas cutimu tamat. Persediaan mental amat penting kerana jika tidak bersedia, kamu akan berasa malas dan jemu untuk bekerja semula selepas bercuti panjang.
- Pelihara kesihatan. Pastikan luka bersalin telah sembuh sepenuhnya tanpa kesan sampingan. Pastikan emosi dan mentalmu juga terjaga dan stabil. Kajian menunjukkan 'post natal blues' boleh berlaku meskipun kelahiran bayi telah berlaku dalam tempoh 6 bulan ke setahun. Pastikan dirimu 'fit' (cergas) untuk bekerja kembali.
- Teruskan amalan yang baik untuk kesihatan. Jika menjalani pembedahan caesarean, jangan lakukan aktiviti lasak meskipun kamu telah kembali bekerja. Teruskan memakai bengkung (strap-on binder) kerana ia elok untuk menegapkan postur badan. Teruskan juga mengamalkan jamu untuk kesihatan dalaman badan meskipun tempoh pantang bersalin telah berlalu.
No comments:
Post a Comment