Pembaca Molek

Monday, 30 May 2011

Fibroid

Apakah fibroid? Ia adalah ketumbuhan pada lapisan endometrium dalam dinding uterus (rahim) dan boleh wujud dalam 2 keadaan - sama ada bahaya, atau tidak bahaya.

Kajian menunjukkan sekitar 25% wanita seluruh dunia mengidapi fibroid tetapi ada di kalangan mereka yang tidak menyedarinya. Ini kerana ketumbuhan fibroid sangat berkaitan dengan hormon estrogen. Apabila kadar estrogen menurun dan wanita tidak lagi didatangi haid, fibroid itu akan mengecut dengan sendirinya. Fibroid yang tidak merbahaya ini biasanya berskala kecil, iaitu kurang 5 sentimeter.

Namun, anda harus berhati-hati jika mengalami simptom-simptom yang merisaukan yang mungkin ada kaitan dengan fibroid. Antara gejala-gejala yang mungkin timbul ialah ketidaksuburan, senggugut berpanjangan dan pendarahan. Jika doktor mengesan fibroid ini dalam tubuh badan anda, rawatan selanjutnya akan dicadangkan dan jika melibatkan ketumbuhan yang besar, fibroid tersebut akan dibuang menerusi pembedahan.

Fibroid bukan barah yang mendatangkan bahaya kepada organ-organ anda namun jika saiznya besar ia mungkin mengganggu fungsi tubuh. Contohnya fibroid yang besar boleh menekan pundi kencing dan mendatangkan masalah. Ada juga fibroid yang membesar di dalam rahim dan menyekat bayi turun ke bawah menyebabkan ibunya tidak dapat bersalin normal. Rujuklah pakar perbidanan dan sakit puan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan lanjut. Jangan biarkan masalah kesihatan anda dari terus membelenggu dan menghalang anda dari mengecap nikmat kehidupan.

No comments:

Post a Comment