Pembaca Molek

Wednesday, 11 May 2011

Jika belum berpunya...

1. Pecahkan tembok batu

Faktanya, anda seorang yang menarik. Tapi mungkin pemalu, jarang bergaul atau tidak mudah tersenyum. Mungkin ada lelaki yang meminati anda tapi takut menghulur salam perkenalan, kerana anda sendiri sukar untuk didekati. Bersikap terbukalah. Jika ada yang memberikan senyuman, balaslah senyuman itu dengan ikhlas. Pecahkan tembok batu di sekeliling anda. Beri peluang untuk si dia mengenali dirimu, the sweet you.

2. Luaskan pergaulan

Bercampurlah dalam aktiviti sukan, seni atau NGO sekalipun kerana dalam pada aktiviti ini anda akan menemui si dia yang secocok dengan anda. Jika berkawan dengan seseorang namun tak berakhir sebagai pasangan, pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya anda telah mengisi masa lapang dengan berfaedah. Itu lebih baik dari termenung bersendirian.

3. Jangan terburu-buru

Jangan pernah rasa terdesak! Jika telah berada di tahun akhir universiti namun masih belum ber'couple', jangan tertekan. Mana tahu pasangan anda mungkin anda temui apabila telah bekerja kelak. Jangan terus menerima seseorang sebagai kekasih jika sikap sebenarnya gagal menarik hati anda. Semata-mata kerana takut tercicir tanpa pasangan. Lebih baik anda 'solo' dahulu, kemudian saring lelaki terbaik sebagai sang rajuna hati anda. Itu lebih baik daripada terburu-buru mendapat kekasih, namun dia sebenarnya tidaklah 'semenggah' mana.

4. Istiqamah

Sejak bila anda dambakan lelaki yang baik dan beriman sebagai pasangan anda? Sejak anda pandai berangan-angan, bukan? Beristiqamahlah. Berdoa kepada Tuhan mulai sekarang, pohon agar anda dikurniakan pasangan yang baik budi dan sehati sejiwa. Seorang teman pernah beritahu saya dulu, berdoalah secara berterusan untuk dapat pasangan hidup yang baik. Sedangkan waktu itu umur saya masih mentah lagi. Belum lagi terbuka hati untuk bercinta. Namun bila direnung kembali, nasihat kawan itu ada betulnya. Oleh itu, berdoalah dari sekarang untuk sebuah kebahagiaan yang berpanjangan.



No comments:

Post a Comment