Tuesday, 28 June 2011

Hindari PMS

PMS (Pre-Menstrual Syndrome) iaitu sindrom pra-haid, adalah gejala-gejala yang muncul setiap kali datang bulan. Kamu tidak boleh lari daripadanya, tetapi ia boleh ditangani dengan baik. Gejala pra-haid adalah normal bagi setiap wanita, namun jangan sampai ia mengganggu aktiviti seharian. Berikut diberikan tips-tips yang boleh kamu ikuti untuk mengelakkan dari terus-terusan diganggu emosi sewaktu datang haid.
Evening Primrose Oil
  1. Merekod kalendar - Sediakan 1 kalendar untuk merekod perjalanan haid kamu. Dengan itu, kamu akan lebih bersedia beberapa hari sebelum datang bulan. Jika ada perubahan emosi, banyakkan bersabar. Kamu juga boleh beritahu elok-elok kepada pasangan ataupun keluarga terdekat supaya mereka lebih bertimbangrasa kepada kamu pada masa-masa kritikal ini.
  2. Ambil suplemen - Beberapa gejala yang dihidapi akan menyebabkan kamu berasa tertekan dan tidak selesa. Antara gejala-gejala tersebut ialah sakit kepala, mood swing, rasa tertekan dan badan merasa sembab (fluid retention) ataupun sakit di sekitar payudara. Sesetengah orang mungkin mengalami kemurungan yang berbeza semasa PMS, contohnya tiba-tiba mengidam sesuatu makanan, menangis, merasa diri tidak cantik atau merasa tidak berguna. Ini banyak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon semasa berlakunya haid. Beberapa suplemen boleh menangani masalah kesihatan yang timbul akibat PMS. Contohnya, panadol for menstrual ataupun mengambil kapsul Evening Primrose Oil.
  3. Beberapa amalan-amalan juga dikatakan boleh membantu menangani sindrom pra-haid. Antaranya dengan mengurangkan berat badan. Kajian menunjukkan wanita yang berlebihan berat badan lebih cenderung untuk menghidapi sindrom ini. Selain itu, kamu boleh mengurangkan penggunaan gula kerana dikatakan pengambilan gula secara berlebihan boleh mendedahkan kepada gejala pra-haid. Oleh itu, hadkan pengambilan gula di sekitar hari kamu dijangkakan datang bulan. Bersenam juga boleh membantu kamu mendapatkan kesihatan yang lebih ideal. Bagi orang Muslim, meskipun tidak boleh bersolat sewaktu datang bulan, kamu masih boleh perbanyakkan berzikir supaya diri lebih tenang dan dijauhkan dari gangguan emosi yang membimbangkan

No comments:

Post a Comment