- Green salad memberi kesan yang baik untuk penghadaman.
- Sayur-sayuran mentah dalam green salad seperti Romaine lettuce mempunyai nutrien seperti vitamin A, folate, fiber, magnesium, potasium dan fosforus.
- Selain itu, ia juga mengandungi beta karotene yang baik untuk sistem imunisasi dan mencegah kanser.
- Green salad juga menjadikan badan lebih beralkali, kerana jika badan terlalu tinggi kandungan asid, penyakit-penyakit akan mudah singgah dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Friday, 30 December 2011
Kebaikan 'green salad'
Tips menghalang pencuri
'Nightmare' ialah suatu interpretasi kepada keadaan bila pulang bercuti dan rumah dimasuki pencuri. Bagaimana cara terbaik untuk menghalang perkara ini daripada berlaku? Suatu artikel yang saya baca menyarankan,'you must think like a thief. What are the things that have attracted thieves to come to your home?'
- Pencahayaan adalah sistem keselamatan nombor satu. Dapatkan peranti yang boleh memastikan cahaya terang di sekitar rumah. Persekitaran rumah yang suram, malap dan tiada lampu akan memudahkan pencuri menjalankan operasinya.
- Perlindungan terbaik nombor dua ialah jiran yang boleh dipercayai. Beritahu jiran jika kamu hendak meninggalkan rumah dalam jangkamasa yang lama dan berhari-hari. Minta tolong dia memerhatikan jika ada apa-apa yang mencurigakan di sekeliling rumahmu.
- Simpan toolbox di tempat yang selamat. Tukul dan spanar yang diletakkan di luar rumah boleh digunakan oleh pencuri untuk memecahkan rumahmu sendiri. Malah, tangga yang terdapat di luar rumah juga boleh digunakannya untuk memanjat dan memecah masuk ke dalam kediaman.
- Jangan letak barangan berharga di tempat yang senang dilihat. Selindungkan komputer, barangan berharga, barang kemas dan wang di tempat yang selamat. Jangan pamerkan di ruang yang mudah dilihat jika diintai dari luar tingkap.
- Sebaik-baiknya beritahu polis kawasan yang kamu akan meninggalkan rumah dalam jangkamasa yang lama dan minta mereka buat rondaan dengan kerap.
- Elakkan memberi 'publisiti percuma' bahawa kamu tiada di rumah. Jangan war-warkan melalui telephone answering machine atau facebook yang kamu kini berada di luar daerah dan tiada sesiapa di rumah kamu.
- Jika boleh, dapatkan bantuan jiran untuk mengumpul surat dari peti dan jangan biarkan surat khabar atau flyers bertaburan kerana ia menunjukkan tuan rumah tiada dan rumah ditinggalkan kosong. Pertimbangkan untuk memasang security alarm untuk memastikan perlindungan keselamatan yang lebih meyakinkan.
Monday, 26 December 2011
Tambah kalsium di dalam tubuh
- Kalsium amat diperlukan di dalam tubuh bagi memastikan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Di samping itu, ia juga perlu bagi memastikan fungsi otot dan saraf dapat berfungsi dengan baik. Kewujudan vitamin D pula memastikan kalsium boleh diserap dan digunakan di dalam badan.
- Bagi bayi dan kanak-kanak, susu ibu adalah sumber kalsium yang paling baik. Bagi bayi dan kanak-kanak yang tidak menyusu daripada ibu, kalsium boleh diperolehi daripada susu formula.
- Makanan yang mempunyai sumber kalsium tinggi ialah susu, yoghurt, keju dan jus oren. Manakala makanan yang merupakan sumber vitamin D ialah susu, soya, jus oren dan marjerin. Makanan yang mempunyai sumber vitamin D semulajadi ialah ikan, hati dan kuning telur.
- Sebenarnya, agak sukar untuk memperolehi vitamin D secukupnya daripada sumber makanan. Sebagai alternatif, ada baiknya jika kamu mengambil suplemen vitamin D daripada pil multivitamin.
- Berikut adalah senarai makanan yang mempunyai khasiat kalsium dan vitamin D untuk dijadikan sebagai amalan pemakanan:-
- tofu
- badam (almond)
- sardin dan salmon
- oat
- soya
- sawi
- brokoli
- oren
- tempeh
Tips percutian keluarga
- Seperti kebiasaannya, famili akan menginap di hotel semasa percutian. Namun, jangan jadikan aktiviti menonton TV semata-mata sepanjang kamu check in di hotel tersebut. Kamu tidak sepatutnya bertolak jauh dari rumah dan berlama-lama menaiki kenderaan, semata-mata untuk menghabiskan masa menonton TV di hotel. Lakukan juga aktiviti lain.
- Jangan lupakan kanak-kanak dan aktiviti mereka. Masukkan mereka dalam perancangan percutian kamu. Jangan bawa mereka melawat muzium atau meninjau barangan antik jika kamu tahu aktiviti itu akan membosankan mereka. Bagi memastikan mereka tidak bosan dan hilang tumpuan, bawa 'activity items' mereka seperti krayon, buku mewarna, puzzles, games dan sebagainya.
- Jadikan percutian sebagai pelajaran kepada kanak-kanak secara tidak langsung. Ajar mereka tentang asal-usul nama tempat, makanan yang sinonim dengan tempat tersebut, bahasa malah boleh juga mengajar mereka mengambil foto tempat-tempat menarik.
- Bawa ubat-ubatan asas seperti ubat demam, sakit perut dan sakit kepala. Kamu juga perlu lebih bersedia jika anak-anak mengidap penyakit yang sedia ada, seperti asma dan alergi.
- Don't spoil the vacation. Jangan meleteri anak-anak, dan jangan paksa mereka mengikut jadual yang rigid seperti jadual waktu hari persekolahan (bangun awal, sarapan cepat, tidur tepat pada waktunya). Percutian adalah masa untuk 'bermalas-malasan' (laze around) maka jangan jadikan waktu percutian sesuatu yang stressful.
- Jangan kecewa jika berlaku sesuatu yang tidak mengikut perancanganmu. Jangan merungut bila tiba-tiba hari hujan, tersesat jalan, makanan tidak sedap, kereta rosak dsb. Anggap percutian adalah hari perkumpulan kamu sekeluarga. Maka, apa-apa masalah yang berlaku hendaklah diselesaikan secara berkumpulan dan jangan salah-menyalahkan antara satu sama lain.
- Travel light. Bawa hanya barang-barang yang perlu. Barangan yang banyak hanya akan menyusahkan kamu untuk bergerak ke sana ke mari. Tambahan pula sudah tentunya kamu akan menambah barangan yang dibeli sepanjang percutian tersebut, seperti pakaian, cenderamata dan ole-ole selainnya.
Thursday, 22 December 2011
Yoghurt dan jagaan kecantikan
delicious yoghurt with strawberries |
- Khasiat dalam secawan minuman yoghurt ialah kandungan zink yang membantu mencegah cela wajah (blemishes). Kandungan zink ini ada dalam kebanyakan produk mencegah jerawat, namun ia wujud secara semulajadi di dalam yoghurt.
- Yoghurt (susu masam) mengandungi kandungan kalsium yang lebih banyak daripada kandungan kalsium di dalam susu. Untuk wanita menopause amat digalakkan mengambil yoghurt dalam kuantiti secukupnya bagi mencegah gejala kurang kalsium.
- Yoghurt kosong (tanpa pewarna dan perasa) atau 'plain yoghurt' boleh digunakan dalam rutin kecantikan. Ia boleh dijadikan facial mask (topeng muka) dan juga boleh membersihkan kulit secara mendalam.
- Untuk kulit kepala gatal dan berkelumumur, ambil yoghurt serta sapu dan urut pada kulit kepala, wrap for 15 minutes. Yoghurt boleh membantu mencegah masalah rambut.
- Untuk manicure dan pedicure secara rawatan sendiri di rumah, ambil plain yohurt secukupnya dan campur dengan perahan lemon. Sapu merata pada kulit tangan, kaki dan kuku. Urut (massage) dan bilas untuk mendapatkan kulit yang lembut dan segar.
pureen kids with yoghurt - can also be used by adults |
Tuesday, 20 December 2011
Apa itu pottasium?
- Pottasium boleh didapati secara semulajadi di dalam makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Antara sumber pottasium yang baik ialah bayam, sawi, taugeh, brokoli, lettuce, kobis bunga, asparagus, terung, tomato dan timun.
- Manakala buah-buahan yang merupakan sumber pottasium ialah pisang, avokado, strawberry, betik dan aprikot.
- Apa fungsi pottasium? Ia membolehkan otot dan saraf berfungsi dengan baik, memastikan keseimbangan elektolit dan asid dalam badan di samping menentang risiko tekanan darah tinggi.
- Kekurangan pottasium di dalam tubuh boleh mengakibatkan lemah otot, confusion, irritability, kelesuan (fatigue), masalah jantung dan juga cirit-birit yang kronik.
- Kekurangan pottasium boleh berlaku di kalangan orang tua dan berusia, pesakit buah pinggang dan juga mereka yang mengalami masalah pemakanan (bulimia, aneroksia).
- Penambahan pottasium di dalam tubuh boleh ditingkatkan melalui pemakanan seperti mengamalkan makan sayuran dan buahan. Pengambilan multi-vitamin juga boleh mengatasi masalah kurang pottasium.
Wednesday, 14 December 2011
Inspirasi epal hijau
Epal hijau sarat dengan bauan segar dan manis. Terdapat banyak produk berinspirasikan epal hijau. Antaranya :-
DKNY perfume |
Body shop green apple |
Epal hijau ternyata mempunyai kebaikan yang bukan sedikit. Antaranya :-
- Jika melakukan amalan memakannya, ia boleh merendahkan kadar kolestrol
- Mengurangkan berat badan
- Mencegah risiko kanser
- Vitamin yang terdapat dalam epal hijau boleh mencantikkan kulit
- Membersihkan usus besar dan memberi kesan detoksikasi
- Jika mengalami sembelit, amalkan jus epal hijau yang dicampur seleri (celery)
- Petua boleh cuba untuk melangsingkan badan berasaskan epal hijau - campur jus epal hijau dengan perahan limau nipis dan asam boi. Amalkan selalu.
Saturday, 10 December 2011
Bila ahli keluarga sakit.......
Aura keriangan keluarga akan bertukar menjadi muram bila salah-seorang ahlinya jatuh sakit. Tidak kira sama ada ibumu, ayahmu, adik-beradik ataupun siapa saja asalkan darah daging, kesakitan yang mereka alami akan turut dirasai oleh kita. Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kesedihan?
- Fahami jenis penyakit. Ambil tahu apa penyakit ahli keluargamu yang dideritainya selama ini. Jika mereka dirawat di hospital, dengar penerangan yang doktor berikan. Dengan mengetahui jenis penyakit, kamu akan mendapat pemahaman tentang rawatan, penyembuhan dan keadaan penyakit tersebut. Kamu juga boleh menambah pengetahuan dengan melayari internet dan membaca buku.
- Komitmen kepada kerjaya dan keluarga adakalanya menyekat kamu daripada meluangkan masa yang banyak untuk menjaga atau melawat ahli keluarga yang sakit di hospital. Beri bantuan alternatif. Mungkin kamu boleh membantu dari segi kos rawatan, atau membeli alat sokongan perubatan. Contohnya kamu boleh menghadiahkan kerusi roda.
- Penuhi keperluan mereka. Bayangkan jika ada ahli keluargamu yang terlantar sakit. Bantu mereka menjalani kehidupan seharian. Kamu boleh tolong menyalin pakaian, menyuap makanan, mengurut badan. Kamu juga boleh membacakan buku atau akhbar jika mereka bosan berbaring seharian.
- Fahami emosi mereka. Biasanya orang sakit amat sensitif, tertekan dan mudah terluka. Utamakan perasaan mereka sebelum berkata sesuatu yang mungkin menghiris perasaan. Beri mereka sokongan emosi dan perangsang supaya mereka bersemangat untuk sembuh dengan cepat. Layan mereka berbual supaya mereka tidak sunyi dan galakkan mereka ceria dan tertawa kerana ia adalah ubat paling mujarab.
- Berdoa. Iringi mereka dengan doa supaya mereka tabah menjalani hari-hari kesakitan. Panjatkan permohonan kepada Ilahi supaya ahli keluargamu itu cepat sembuh. Berikhtiar dan bertawakal, mudah-mudahan ia cepat sembuh dan aura mendung dalam kehidupan keluargamu akan sirna dan keriangan akhirnya muncul kembali.
Friday, 9 December 2011
Kekal sihat dalam kesibukan
Untuk kekal sihat dan cergas, kamu mesti cukup rehat secara mental dan fizikal. Namun ada ketikanya, tugas seharian amat menuntut kesibukan diri dan kesuntukan masa. Ambil peluang untuk relaks dengan melakukan aktiviti-aktiviti simple seperti yang disenaraikan ini :-
- Jika kamu merasa badan terlampau penat, namun tiada masa untuk tidur sebentar dan berehat - bertenang. Cuba rehatkan minda dan pejam matamu rapat-rapat. Ia dapat meningkatkan kualiti capaian ketenangan dalam dirimu.
- Banyakkan mengambil makanan sihat (healthy food). Makanan hijau seperti sayuran-sayuran akan memberi vitamin secukupnya untuk tubuhmu. Di samping itu, klorofil dalam sayuran hijau juga boleh menentang kesan negatif akibat kepenatan dan stress. Elakkan memasak dengan menggunakan minyak masak yang murah kerana ia boleh menjejaskan asid lemak perlu (essential fatty acids) di dalam tubuh.
- Mulakan hari dengan mengambil buah-buahan semasa sarapan. Fiber di dalam buah-buahan akan membantu penghadaman yang sempurna dan melawaskan pembuangan bahan kumuh dari badan. Amalkan juga memakan sup kerana ia adalah salah satu dari jenis makanan sihat.
- Lakukan gerakan tubuh. Banyakkan berjalan dalam melakukan aktiviti seharian. Jika menaiki bangunan tinggi, elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. Semasa menonton TV, lakukan senaman regangan supaya badan cergas dan tidak lesu. Parkir kereta agak jauh dari tempat yang dituju supaya kamu berjalan kaki dan bergerak aktif.
- Ambil suplemen untuk kecergasan tubuh seperti multivitamin. Pastikan tidur yang berkualiti. Minda mesti tenang supaya kamu boleh fokus dalam menjadi kehidupan seharian dalam kesibukan yang berpanjangan. Seboleh mungkin, selesaikan tugas-tugas di pejabat dan jangan bawa pulang ke rumah supaya tubuh badan boleh berehat dan relaks lantas bersedia untuk menghadapi hari esok dengan lebih lapang.
Yakini Prima Oligo
Seperti kamu semua di luar sana, saya juga amat skeptikal terhadap produk baru. Tanpa saya sedari rupa-rupanya produk yang saya review ini sudah bertapak lebih 15 tahun di Malaysia. Saya mula diperkenalkan dengan produk 'Prima Oligo' oleh jurukecantikan saya, Wendy. Selepas mencubanya saya benar-benar berpuas hati dan enggan menoleh ke belakang lagi.
Prima Oligo mempunyai rangkaian produk yang berbeza mengikut jenis dan tekstur kulit. Saya telah disarankan untuk menggunapakai versi kulit kering dan sensitif. Selepas menggunakannya, kulit yang dahulunya kering dan menggelupas muncul sekata dan jernih. Namun menurut jurukecantikan yang merawat kulit, produk semata-mata juga tidak menjamin hasil yang baik. Ia perlu berlaku seiring dengan rawatan-rawatan intensif seperti 'micropeel', 'ampoules' dan juga 'Chinese quartz' (sila rujuk pakar estetik atau beautician tentang istilah-istilah perawatan ini kerana saya bukan juruterapi kecantikan yang bertauliah!). Selepas perawatan-perawatan ini membaiki tekstur kulitmu, produk-produk skincare akan mudah meresap dan memberi hasil yang terbaik untuk kulit. Saya tidak pasti sama ada produk Prima Oligo ada dijual di pasaran terbuka. Kemungkinan besar ia hanya dijual di salon-salon tertentu dan secara jualan langsung. Harganya sederhana berpatutan dengan set penjagaan kulit yang lengkap.
Oleh itu, dalam memilih produk penjagaan kulit, jangan semata-mata bergantung kepada jenama. Pilihlah produk mengikut kesesuaian jenis kulit dengan mengikut saranan pakar kulit atau pakar estetik. Tanamkan sifat peka dengan perubahan tekstur kulit kerana keadaan kulit kamu berubah seiring usia. Secara asasnya, kulit berminyak semasa remaja namun cenderung menjadi kering apabila usia meningkat. Dengan pemilihan produk yang betul ditambah dengan rutin penjagaan kulit yang konsisten, ucapkan selamat datang kepada wajah jernih dan segar yang sering kamu impi-impikan.
Oleh itu, dalam memilih produk penjagaan kulit, jangan semata-mata bergantung kepada jenama. Pilihlah produk mengikut kesesuaian jenis kulit dengan mengikut saranan pakar kulit atau pakar estetik. Tanamkan sifat peka dengan perubahan tekstur kulit kerana keadaan kulit kamu berubah seiring usia. Secara asasnya, kulit berminyak semasa remaja namun cenderung menjadi kering apabila usia meningkat. Dengan pemilihan produk yang betul ditambah dengan rutin penjagaan kulit yang konsisten, ucapkan selamat datang kepada wajah jernih dan segar yang sering kamu impi-impikan.
Thursday, 8 December 2011
Menjana pendapatan tambahan
Memang ada di kalangan mereka yang sangat beruntung kerana memperolehi pendapatan lebih dari mencukupi setiap bulan. Namun ada juga di antara kita yang sekadar memperolehi 'gaji cukup makan'. Jangan bersedih. Perhatikan dan nilaikan potensi dirimu supaya kamu bersedia untuk menjana pendapatan sampingan selain gaji bulanan.
- Perniagaan - jangan pesimis jika kamu tiada modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Terdapat beberapa agensi jualan langsung terutamanya produk kecantikan yang kamu boleh mulakan dengan modal sangat minima. Contohnya, Nutrimetics. Kamu juga boleh mulakan perniagaan yang ada golongan sasaran terutamanya kaum wanita, contoh: perniagaan tudung, telekung, busana muslimah, produk kesihatan & herba dll.
- Menjana wang melalui internet - sudah ramai di kalangan mereka yang menjadi 'professional blogger' dan mampu memperolehi pendapatan sampingan. Kamu juga boleh kombinasikan jalinan blogging dengan perniagaan kamu di mana kamu boleh mengiklankan produk secara online dan menjana keuntungan tanpa batasan.
- Gunakan daya kreativiti - jika kamu rajin menulis kreatif, jana pendapatan tambahan dengan terbitan novel, puisi atau cerpen di syarikat-syarikat akhbar dan buku. Terdapat juga sidang redaksi majalah yang menerima artikel dari penulis tamu dengan sejumlah bayaran tertentu.
- Gunakan bakat - ambil tempahan menjahit baju, dekorasi kek, gubahan hantaran atau menjadi jurusolek sambilan. Kamu juga boleh membuat perkhidmatan spa, sauna, facial dan urut di rumah dengan kadar yang berpatutan. Jangan sia-siakan masa senggang atau hanya bergoyang kaki sebaliknya jana pendapatan secara aktif!
- Jika kamu mempunyai modal agak besar, boleh praktikkan cara menjana pendapatan dengan membeli property (hartanah). Terdapat beberapa 'si kaya' yang membeli unit-unit rumah untuk disewakan dan kemudiannya menjana pendapatan secara pasif melalui hasil sewaan. Ataupun kamu boleh mengusahakan rumah pelancongan secara kecil-kecilan / guesthouse atau homestay dan memperolehi pendapatan sampingan melaluinya.