Pembaca Molek

Saturday, 10 December 2011

Bila ahli keluarga sakit.......


Aura keriangan keluarga akan bertukar menjadi muram bila salah-seorang ahlinya jatuh sakit. Tidak kira sama ada ibumu, ayahmu, adik-beradik ataupun siapa saja asalkan darah daging, kesakitan yang mereka alami akan turut dirasai oleh kita. Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kesedihan?
  1. Fahami jenis penyakit. Ambil tahu apa penyakit ahli keluargamu yang dideritainya selama ini. Jika mereka dirawat di hospital, dengar penerangan yang doktor berikan. Dengan mengetahui jenis penyakit, kamu akan mendapat pemahaman tentang rawatan, penyembuhan dan keadaan penyakit tersebut. Kamu juga boleh menambah pengetahuan dengan melayari internet dan membaca buku.
  2. Komitmen kepada kerjaya dan keluarga adakalanya menyekat kamu daripada meluangkan masa yang banyak untuk menjaga atau melawat ahli keluarga yang sakit di hospital. Beri bantuan alternatif. Mungkin kamu boleh membantu dari segi kos rawatan, atau membeli alat sokongan perubatan. Contohnya kamu boleh menghadiahkan kerusi roda.
  3. Penuhi keperluan mereka. Bayangkan jika ada ahli keluargamu yang terlantar sakit. Bantu mereka menjalani kehidupan seharian. Kamu boleh tolong menyalin pakaian, menyuap makanan, mengurut badan. Kamu juga boleh membacakan buku atau akhbar jika mereka bosan berbaring seharian.
  4. Fahami emosi mereka. Biasanya orang sakit amat sensitif, tertekan dan mudah terluka. Utamakan perasaan mereka sebelum berkata sesuatu yang mungkin menghiris perasaan. Beri mereka sokongan emosi dan perangsang supaya mereka bersemangat untuk sembuh dengan cepat. Layan mereka berbual supaya mereka tidak sunyi dan galakkan mereka ceria dan tertawa kerana ia adalah ubat paling mujarab.
  5. Berdoa. Iringi mereka dengan doa supaya mereka tabah menjalani hari-hari kesakitan. Panjatkan permohonan kepada Ilahi supaya ahli keluargamu itu cepat sembuh. Berikhtiar dan bertawakal, mudah-mudahan ia cepat sembuh dan aura mendung dalam kehidupan keluargamu akan sirna dan keriangan akhirnya muncul kembali.

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wrmbth,

    Salam perkenalan Umi, nama saya Fairul Azmi. Saya sangat suka menjaga kesihatan diri dan jkeluarga.

    Saya sangat bersetuju dengan artikel Umi. Hadis Nabi SAW ada menyebut, 2 nikmat yang selalu manusia sia siakan adalah masa lapang dan kesihatan.

    Ramai dari kita tidak kisah tentang perkara ini sehinggalahs egalanya sudah terlambat. Dalam riwayat lain, ingat 6 perkara sebelum 6 perkara, salah satunya adalah sihat sebelum sakit dan muda sebelum tua dan lapang sebelum sempit.

    Betapa ajaran islam menggalakkan umatnya untuk menjaga kesihatan. Jagalah kesihatan diri dan keluarga.

    BAnyakkan bersenam dan mengambil pemakanan sunnah seperti kurma dan cuka kurma. Madu juga sangat berkhasiat. Memang hebat makanan sunnah.

    Banyakkan juga bersedekah keran dari situ daangnya keberkatan. Keberkatan hidup datang bukan dari duit sahaja tetapi juga melalui kesihatan dan ketenangan hidup berkeluarga. :)

    Salah satu perkara lagi adalah MERANCANG KEWANGAN DAN PERBELANJAAN. Sementara sihat dan walafiat, mari kita fikirkan apa yang boleh dilakukan sekiranya ujian Allah swt menimpa. Mohon share artikel menarik ini ya umi.

    Azmi (Pakar Simpanan Kecemasan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri bila menghadapi keadaan ibu yg terlantar sakit. Kini beliau sudah sakit selama 1 1/2 thn, masih belum pulih namun blh menggerakkan sbhgn anggota badan. Agak tdk adil bila kita mengharapkan ibu kekal sihat sejak kita kecil shgga kita dewasa krn ibu juga manusia biasa. Mungkin juga kerana leka menjaga anak2 dahulu sehingga ibu lupa menjaga kesihatannya sendiri. Kini ibu sya semakin redha dgn ujian yg menimpanya. Terima kasih krn prihatin & nasihat yg diberikan.

      Delete