Minyak zaitun adalah produk serba boleh. Kegunaannya serba lengkap meliputi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Berikut saya senaraikan antara kegunaan dan manfaat minyak zaitun :
Lupakan hair spray, hair serum, hair wax dan gel kerana dengan beberapa titis minyak zaitun cukup untuk membantu anda mendapatkan rambut bersinar dan menawan seperti yang anda idam-idamkan.
2. Menanggalkan mekap
Jangan terus mencuci mekap anda dengan air. Ambil beberapa titis minyak zaitun pada kapas muka dan gunakan untuk menanggalkan sisa-sisa mekap. Selepas itu, cuci wajah anda seperti biasa.
3. Menyamankan kulit
Jika anda terlibat dengan aktiviti luar (bersukan dan berkawad misalnya), kulit akan terdedah kepada sinaran terik matahari. Jangan terus mencuci muka atau mandi. Rehat, ambil beberapa titis minyak zaitun dan lumurkan pada wajah dan lengan yang terkena pancaran matahari. Minyak zaitun bertindak menyamankan kulit dan mencegah sunburn.
4. Menjaga kulit sekitar mata
Kulit di sekeliling mata amat sensitif. Ia tidak seperti kawasan lain di muka atau tubuh anda. Sebab itu mata memerlukan krim penjagaan khas seperti eye cream dan eye gel. Harganya pula agak mahal untuk sebotol produk dalam bentuk jar sekitar 25ml. Minyak zaitun juga boleh jadi alternatif terbaik. Sebelum tidur malam, ambil masa untuk mengurut kulit di sekitar mata secara lembut. Peredaran darah di sekitar mata anda akan berjalan dengan lebih lancar lantas mengelakkan sembab dan bawah mata hitam. Jangan lupa sapukan juga pada bulu kening dan bulu mata sedikit sahaja kerana ia boleh menghitamkan dan menebalkan alis secara semulajadi.
5. Merawat kulit kering
Sapukan minyak zaitun pada siku dan lutut yang kasar untuk kesan melembab dan mencerah seperti pemakaian losyen. Jika tumit kaki pecah-pecah, sapukan minyak zaitun sebelum tidur dan anda akan lihat perubahan kulit anda menjadi lebih licin dan sihat. Minyak zaitun sama manfaatnya seperti baby oil namun lebih semulajadi kerana ia datangnya dari sumber buah hijau bujur - zaitun - olive, yakni buah dari syurga.
No comments:
Post a Comment