Kapas muka (facial cotton)amat berguna dalam kehidupan seharian kita. Ia banyak digunakan untuk mengaplikasi toner (penyegar) ataupun untuk membersihkan sisa-sisa kesan mekap. Mari kita lihat jenis-jenis kapas muka dan kegunaannya.
Facial cotton wool
Facial cotton wool digunakan untuk menyapu penyegar selepas pencucian wajah. Cotton wool adalah segumpal kapas yang bulat dan ia mampu menyerap penyegar dengan lebih berkesan. Cotton wool yang telah dibasahkan dengan penyegar (toner) ini diratakan ke seluruh wajah anda supaya kulit menjadi lembab dan lebih bersedia untuk disapukan krim muka.
Facial cotton pad
Facial cotton pad ialah kapas muka nipis yang berbentuk empat segi. Ia lebih sesuai untuk menanggalkan sisa-sisa mekap. Pedapkan cotton pad pada eye make up remover (penanggal mekap mata) dan bersihkan maskara, eye shadow serta kesan celak pada mata. Gunakan juga dengan susu pembersih wajah (facial cleansing milk) untuk membersihkan bedak asas (foundation), pemerah pipi (blusher) dan juga lipstik.
Cotton bud
Cotton bud (putik kapas) kebiasaannya digunakan untuk membersihkan telinga. Namun ia juga boleh digunakan untuk mengaplikasi mekap. Gunakan putik kapas untuk meratakan eye shadow dan lipstik. Ia akan mengadun pigmen mekap anda supaya lebih serata dan tahan lama. Ia juga penting bagi tujuan perubatan dan kecemasan untuk menyapu ubat luka, krim dsb.
No comments:
Post a Comment