Pada dasarnya, setiap dari kita akan mengetahui jenis kulit masing-masing. Asasnya, setiap wanita dapat mengenal pasti sama ada wajah mereka adalah jenis berminyak, kering, sensitif atau jenis kombinasi (berminyak di zon-T namun kering pada bahagian lain).
Tanpa kita sedari, sebenarnya perubahan akan berlaku seiring dengan usia. Semasa remaja, mungkin kita mempunyai kulit yang amat berminyak sehingga kerap ditumbuhi jerawat. Namun, apabila meningkat dewasa, kulit lebih terarah kepada kekeringan dan sensitif. Kajian menunjukkan keadaan kulit menjadi 20% lebih kering semakin kita meningkat usia. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengambil berat tentang perubahan dan penjagaan kulit wajah.
Langkah-langkah berikut boleh kamu ikuti seandainya kamu tergolong di kalangan mereka yang memiliki kulit kering dan sensitif :-
- Berhati-hati memilih produk penjagaan kulit. Sebaiknya pilih yang bersifat hypoalergenik (selamat daripada alergi). Antara produk pilihan ialah Neutrogena. Untuk mekap, pilih bedak wajah jenis mineral kerana ia lebih mesra untuk kulit sensitif.
- Berhenti menggunakan sabun pencuci wajah untuk kulit berminyak. Ia akan menghakis kelembapan semulajadi daripada wajah menjadikan kulit kamu lebih bermasalah dan lebih kekeringan.
- Gunakan pelembab wajah yang bersesuaian. Selepas mencuci wajah, segera aplikasikan pelembab kerana kulit akan lebih mudah menyerap khasiat dan mengekalkan kelembapan. Juga gunakan krim tabir suria apabila kerap keluar rumah.
- Elakkan mandi atau mencuci wajah menggunakan air panas dengan kerap. Mandi air panas akan mengakibatkan kulit kehilangan kelembapan semulajadinya.
- Beri lebih perawatan pada kulit wajah. Sekiranya berkesempatan, dapatkan konsultansi pakar kecantikan untuk mendapatkan petua penjagaan wajah yang paling bersesuaian denganmu. Percayalah paras menawan mampu dikekalkan jika kamu berdisiplin dan konsisten menjaga kecantikan diri.
No comments:
Post a Comment