- Adalah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak yang membasahi tilam di waktu tidurnya. Bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, normal bagi mereka jika terkencing pada waktu malam kerana mereka masih belum dapat mengawal fungsi urin dan buah pinggang. Namun berhati-hati jika kanak-kanak telah berusia 7 tahun ke atas kerana sikap kencing malam mereka perlu dirawat dari terus berlarutan.
- Kencing malam (bedwetting) boleh berlaku akibat masalah kesihatan atau psikologi. Masalah kesihatan yang dialami mungkin berpunca dari penyakit buah pinggang, sembelit atau jangkitan pundi kencing. Masalah psikologi pula mungkin berpunca dari persekitaran seperti masalah di sekolah atau tekanan akibat ibubapa bercerai.
- Jangan mengejek anak yang kencing malam kerana ia akan mengakibatkan mereka malu dan menunjukkan kita tidak menyokong mereka. Bantu mereka menangani situasi tersebut secara positif. Jika mereka telah mengotorkan tilam, latih mereka menyalin dengan pakaian dan cadar yang bersih, bukan untuk menghukum sebaliknya untuk membantu mereka menghadapi situasi tersebut dengan berkesan.
- Elakkan memberi mereka minum dalam tempoh 2 jam sebelum tidur. Jika minum juga jauhi minuman berais, teh, kopi atau pun cola. Suruh mereka membuang air kecil sebelum tidur dan lapik tilam mereka dengan alas kalis cecair.
- Jika telah melakukan pelbagai usaha namun mereka tetap kencing malam juga, segera bawa anak berjumpa doktor. Beberapa situasi mungkin menunjukkan anak mengidap penyakit yang merbahayakan, seperti kencing yang berbau, kesakitan atau terkencing pada waktu harian. Ingatlah bahawa anak-anak amat memerlukan ibu bapa dalam memantau masalah kesihatan yang mungkin membelenggu dalam pada mereka menjalani kehidupan.
Pembaca Molek
Friday 18 November 2011
Anak kencing malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment