Pembaca Molek

Friday, 3 June 2011

Amalkan khasiat ulam

Ulam, iaitu sayuran mentah yang dimakan segar begitu banyak khasiatnya. Ulam juga adakalanya dipanggil sebagai 'sayur kampung'. Ada berbagai-bagai jenis ulam antaranya pegaga, ulam raja, petai, daun tenggek burung dan pucuk gajus. Pucuk paku dan pucuk ubi juga termasuk dalam kumpulan ulam namun ia lebih sedap dicelur atau dimasak gulai daripada memakannya secara mentah. Khasiat ulam juga amat diakui dari segi perubatan tradisional.

Kajian menunjukkan dengan memakan ulam boleh meremajakan dan merangsang awet muda. Ini kerana ulam-ulaman juga berfungsi sebagai anti oksida yang menentang radikal bebas daripada merosakkan sel tubuh. Ulam yang bersifat pahit juga dikatakan membantu mengurangkan risiko darah tinggi dan kencing manis. Ulam juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan membantu dalam proses melawaskan pembuangan air besar dan air kecil.

Amalkan memakan ulam sebagai hidangan sampingan anda. Jika takut dengan rasanya yang pedar dan pahit, gandingkan dengan pencicah untuk membuka selera. Antara pencicah yang sedap dimakan dengan ulam ialah sambal belacan, budu dan cencaluk. Ulam juga amat sesuai dijadikan kerabu seperti kerabu kacang botol, kerabu pucuk paku dsb. Silalah berkenalan dengan ulam-ulaman yang dilampirkan di sini :-

Kacang botol

pegaga

tenggek burung
ulam raja
pucuk gajus

Jadikan ulam sebagai salah-satu hidangan dalam menu harian anda.

Bual tentang Neutrogena

Saya mula-mula diperkenalkan dengan pencuci muka 'Neutrogena' oleh ahli farmasi yang mengesyorkannya sebagai produk penjagaan wajah terbaik. Ketika itu, Neutrogena hadir dalam pakej sabun pembersih dengan variasi berikut :-

Sabun pembersih muka Neutrogena 'original formula'. Ini adalah dari jenis 'tiada haruman' (fragrance-free) untuk penjagaan kulit sensitif
Ini pula Neutrogena 'Original formula' untuk kulit normal

Untuk kulit cenderung berminyak, akne dan berjerawat, Neutrogena mempunyai sabun lutsinar khusus untuk masalah tersebut

Sabun Neutrogena amat berkesan dalam memberi rawatan terbaik pada wajah, namun sabun lutsinarnya mudah mencair dan tidak tahan lama. Lama-kelamaan produk ini digantikan dengan pakej botol yang lebih mudah dan jimat dipakai.

Liquid Neutrogena

Juga ada Neutrogena Fresh Foaming Cleanser untuk cucian yang menyegarkan


Thursday, 2 June 2011

Penuhi masa dengan hobi

Bangun dari tidur, sarapan, makan tengahari, menjalani rutin seharian, bekerja atau menguruskan rumahtangga hingga ke malam, adakah anda menjadi bosan melakukannya berulang-ulang? Penuhi masa dengan hobi. Hobi menjadikan anda lebih gembira dan lebih puas. Hobi adalah terapi minda yang paling baik untuk diamalkan.

Sebenarnya, semua wanita mempunyai hobi masing-masing. Namun semakin kita meningkat dewasa dan bekerjaya, kita terlalu asyik dengan kesibukan sehingga melupakan hobi yang disukai. Jangan terlampau terjerat dengan rutin harian hingga tiada medium untuk melepaskan tekanan. Pejamkan mata. Cuba fikir kembali apakah hobi dan minat anda zaman anak-anak dulu? 

Membaca adalah hobi yang paling asas. Sediakan sedikit peruntukan untuk membeli majalah dan buku-buku buat meluaskan pengetahuan. Anda juga boleh meluangkan masa menemani anak kecil anda membaca buku ceritanya. Percayalah, anda akan terhibur dan gembira apabila mengimbau kembali buku cerita Cinderella, Snow White, cerita Pak Pandir dan kisah-kisah Sang Kancil.
Memasak. Memasak adalah amalan yang sangat terapeutik dan menenangkan minda. Jika anda golongan orang bekerja, ambil masa-masa senggang hujung minggu untuk mencuba resepi-resepi baru. Pelbagaikan gaya resepi seperti masakan barat, masakan nyonya, kuih Melayu tradisional dan cuba juga masakan gaya fusion (gabungan resepi berbeza benua). Kuasai cara membuat puding, spaghetti, kari ayam dan pelbagai manisan.

Beriadah. Jangan jadikan faktor kesibukan sebagai penghalang untuk anda beriadah. Jauhi kerja-kerja pejabat buat sementara waktu dan isikan mata anda dengan gerakan badan yang menyihatkan. Pergi ke taman-taman dan pusat-pusat rekreasi, lakukan aktiviti jalan-jalan dan bersiar-siar untuk merehatkan minda. Jika kesuntukan masa untuk keluar rumah, buat aktiviti senaman 'in door' seperti menggunakan dumb-bell, swiss ball, gerakan tarian dsb.

Berkebun. Jika mempunyai halaman rumah luas, manfaatkan dengan menanam tanaman lanskap atau herba. Anda akan berpuas hati apabila melihat hasil tanaman bercambah dan membiak. Isi masa anda dengan menyiram bunga, membaja, merapikan tanah dan rumput. Ia akan menjadi terapi minda yang paling berkesan. Herba yang anda tanam juga amat berguna kerana boleh dimanfaatkan untuk kegunaan dapur sendiri.

Berpuisi. Selami perasaan halus di dasar hati anda dan luahkannya dengan menggarap puisi. Dunia sekarang penuh dengan kekejaman dan keganasan, lembutkan perasaan anda dengan menulis bait-bait puitis dan romantik. Hayati makna kasih sayang, fahami falsafah dan curahkan daya kreatif anda dengan menulis. Anda juga boleh mengeksplorasi daya kreatif anda yang lain dengan melukis, mereka kad ucapan, menghasilkan kraftangan atau lain-lain hasil seni.









Khasiat dari timun

Timun (cucumber) adalah dari himpunan sayuran dan ulaman yang sedap dimakan mentah. Timun juga ada khasiat semulajadi yang boleh dimanfaatkan dalam penjagaan kecantikan.

Hirisan membulat timun (cucumber ring) amat terkenal dalam memberi manfaat pada mata. Rehatkan diri selama 15-20 minit, pedapkan 2 hirisan timun pada kedua-dua belah mata. Khasiat sejuk dari timun akan dapat menyegarkan mata anda yang mengalami sembap dan kehitaman

Timun boleh dikombinasikan dengan kunyit (turmeric) untuk hasil terbaik. Caranya, ambil pangkal timun (bahagian paling hijau yang pahit) dan parutkan bersama-sama dengan seinci kunyit. Ambil air parutan timun dan kunyit tersebut lalu disapukan pada muka. Kunyit berfungsi untuk menghapuskan jerawat manakala timun bersifat menyejukkan dan melembabkan. Ia adalah petua tradisional terbaik jika menghadapi masalah jerawat dan kulit berminyak.

Jika ingin memanfaatkan khasiat timun dalam rutin penjagaan wajah anda, cuba The Body Shop - Cucumber cleansing milk. Ia menawarkan kebaikan semulajadi timun untuk memberikan cucian secara lembut dan mendalam. Cleansing milk (susu pembersih) juga sesuai untuk menanggalkan sisa-sisa daripada pemakaian mekap seharian.




Sayur untuk kesihatan

Khasiat sayur amat diperlukan kerana tubuh badan memerlukan zat semulajadi. Sayur mengandungi vitamin dan fiber yang sangat penting untuk kesihatan. Namun ramai juga yang mengelak dari mengambil sayur dengan alasan pahit dan tidak sedap. Berikut adalah contoh sayur-sayur yang bukan sahaja sedap malah tinggi kandungan khasiat dan kebaikannya.

Kacang buncis @ french beans. Masak sekejap sahaja di atas dapur dan anda boleh menikmatinya secara 'crunchy' (rangup)

Kailan. Gandingkan dengan sos tiram dan anda akan terus menyukainya dengan hidangan makanan anda yang lain

Asparagus. Sedap dimasak dengan udang. Asparagus mempunyai khasiat perubatan yang tinggi


Losyen tangan dan badan

Kebanyakan kita terlalu obses dengan penjagaan muka sehingga mengabaikan bahagian tangan dan badan. Ada juga yang enggan menyapu losyen pada tangan kerana tidak suka dengan kesan melekit. Namun sebenarnya, jika tidak menyapu losyen kelembapan pada tangan dan badan akan hilang dan menjadikan kulit mudah kering dan kasar. Apa pula jenama losyen yang terbaik? 

Nivea adalah krim tangan dan badan yang dipercayai turun temurun

Jika kulit tangan dan badan mengalami kekeringan melampau (pecah-pecah, kulit tegang dan perit), anda perlukan losyen yang mampu memberi penjagaan rapi. Guna Rosken Dry Skin Cream. Ia jenis berubat, tidak berbau wangi. Namun kesan penyembuhannya sangat hebat.

Losyen bayi Johnson's juga tidak kurang hebatnya dan bertindak melicin dan melembutkan kulit orang dewasa.

Waktu terbaik memakai losyen ialah sebaik sahaja selepas mandi kerana semasa itu kulit masih lembab dan mampu menyerap secara maksimum. Letakkan juga sebotol losyen di sisi katil kerana waktu sebelum tidur adalah masa terbaik untuk memberi rawatan dan jagaan pada tangan dan badan anda.

Wednesday, 1 June 2011

Teh untuk kecantikan

Teh amat berkhasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Ia berfungsi untuk menyejukkan badan dan mempunyai kesan menyamankan (soothing effect). Teh juga mempunyai zat potasium yang berfungsi untuk memperbaiki fungsi sel, tisu dan organ dalam tubuh anda. Namun, cara meminumnya haruslah dengan betul supaya anda mendapat manfaat secukupnya daripada minuman universal ini. Jangan mengambil teh yang tinggi kandungan gula. Di samping itu, jauhi teh yang telah diselaputi pewarna tiruan.

Amalkan meminum green tea (teh hijau). Teh hijau kaya dengan anti oksida iaitu agen yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel tubuh. Kebanyakan perisa teh hijau digandingkan dengan bunga melur (jasmine).
Minum teh bunga kekwa (crysanthemum tea). Kelopak kering bunga kekwa boleh didapati di kedai herba dan ubat Cina (Chinese herbal and medical shop). Cara mengadun teh bunga kekwa ialah melalui kaedah 'brewing' (rendidih). Teh bunga kekwa juga mempunyai 'cooling effect' (kesan menyejukkan) dan dikatakan boleh menjadi rawatan terbaik bagi mencegah bahang demam H1N1.

Untuk kebersihan usus, minum Clenx tea daripada NH Detoxlim. Ia mengandungi herba-herba yang menggalakkan fungsi pembersihan dalam usus besar dan menyingkirkan toksin. Caranya dengan mengambil 2 pek sehari di waktu siang dan malam. Selepas mengamalkan Clenx tea, anda akan rasa tubuh badan lebih bersih kerana kekotoran yang melekat pada usus telah pun dibuang. Dikatakan ia akan membantu anda mendapat wajah yang lebih sihat tanpa jerawat dan perut juga lebih langsing.