Pembaca Molek

Tuesday, 18 February 2014

Neem dari Himalaya

Saya gembira bila dapat kembali menulis di sini. Sejak sekian lama kanvas blog saya terbiar sepi. Pertama, kerana kesibukan yang berkunjung tanpa mengira masa. Kedua, kerana masalah kesihatan. Saya rasa 'tercabar' kerana diri ini yang begitu komited dan self conscious dalam menata kesihatan akhirnya dilanda masalah alergi terhadap kulit. Doktor mengesahkan saya menghidap ekzema. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin self defense kulit saya menjadi lemah dan saya cenderung alah kepada habuk dan seafood. Perkara ini telah berlanjutan semenjak bulan Oktober tahun lalu. Sudah hampir 5 bulan. Bermakna sudah 5 bulan tidak menikmati udang dan sotong. Dan saya memasak asam pedas kegemaran tanpa 'belacan' (okay saja sebenarnya...)

Generally, masalah ekzema saya ini sebenarnya terkawal. Cuma saya perlu berhati-hati, tidak boleh terdedah kepada dustmites, perlu elak perpeluhan melampau dan memilih makanan yang sesuai. Saya menggunakan sabun khas yang dicadang oleh doktor iaitu Eucerin. Selamat tinggal Body Shop kerana saya tidak boleh lagi memakai sabun pewangi dan pelbagai. Jika boleh saya ingin sembuh sepenuhnya dan bebas kembali. Ahli farmasi mencadangkan pengambilan herba 'Neem' jenama Himalaya. Jikalau saya tak silap Neem itu maksudnya daun semambu yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional merawat demam campak.

Sudah seminggu saya mengamalkan Neem dan hasilnya sungguh positif. Kerana alergi saya menggunakan sarung tangan untuk membasuh pinggan dan tapak kaki juga ekstra sensitif akibat masalah kulit. Kini saya perhatikan tapak tangan sudah kelihatan normal dan tapak kaki sudah ok. Masalah ekzema di bahagian badan amat terkawal dan saya percaya kesan-kesan parut juga bakal sembuh sedikit masa lagi berkat pengambilan secara konsisten. Saya mengambil Neem 2 kali sehari iaitu selepas sarapan dan waktu malam sebelum tidur. Neem berfungsi untuk mencuci darah dan membantu keadaan kulit menjadi sihat, menyembuhkan luka dan alergi dan juga mempunyai fungsi detoksikasi. Kini saya tersenyum girang kembali. Sudah lama saya tidak ke spa atau membuat manicure dan pedicure kerana malas mahu bersoal jawab dengan beutician mengapa keadaan kulit saya boleh jadi begitu teruk sekali? Setiap penyakit ada ubatnya. Untuk kamu yang menghadapi masalah kulit seperti alergi, jerawat, bisul atau peredaran darah tidak teratur, boleh mencuba Neem. It is completely safe as it is a herbal product. Neem banyak digunakan dalam perubatan Ayurveda sejak zaman lampau dahulu. Selain itu, ia juga membantu menstabilkan gula dalam darah dan bagus untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan.

3 comments:

  1. Waktu period boleh mkn ke pil ni ye?

    ReplyDelete
  2. Waktu period boleh mkn ke pil ni ye?

    ReplyDelete
  3. Neem himalaya mmg bgus...8tahun sy elergi seafood,ayam,telur n sewaktu..cuma bleh mkn daging dan ikan shj..setelah mkn 2 botol alhamdulillah smpai sekarang sy boleh mkn apa sj

    ReplyDelete