Pembaca Molek

Friday 30 December 2011

Kebaikan 'green salad'

  1. Green salad memberi kesan yang baik untuk penghadaman.
  2. Sayur-sayuran mentah dalam green salad seperti Romaine lettuce mempunyai nutrien seperti vitamin A, folate, fiber, magnesium, potasium dan fosforus.
  3. Selain itu, ia juga mengandungi beta karotene yang baik untuk sistem imunisasi dan mencegah kanser.
  4. Green salad juga menjadikan badan lebih beralkali, kerana jika badan terlalu tinggi kandungan asid, penyakit-penyakit akan mudah singgah dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Tips menghalang pencuri

'Nightmare' ialah suatu interpretasi kepada keadaan bila pulang bercuti dan rumah dimasuki pencuri. Bagaimana cara terbaik untuk menghalang perkara ini daripada berlaku? Suatu artikel yang saya baca menyarankan,'you must think like a thief. What are the things that have attracted thieves to come to your home?'

  1. Pencahayaan adalah sistem keselamatan nombor satu. Dapatkan peranti yang boleh memastikan cahaya terang di sekitar rumah. Persekitaran rumah yang suram, malap dan tiada lampu akan memudahkan pencuri menjalankan operasinya.
  2. Perlindungan terbaik nombor dua ialah jiran yang boleh dipercayai. Beritahu jiran jika kamu hendak meninggalkan rumah dalam jangkamasa yang lama dan berhari-hari. Minta tolong dia memerhatikan jika ada apa-apa yang mencurigakan di sekeliling rumahmu.
  3. Simpan toolbox di tempat yang selamat. Tukul dan spanar yang diletakkan di luar rumah boleh digunakan oleh pencuri untuk memecahkan rumahmu sendiri. Malah, tangga yang terdapat di luar rumah juga boleh digunakannya untuk memanjat dan memecah masuk ke dalam kediaman.
  4. Jangan letak barangan berharga di tempat yang senang dilihat. Selindungkan komputer, barangan berharga, barang kemas dan wang di tempat yang selamat. Jangan pamerkan di ruang yang mudah dilihat jika diintai dari luar tingkap.
  5. Sebaik-baiknya beritahu polis kawasan yang kamu akan meninggalkan rumah dalam jangkamasa yang lama dan minta mereka buat rondaan dengan kerap.
  6. Elakkan memberi 'publisiti percuma' bahawa kamu tiada di rumah. Jangan war-warkan melalui telephone answering machine atau facebook yang kamu kini berada di luar daerah dan tiada sesiapa di rumah kamu.
  7. Jika boleh, dapatkan bantuan jiran untuk mengumpul surat dari peti dan jangan biarkan surat khabar atau flyers bertaburan kerana ia menunjukkan tuan rumah tiada dan rumah ditinggalkan kosong. Pertimbangkan untuk memasang security alarm untuk memastikan perlindungan keselamatan yang lebih meyakinkan.


    Monday 26 December 2011

    Tambah kalsium di dalam tubuh

    • Kalsium amat diperlukan di dalam tubuh bagi memastikan tulang dan gigi yang sihat dan kuat. Di samping itu, ia juga perlu bagi memastikan fungsi otot dan saraf dapat berfungsi dengan baik. Kewujudan vitamin D pula memastikan kalsium boleh diserap dan digunakan di dalam badan.
    • Bagi bayi dan kanak-kanak, susu ibu adalah sumber kalsium yang paling baik. Bagi bayi dan kanak-kanak yang tidak menyusu daripada ibu, kalsium boleh diperolehi daripada susu formula.
    • Makanan yang mempunyai sumber kalsium tinggi ialah susu, yoghurt, keju dan jus oren. Manakala makanan yang merupakan sumber vitamin D ialah susu, soya, jus oren dan marjerin. Makanan yang mempunyai sumber vitamin D semulajadi ialah ikan, hati dan kuning telur.
    • Sebenarnya, agak sukar untuk memperolehi vitamin D secukupnya daripada sumber makanan. Sebagai alternatif, ada baiknya jika kamu mengambil suplemen vitamin D daripada pil multivitamin.
    • Berikut adalah senarai makanan yang mempunyai khasiat kalsium dan vitamin D untuk dijadikan sebagai amalan pemakanan:-
    1. tofu
    2. badam (almond)
    3. sardin dan salmon
    4. oat
    5. soya
    6. sawi
    7. brokoli
    8. oren
    9. tempeh

       

    Tips percutian keluarga

    1. Seperti kebiasaannya, famili akan menginap di hotel semasa percutian. Namun, jangan jadikan aktiviti menonton TV semata-mata sepanjang kamu check in di hotel tersebut. Kamu tidak sepatutnya bertolak jauh dari rumah dan berlama-lama menaiki kenderaan, semata-mata untuk menghabiskan masa menonton TV di hotel. Lakukan juga aktiviti lain.
    2. Jangan lupakan kanak-kanak dan aktiviti mereka. Masukkan mereka dalam perancangan percutian kamu. Jangan bawa mereka melawat muzium atau meninjau barangan antik jika kamu tahu aktiviti itu akan membosankan mereka. Bagi memastikan mereka tidak bosan dan hilang tumpuan, bawa 'activity items' mereka seperti krayon, buku mewarna, puzzles, games dan sebagainya.
    3. Jadikan percutian sebagai pelajaran kepada kanak-kanak secara tidak langsung. Ajar mereka tentang asal-usul nama tempat, makanan yang sinonim dengan tempat tersebut, bahasa malah boleh juga mengajar mereka mengambil foto tempat-tempat menarik.
    4. Bawa ubat-ubatan asas seperti ubat demam, sakit perut dan sakit kepala. Kamu juga perlu lebih bersedia jika anak-anak mengidap penyakit yang sedia ada, seperti asma dan alergi.
    5. Don't spoil the vacation. Jangan meleteri anak-anak, dan jangan paksa mereka mengikut jadual yang rigid seperti jadual waktu hari persekolahan (bangun awal, sarapan cepat, tidur tepat pada waktunya). Percutian adalah masa untuk 'bermalas-malasan' (laze around) maka jangan jadikan waktu percutian sesuatu yang stressful.
    6. Jangan kecewa jika berlaku sesuatu yang tidak mengikut perancanganmu. Jangan merungut bila tiba-tiba hari hujan, tersesat jalan, makanan tidak sedap, kereta rosak dsb. Anggap percutian adalah hari perkumpulan kamu sekeluarga. Maka, apa-apa masalah yang berlaku hendaklah diselesaikan secara berkumpulan dan jangan salah-menyalahkan antara satu sama lain.
    7. Travel light. Bawa hanya barang-barang yang perlu. Barangan yang banyak hanya akan menyusahkan kamu untuk bergerak ke sana ke mari. Tambahan pula sudah tentunya kamu akan menambah barangan yang dibeli sepanjang percutian tersebut, seperti pakaian, cenderamata dan ole-ole selainnya.




      Thursday 22 December 2011

      Yoghurt dan jagaan kecantikan

      delicious yoghurt with strawberries
      1. Khasiat dalam secawan minuman yoghurt ialah kandungan zink yang membantu mencegah cela wajah (blemishes). Kandungan zink ini ada dalam kebanyakan produk mencegah jerawat, namun ia wujud secara semulajadi di dalam yoghurt.
      2. Yoghurt (susu masam) mengandungi kandungan kalsium yang lebih banyak daripada kandungan kalsium di dalam susu. Untuk wanita menopause amat digalakkan mengambil yoghurt dalam kuantiti secukupnya bagi mencegah gejala kurang kalsium.
      3. Yoghurt kosong (tanpa pewarna dan perasa) atau 'plain yoghurt' boleh digunakan dalam rutin kecantikan. Ia boleh dijadikan facial mask (topeng muka) dan juga boleh membersihkan kulit secara mendalam.
      4. Untuk kulit kepala gatal dan berkelumumur, ambil yoghurt serta sapu dan urut pada kulit kepala, wrap for 15 minutes. Yoghurt boleh membantu mencegah masalah rambut.
      5. Untuk manicure dan pedicure secara rawatan sendiri di rumah, ambil plain yohurt secukupnya dan campur dengan perahan lemon. Sapu merata pada kulit tangan, kaki dan kuku. Urut (massage) dan bilas untuk mendapatkan kulit yang lembut dan segar.
      pureen kids with yoghurt - can also be used by adults


      Tuesday 20 December 2011

      Apa itu pottasium?

      1. Pottasium boleh didapati secara semulajadi di dalam makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan.
      2. Antara sumber pottasium yang baik ialah bayam, sawi, taugeh, brokoli, lettuce, kobis bunga, asparagus, terung, tomato dan timun.
      3. Manakala buah-buahan yang merupakan sumber pottasium ialah pisang, avokado, strawberry, betik dan aprikot.
      4. Apa fungsi pottasium? Ia membolehkan otot dan saraf berfungsi dengan baik, memastikan keseimbangan elektolit dan asid dalam badan di samping menentang risiko tekanan darah tinggi.
      5. Kekurangan pottasium di dalam tubuh boleh mengakibatkan lemah otot, confusion, irritability, kelesuan (fatigue), masalah jantung dan juga cirit-birit yang kronik.
      6. Kekurangan pottasium boleh berlaku di kalangan orang tua dan berusia, pesakit buah pinggang dan juga mereka yang mengalami masalah pemakanan (bulimia, aneroksia).
      7. Penambahan pottasium di dalam tubuh boleh ditingkatkan melalui pemakanan seperti mengamalkan makan sayuran dan buahan. Pengambilan multi-vitamin juga boleh mengatasi masalah kurang pottasium.


        

        Wednesday 14 December 2011

        Inspirasi epal hijau


        Epal hijau sarat dengan bauan segar dan manis. Terdapat banyak produk berinspirasikan epal hijau. Antaranya :-

        
        DKNY perfume
        

        Body shop green apple

        Epal hijau ternyata mempunyai kebaikan yang bukan sedikit. Antaranya :-
        1. Jika melakukan amalan memakannya, ia boleh merendahkan kadar kolestrol
        2. Mengurangkan berat badan
        3. Mencegah risiko kanser
        4. Vitamin yang terdapat dalam epal hijau boleh mencantikkan kulit
        5. Membersihkan usus besar dan memberi kesan detoksikasi
        6. Jika mengalami sembelit, amalkan jus epal hijau yang dicampur seleri (celery)
        7. Petua boleh cuba untuk melangsingkan badan berasaskan epal hijau - campur jus epal hijau dengan perahan limau nipis dan asam boi. Amalkan selalu.

        Saturday 10 December 2011

        Bila ahli keluarga sakit.......

        
        Aura keriangan keluarga akan bertukar menjadi muram bila salah-seorang ahlinya jatuh sakit. Tidak kira sama ada ibumu, ayahmu, adik-beradik ataupun siapa saja asalkan darah daging, kesakitan yang mereka alami akan turut dirasai oleh kita. Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kesedihan?
        1. Fahami jenis penyakit. Ambil tahu apa penyakit ahli keluargamu yang dideritainya selama ini. Jika mereka dirawat di hospital, dengar penerangan yang doktor berikan. Dengan mengetahui jenis penyakit, kamu akan mendapat pemahaman tentang rawatan, penyembuhan dan keadaan penyakit tersebut. Kamu juga boleh menambah pengetahuan dengan melayari internet dan membaca buku.
        2. Komitmen kepada kerjaya dan keluarga adakalanya menyekat kamu daripada meluangkan masa yang banyak untuk menjaga atau melawat ahli keluarga yang sakit di hospital. Beri bantuan alternatif. Mungkin kamu boleh membantu dari segi kos rawatan, atau membeli alat sokongan perubatan. Contohnya kamu boleh menghadiahkan kerusi roda.
        3. Penuhi keperluan mereka. Bayangkan jika ada ahli keluargamu yang terlantar sakit. Bantu mereka menjalani kehidupan seharian. Kamu boleh tolong menyalin pakaian, menyuap makanan, mengurut badan. Kamu juga boleh membacakan buku atau akhbar jika mereka bosan berbaring seharian.
        4. Fahami emosi mereka. Biasanya orang sakit amat sensitif, tertekan dan mudah terluka. Utamakan perasaan mereka sebelum berkata sesuatu yang mungkin menghiris perasaan. Beri mereka sokongan emosi dan perangsang supaya mereka bersemangat untuk sembuh dengan cepat. Layan mereka berbual supaya mereka tidak sunyi dan galakkan mereka ceria dan tertawa kerana ia adalah ubat paling mujarab.
        5. Berdoa. Iringi mereka dengan doa supaya mereka tabah menjalani hari-hari kesakitan. Panjatkan permohonan kepada Ilahi supaya ahli keluargamu itu cepat sembuh. Berikhtiar dan bertawakal, mudah-mudahan ia cepat sembuh dan aura mendung dalam kehidupan keluargamu akan sirna dan keriangan akhirnya muncul kembali.

        Friday 9 December 2011

        Kekal sihat dalam kesibukan

        Untuk kekal sihat dan cergas, kamu mesti cukup rehat secara mental dan fizikal. Namun ada ketikanya, tugas seharian amat menuntut kesibukan diri dan kesuntukan masa. Ambil peluang untuk relaks dengan melakukan aktiviti-aktiviti simple seperti yang disenaraikan ini :-
        1. Jika kamu merasa badan terlampau penat, namun tiada masa untuk tidur sebentar dan berehat - bertenang. Cuba rehatkan minda dan pejam matamu rapat-rapat. Ia dapat meningkatkan kualiti capaian ketenangan dalam dirimu.
        2. Banyakkan mengambil makanan sihat (healthy food). Makanan hijau seperti sayuran-sayuran akan memberi vitamin secukupnya untuk tubuhmu. Di samping itu, klorofil dalam sayuran hijau juga boleh menentang kesan negatif akibat kepenatan dan stress. Elakkan memasak dengan menggunakan minyak masak yang murah kerana ia boleh menjejaskan asid lemak perlu (essential fatty acids) di dalam tubuh.
        3. Mulakan hari dengan mengambil buah-buahan semasa sarapan. Fiber di dalam buah-buahan akan membantu penghadaman yang sempurna dan melawaskan pembuangan bahan kumuh dari badan. Amalkan juga memakan sup kerana ia adalah salah satu dari jenis makanan sihat.
        4. Lakukan gerakan tubuh. Banyakkan berjalan dalam melakukan aktiviti seharian. Jika menaiki bangunan tinggi, elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. Semasa menonton TV, lakukan senaman regangan supaya badan cergas dan tidak lesu. Parkir kereta agak jauh dari tempat yang dituju supaya kamu berjalan kaki dan bergerak aktif.
        5. Ambil suplemen untuk kecergasan tubuh seperti multivitamin. Pastikan tidur yang berkualiti. Minda mesti tenang supaya kamu boleh fokus dalam menjadi kehidupan seharian dalam kesibukan yang berpanjangan. Seboleh mungkin, selesaikan tugas-tugas di pejabat dan jangan bawa pulang ke rumah supaya tubuh badan boleh berehat dan relaks lantas bersedia untuk menghadapi hari esok dengan lebih lapang.

        Yakini Prima Oligo

        Seperti kamu semua di luar sana, saya juga amat skeptikal terhadap produk baru. Tanpa saya sedari rupa-rupanya produk yang saya review ini sudah bertapak lebih 15 tahun di Malaysia. Saya mula diperkenalkan dengan produk 'Prima Oligo' oleh jurukecantikan saya, Wendy. Selepas mencubanya saya benar-benar berpuas hati dan enggan menoleh ke belakang lagi.

        Prima Oligo mempunyai rangkaian produk yang berbeza mengikut jenis dan tekstur kulit. Saya telah disarankan untuk menggunapakai versi kulit kering dan sensitif. Selepas menggunakannya, kulit yang dahulunya kering dan menggelupas muncul sekata dan jernih. Namun menurut jurukecantikan yang merawat kulit, produk semata-mata juga tidak menjamin hasil yang baik. Ia perlu berlaku seiring dengan rawatan-rawatan intensif seperti 'micropeel', 'ampoules' dan juga 'Chinese quartz' (sila rujuk pakar estetik atau beautician tentang istilah-istilah perawatan ini kerana saya bukan juruterapi kecantikan yang bertauliah!). Selepas perawatan-perawatan ini membaiki tekstur kulitmu, produk-produk skincare akan mudah meresap dan memberi hasil yang terbaik untuk kulit. Saya tidak pasti sama ada produk Prima Oligo ada dijual di pasaran terbuka. Kemungkinan besar ia hanya dijual di salon-salon tertentu dan secara jualan langsung. Harganya sederhana berpatutan dengan set penjagaan kulit yang lengkap.

        Oleh itu, dalam memilih produk penjagaan kulit, jangan semata-mata bergantung kepada jenama. Pilihlah produk mengikut kesesuaian jenis kulit dengan mengikut saranan pakar kulit atau pakar estetik. Tanamkan sifat peka dengan perubahan tekstur kulit kerana keadaan kulit kamu berubah seiring usia. Secara asasnya, kulit berminyak semasa remaja namun cenderung menjadi kering apabila usia meningkat. Dengan pemilihan produk yang betul ditambah dengan rutin penjagaan kulit yang konsisten, ucapkan selamat datang kepada wajah jernih dan segar yang sering kamu impi-impikan.

        Thursday 8 December 2011

        Menjana pendapatan tambahan

        Memang ada di kalangan mereka yang sangat beruntung kerana memperolehi pendapatan lebih dari mencukupi setiap bulan. Namun ada juga di antara kita yang sekadar memperolehi 'gaji cukup makan'. Jangan bersedih. Perhatikan dan nilaikan potensi dirimu supaya kamu bersedia untuk menjana pendapatan sampingan selain gaji bulanan.
        1. Perniagaan - jangan pesimis jika kamu tiada modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Terdapat beberapa agensi jualan langsung terutamanya produk kecantikan yang kamu boleh mulakan dengan modal sangat minima. Contohnya, Nutrimetics. Kamu juga boleh mulakan perniagaan yang ada golongan sasaran terutamanya kaum wanita, contoh: perniagaan tudung, telekung, busana muslimah, produk kesihatan & herba dll.
        2. Menjana wang melalui internet - sudah ramai di kalangan mereka yang menjadi 'professional blogger' dan mampu memperolehi pendapatan sampingan. Kamu juga boleh kombinasikan jalinan blogging dengan perniagaan kamu di mana kamu boleh mengiklankan produk secara online dan menjana keuntungan tanpa batasan.
        3. Gunakan daya kreativiti - jika kamu rajin menulis kreatif, jana pendapatan tambahan dengan terbitan novel, puisi atau cerpen di syarikat-syarikat akhbar dan buku. Terdapat juga sidang redaksi majalah yang menerima artikel dari penulis tamu dengan sejumlah bayaran tertentu. 
        4. Gunakan bakat - ambil tempahan menjahit baju, dekorasi kek, gubahan hantaran atau menjadi jurusolek sambilan. Kamu juga boleh membuat perkhidmatan spa, sauna, facial dan urut di rumah dengan kadar yang berpatutan. Jangan sia-siakan masa senggang atau hanya bergoyang kaki sebaliknya jana pendapatan secara aktif!
        5. Jika kamu mempunyai modal agak besar, boleh praktikkan cara menjana pendapatan dengan membeli property (hartanah). Terdapat beberapa 'si kaya' yang membeli unit-unit rumah untuk disewakan dan kemudiannya menjana pendapatan secara pasif melalui hasil sewaan. Ataupun kamu boleh mengusahakan rumah pelancongan secara kecil-kecilan / guesthouse atau homestay dan memperolehi pendapatan sampingan melaluinya. 


          Thursday 24 November 2011

          Kepentingan insurans diri

          Perbelanjaan hidup di zaman moden amat memerlukan kos yang tinggi. Namun begitu, jangan lupa melabur dalam insurans nyawa (life insurance). Terdapat banyak kelebihan-kelebihan yang akan kamu perolehi sekiranya kamu memiliki polisi tersebut:-

          1. Gaya hidup yang tidak sihat, pencemaran, stress dan pelbagai rencam penyakit adalah punca-punca kematian awal. Apa akan jadi kepada keluarga dan tanggungan sekiranya kita meninggal dunia lebih awal? Insurans boleh menawarkan pampasan supaya kepentingan keluarga terpelihara meskipun ketua keluarga atau sole breadwinner menemui ajalnya terlebih dahulu.
          2. Kos hidup yang tinggi menjadikan kita perlu membuat banyak perbelanjaan besar. Ini ditambah dengan kos rawatan perubatan yang tinggi. Bagaimana jika kita tiba-tiba jatuh sakit dan tidak dapat menyediakan belanja rawatan yang secukupnya? Di sini insurans memainkan peranan yang amat besar sekali dalam membantu kamu menampung perbelanjaan perubatan.
          3. Insurans juga boleh menjadi sumber tabungan. Jika dalam fasa kehidupan tertentu, kamu tiba-tiba memerlukan perbelanjaan kecemasan, polisi insurans boleh dibatalkan supaya kamu boleh mendapat semula wang-wang yang telah dibayar sebelum ini. Di sini insurans boleh menjadi sumber kewangan alternatif untuk diri kamu.
          4. Bayaran bulanan untuk caruman insurans boleh kamu gunakan untuk mendapatkan pelepasan cukai. Terdapat ramai orang yang mengambil polisi insurans dengan niat untuk mendapatkan pelepasan cukai.
          5. Mengambil insurans juga boleh membantu kamu mempunyai tabiat menabung yang baik. Di samping itu, insurans adalah kayu pengukur tentang betapa berharganya dirimu dan betapa pentingnya kamu mempunyai jaringan keselamatan (safety net) sekiranya berlaku kemalangan dan kecemasan melibatkan nyawa dan kesihatan diri.

          Friday 18 November 2011

          Anak kencing malam

          1. Adalah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak yang membasahi tilam di waktu tidurnya. Bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, normal bagi mereka jika terkencing pada waktu malam kerana mereka masih belum dapat mengawal fungsi urin dan buah pinggang. Namun berhati-hati jika kanak-kanak telah berusia 7 tahun ke atas kerana sikap kencing malam mereka perlu dirawat dari terus berlarutan.
          2. Kencing malam (bedwetting) boleh berlaku akibat masalah kesihatan atau psikologi. Masalah kesihatan yang dialami mungkin berpunca dari penyakit buah pinggang, sembelit atau jangkitan pundi kencing. Masalah psikologi pula mungkin berpunca dari persekitaran seperti masalah di sekolah atau tekanan akibat ibubapa bercerai.
          3. Jangan mengejek anak yang kencing malam kerana ia akan mengakibatkan mereka malu dan menunjukkan kita tidak menyokong mereka. Bantu mereka menangani situasi tersebut secara positif. Jika mereka telah mengotorkan tilam, latih mereka menyalin dengan pakaian dan cadar yang bersih, bukan untuk menghukum sebaliknya untuk membantu mereka menghadapi situasi tersebut dengan berkesan.
          4. Elakkan memberi mereka minum dalam tempoh 2 jam sebelum tidur. Jika minum juga jauhi minuman berais, teh, kopi atau pun cola. Suruh mereka membuang air kecil sebelum tidur dan lapik tilam mereka dengan alas kalis cecair.
          5. Jika telah melakukan pelbagai usaha namun mereka tetap kencing malam juga, segera bawa anak berjumpa doktor. Beberapa situasi mungkin menunjukkan anak mengidap penyakit yang merbahayakan, seperti kencing yang berbau, kesakitan atau terkencing pada waktu harian. Ingatlah bahawa anak-anak amat memerlukan ibu bapa dalam memantau masalah kesihatan yang mungkin membelenggu dalam pada mereka menjalani kehidupan.

          Monday 31 October 2011

          Bekerja sampingan (Moonlighting)

          Pekerjaan sampingan/moonlighting atau pekerjaan kedua (second job) merujuk kepada individu yang sanggup mengambil 2 pekerjaan dalam 1 masa. Di Amerika contohnya, moonlighting atau second job amat popular kerana mereka cuba menampung keperluan hidup yang mendesak kerana krisis ekonomi. Di negara kita juga budaya ini sedang makin popular. Seorang eksekutif di siang hari, di malam pula menjadi blogger. Atau seorang guru sepenuh masa, namun sempat mengambil tempahan cupcakes. Sound familiar? Berikut saya senaraikan tips untuk melakukan kerja multitugas ini:-

          • Tentukan sebab mengapa kamu memerlukan lebih kerja dalam 1 masa. Adakah untuk menampung keperluan semasa, perlu melangsaikan hutang atau sengaja ingin memenuhi masa terluang? Pastikan keluarga dan pasangan kamu tidak terabai. Pengurusan masa amat penting buatmu.
          • Jangan sampai dirimu tertekan. Pertimbangkan kerja sampingan yang menyeronokkan jika pekerjaan utamamu bersifat 'boring'. Jika kamu bosan berada di pejabat sepanjang masa, kamu boleh bekerja sebagai 'tourist guide' pada hujung minggu.
          • Pekerjaan utama mesti dekat jaraknya dengan pekerjaan kedua. Kamu tidak perlu berulang-alik dalam masa perjalanan yang jauh kerana ia akan menjadikan kamu letih dan juga tidak praktikal kerana kamu terpaksa berbelanja lebih untuk tol dan petrol.
          • Beri tempoh percubaan dalam masa kamu melakukan moonlighting. Jika ia memenatkan, kamu tidak sepatutnya meneruskan pekerjaan ke-2 jika ia menjejaskan pekerjaan utama. Atau berhenti apabila kamu telah mencapai matlamat. Contohnya jika kamu ingin membuat simpanan sebanyak RM5,000, quit your 2nd job selepas mencapai sasaran tersebut. Adalah normal jika kamu membuat kerja sampingan yang bersifat jangka pendek (short term)
          • 1 dalam 17 orang Amerika melakukan kerja berbilang tugas (multijobs) buat masa sekarang. Antara bidang-bidang yang popular ialah menjadi agen hartanah, jurufotografi, perniagaan online, konsultan imej, penulisan skrip dll. Jika kamu adalah salah-seorang daripada penyahut cabaran bekerja secara pelbagai, selamat berjaya dan 'jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'

            Saturday 29 October 2011

            Elak terkena demam

            'Prevention is better than cure'. Penghujung tahun kian menjelang membawa bersama musim hujan dan banjir. Elakkan dirimu dari melarat demam dengan gaya hidup yang seperti berikut :-
            1. Amalkan cara hidup sihat. Elakkan merokok, berembun dengan angin malam atau terkena udara kotor
            2. Jauhi mereka yang diserang demam untuk mengelakkan dari terkena jangkitan. Amalkan pemakanan yang sihat kerana orang yang sihat mempunyai sistem imunisasi yang jauh lebih baik
            3. 'Stay hidrated', banyakkan meminum air. Badan mesti cukup kandungan air untuk mengekalkan suhu badan bagi mengekang gejala demam
            4. Jauhi elemen-elemen yang boleh mengundang demam. Jangan terdedah pada terik berpanjangan dan jangan pula terdedah dengan hujan yang berterusan. Badan manusia tidak boleh menampung perubahan suhu yang mendadak. Elakkan badan daripada terlalu sejuk atau terlalu panas supaya kekal sihat dan cergas.
            5. Cepat berjumpa doktor jika demam terlalu panas dan berterusan. Adakalanya demam biasa boleh berubah menjadi penyakit lain seperti influenza, demam campak, beguk dll.

            Tuesday 25 October 2011

            Kulit kering dan sensitif

            Pada dasarnya, setiap dari kita akan mengetahui jenis kulit masing-masing. Asasnya, setiap wanita dapat mengenal pasti sama ada wajah mereka adalah jenis berminyak, kering, sensitif atau jenis kombinasi (berminyak di zon-T namun kering pada bahagian lain).

            Tanpa kita sedari, sebenarnya perubahan akan berlaku seiring dengan usia. Semasa remaja, mungkin kita mempunyai kulit yang amat berminyak sehingga kerap ditumbuhi jerawat. Namun, apabila meningkat dewasa, kulit lebih terarah kepada kekeringan dan sensitif. Kajian menunjukkan keadaan kulit menjadi 20% lebih kering semakin kita meningkat usia. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengambil berat tentang perubahan dan penjagaan kulit wajah.

            Langkah-langkah berikut boleh kamu ikuti seandainya kamu tergolong di kalangan mereka yang memiliki kulit kering dan sensitif :-

            1. Berhati-hati memilih produk penjagaan kulit. Sebaiknya pilih yang bersifat hypoalergenik (selamat daripada alergi). Antara produk pilihan ialah Neutrogena. Untuk mekap, pilih bedak wajah jenis mineral kerana ia lebih mesra untuk kulit sensitif.
            2. Berhenti menggunakan sabun pencuci wajah untuk kulit berminyak. Ia akan menghakis kelembapan semulajadi daripada wajah menjadikan kulit kamu lebih bermasalah dan lebih kekeringan.
            3. Gunakan pelembab wajah yang bersesuaian. Selepas mencuci wajah, segera aplikasikan pelembab kerana kulit akan lebih mudah menyerap khasiat dan mengekalkan kelembapan. Juga gunakan krim tabir suria apabila kerap keluar rumah.
            4. Elakkan mandi atau mencuci wajah menggunakan air panas dengan kerap. Mandi air panas akan mengakibatkan kulit kehilangan kelembapan semulajadinya.
            5. Beri lebih perawatan pada kulit wajah. Sekiranya berkesempatan, dapatkan konsultansi pakar kecantikan untuk mendapatkan petua penjagaan wajah yang paling bersesuaian denganmu. Percayalah paras menawan mampu dikekalkan jika kamu berdisiplin dan konsisten menjaga kecantikan diri.



            Saturday 8 October 2011

            Cantik dengan aprikot

            1. Aprikot mengandungi kebaikan vitamin B, A dan C.
            2. Aprikot yang digunakan sebagai skrub berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati, membuka pori-pori yang tersumbat dan membersihkan kulit secara mendalam. Ia menggalakkan pertumbuhan sel lantas menjadikan kulit licin dan berseri.
            3. Minyak yang terhasil daripada aprikot (apricot oil) amat kaya dengan asid lemak perlu (essential fatty acid) dan vitamin A, maka ia amat baik untuk melembabkan kulit yang kekeringan
            4. Minyak aprikot menjadikan kulit lebih elastik, lembut dan cerah
            5. Minyak aprikot mempunyai tekstur yang ringan, dan amat sesuai digunakan oleh mereka yang memiliki kulit berminyak.
            St Ives Apricot scrub


            Nutrimetics apricot set
            nutrimetics nutri-rich oil

            Thursday 29 September 2011

            Perhatikan warna kuku

            Cuba perhatikan kukumu sekarang. Adakah kelihatan sihat dan normal? Keadaan kuku boleh menunjukkan simptom-simptom sama ada seseorang itu berpenyakit atau tidak. Beri perhatian jika kuku kelihatan bertukar warna, mengeras, pecah-pecah atau memiliki tanda-tanda ganjil yang lain.

            1. Kuku yang bertukar menjadi putih keseluruhannya menunjukkan tanda-tanda masalah buah pinggang, hati atau anemia
            2. Kuku yang tiba-tiba menjadi tebal secara luar biasa menunjukkan sistem darah tidak berfungsi dengan baik.
            3. Kuku yang berubah menjadi kuning menunjukkan masalah diabetes, sistem pernafasan tidak teratur atau masalah pada sistem limfa
            4. Kuku yang rapuh menunjukkan ada masalah kekurangan zat besi atau penyakit tyroid
            5. Kuku yang terbelah menunjukkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit)
            6. Kuku yang bertukar menjadi biru ada kaitan dengan pulmonari (masalah jantung)
            7. Kuku yang mempunyai kelebaran luar biasa menunjukkan ada masalah hormon
            8. Kuku kemerahan menunjukkan ada masalah kepada tisu-tisu yang menghubungkan kulit.
            Perkara terbaik yang patut kamu lakukan apabila kuku menunjukkan perubahan luar biasa ialah dengan segera berjumpa doktor. Kuku adalah cermin kepada kesihatan. Simptom-simptom awal kepada penyakit kronik biasanya ditunjukkan melalui kuku. Jaga kesihatanmu sebelum penyakit menjadi melarat. Perhatikan juga keadaan kesihatan orang tersayang supaya mereka juga boleh mendapat rawatan awal dan mencapai tahap kesihatan yang memuaskan.



            Tuesday 27 September 2011

            Rawatan 'micro peel'




            Seiring dengan masa, kulit yang dahulunya anjal mula menampakkan tanda-tanda kekusaman. Hakikatnya keadaan kulit tidak sama semasa berusia 20-an dengan keadaan kulit semasa 30-an. Tanda-tanda ini boleh kamu sedari jika keadaan kulit bertukar menjadi kering, tona tidak senada dan mempunyai cela. Tambah memburukkan jika kulit kekal kusam meskipun cuba dilindungi dengan pemakaian bedak asas dan lain-lain kosmetik yang mahal.

            Kebanyakan salon-salon kecantikan ada menawarkan perawatan micro peel. Ia sebenarnya perawatan bagi menyingkirkan sel-sel kulit mati yang meliputi kulit. Kulit-kulit mati yang terkumpul ini adalah penyebab kepada kulit kusam. Apabila sel-sel mati ini disingkirkan, kulit akan mengalami proses pembaharuan dengan menyerlahkan kulit baru yang lebih licin, lembut dan cerah.

            Micro peel bertindak bagi membaiki tekstur kulit yang rosak akibat pencemaran semulajadi dan masalah-masalah kulit seperti akne. Prosedur yang dilakukan oleh jurukecantikan ini boleh melicinkan garis-garis halus di wajah, menyamaratakan warna kulit dan mengurangkan kerosakan yang berlaku pada kulit. Kamu boleh nampak keseluruhan perubahan pada wajah selepas menjalani rawatan ini.

            Untuk hasil terbaik, prosedur micro peel hendaklah dilakukan selang beberapa minggu mengikut nasihat jurukecantikan yang merawatmu. Dalam minggu pertama, kulit akan mengalami proses pembaharuan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati di permukaan luarnya. Jika kulit agak sensitif, pengelupasan (peeling) boleh berlaku sekitar 3 hari, malah boleh juga menyebabkan kerengsaan ringan (mild irritation). Sepanjang menjalani proses ini, gunakan susu pembersih bagi mencuci wajah. Elakkan mencuci wajah dengan sabun kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kekeringan. Micro peel adalah pelan jangka panjang bagi merawat masalah kulit, dengan hasil yang seperti berikut :-

            •  Mengurangkan garis-garis halus
            • menyamaratakan tona kulit
            • memperbaiki tekstur kulit
            • mengurangkan kesan parut
            
            

            Sunday 18 September 2011

            Merawat batuk

            Batuk sering dianggap sebagai jangkitan biasa yang berlaku seiring dengan demam dan selsema. Kebiasaannya, ia akan sembuh dengan sendiri. Namun, berhati-hati dengan batuk yang berlarutan kerana ada kemungkinan kamu boleh dijangkiti bronkitis (penyakit berkaitan paru-paru).

            Beberapa 'home remedies' boleh diamalkan bagi menyembuhkan batuk. Cuba senarai-senarai di bawah :-

            1. Ambil secamca madu, perahkan dengan jus limau dan hirup perlahan-lahan ke kerongkong
            2. Minum air halia panas kerana ia berupaya menyingkirkan mukus yang terkumpul akibat selsema dan batuk
            3. Dikatakan batuk boleh sembuh dengan memakan anggur secara berterusan
            4. Jika kamu mengenali daun jintan, tanaman herba ini sangat baik bagi merawat batuk dan panas badan. Ambil beberapa helai daun jintan, rendam dalam air panas dengan gula batu. Minum sehingga batuk mengalami kelegaan.


            Daun jintan

             

            Wednesday 14 September 2011

            Khasiat tembikai merah

            1. Tembikai mengandungi kebaikan vitamin A, vitamin C dan vitamin B6
            2. Ia juga mempunyai pati lycopene yang tinggi, iaitu anti-oksidan yang sangat baik bagi mencegah penyakit jantung dan kanser
            3. Jika kurang gemar makan sayur, gantikan dengan tembikai segar untuk sumber potasium. Potasium penting untuk sistem otot dan saraf yang baik dan juga boleh mencegah tekanan darah tinggi
            4. Tembikai merah juga mengandungi asid amino yang boleh membantu fungsi pengaliran darah yang baik di dalam tubuh
            5.  Enak dimakan segar atau dijadikan salad buah-buahan. Untuk menghilangkan dahaga di kala panas, nikmati jus tembikai merah yang diperah sedikit dengan jus limau

            Thursday 18 August 2011

            Khas untuk wanita

            Beri perhatian khusus pada penjagaan payudara
            Payudara memerlukan penjagaan rapi sama seperti anggota tubuh yang lain. Beri lebih perhatian kepada payudara terutama di sekitar usiamu antara 30 hingga 40 tahun. Penjagaan awal akan membantu mengekalkan bentuk payudara dan mencegah kekenduran.
            1. Sentiasa kawal berat badan. Elakkan berat badan turun naik secara mendadak. Perubahan badan yang drastik akan memberi kesan kepada bentuk payudara. 
            2. Pakai bra yang bersesuaian. Bra adalah pelindung tubuh yang paling baik untuk payudara. Dapatkan bra yang bersaiz sepadan. Saiz bra mungkin berubah mengikut perubahan bentuk badan, contohnya selepas bersalin. Rujuk panduan untuk memilih saiz bra, atau jika tidak pasti, tanya promoter di bahagian pakaian dalam tentang saiz yang berpadanan untuk kamu. Kenalpasti fungsi yang ada pada sehelai bra. Contohnya, kamu memerlukan bra yang bertali sokongan kuat jika kamu mempunyai dada yang besar. Manakala bra yang mempunyai span, mungkin tidak elok kerana ia menghalang pengudaraan kepada kulit badan.
            3. Pastikan postur badan kamu lurus dan tegak. Badan yang bongkok akan memberi kesan kepada struktur dada dan payudara. Postur badan yang elok akan memberi sokongan kepada tubuh. Bersenam juga akan membantu menguatkan otot-otot yang menyokong payudara.
            4. Kekalkan kemudaan payudara dengan menyapu krim pelembab. Kulit di sekitar payudara juga memerlukan penjagaan rapi dan khusus.
            5. Buat sendiri pemeriksaan payudara. Doktor menyarankan supaya kamu membuat pemeriksaan payudara dengan kerap bagi mengesan sebarang perubahan luarbiasa. Semasa mandi, angkat 1 tangan dan periksa payudara kanan dengan tangan kiri secara gerakan membulat perlahan-lahan. Kemudian, ulang langkah yang sama untuk payudara kiri. Lakukan pemeriksaan sendiri pada setiap bulan.
            6. Jika melakukan senaman atau berlari, pakai bra untuk sukan (sports bra). Payudara akan cepat kendur jika tidak mendapat sokongan yang padu. Secara alternatif, pilih senaman kurang lasak. Elakkan jogging, sebaliknya hanya berjalan pantas (brisk walking) bagi meminimakan paluan badan (body bouncing).

            Hadapi kehidupan dengan girang

            Kehidupan tidak pernah sempurna. Ia seringkali terisi dengan suka dan duka. Tapi itu tidak bermakna kita harus terus-terusan bersedih. Jalanilah hidup ini dengan kegembiraan. Saya senaraikan beberapa langkah-langkah di sini yang boleh membantu kamu menjadi lebih gembira.
            1. Bersikap realistik. Adalah normal untuk kita mempunyai mood yang sentiasa berubah-ubah. Adalah normal untuk sesekali bersedih, kecewa dan kemudiannya riang kembali. Ia adalah naluri manusia biasa.
            2. Jaga kesihatan kerana ia adalah kunci utama untuk menjadi gembira.
            3. Hidup dengan pasangan yang kamu cintai dan hormati, dan dia juga ada perasaan yang sama terhadap dirimu. Kongsi perasaan suka dan duka dengan dirinya. Hubungan cinta yang hangat juga adalah kunci kepada kegembiraan.
            4. Kanak-kanak sangat mendatangkan kegembiraan. Isi masa terluang dengan anak-anakmu. 
            5. Pelihara haiwan kesayangan. Ia terapi yang sangat baik di samping dapat menghilangkan kesunyian
            6. Jalani hubungan persahabatan dan persaudaraan. Kongsi kasih sayang dan dapatkan sokongan mereka dalam kehidupan.
            7. Kalau ada orang yang memberi pengaruh negatif kepadamu, dan menjadikan kamu merasa kecewa, jangan takut untuk 'membuang' mereka dari hidupmu
            8. Banyakkan senyum dan tertawa
            9. Lakukan kebaikan secara senyap-senyap. Bersedekah tanpa memaklumkan namamu. Beri bantuan kepada golongan yang memerlukan
            10. Uruskan kewangan dengan bijak. Jangan berbelanja melebihi pendapatan. Elakkan berhutang. Jangan memberi pinjam wang kepada orang yang kamu rasa tidak mampu membayar
            11. Beri perhatian kepada diri sendiri. Rawat wajah, kulit dan rambut. Lakukan perkara-perkara yang menyenangkan dirimu sendiri.
            12. Hidu bau-bauan yang harum. Wangikan bilik, kediaman dan ruang bekerja supaya minda lebih lapang
            13. Nikmati alam semulajadi. Berkebun, berjalan di pesisiran pantai, bersiar-siar di taman atau nikmati langit malam.
            14. Suburkan minda dan tajamkan pengetahuan. Ambil tahu perkembangan berita semasa, baca suratkhabar, tanamkan minat untuk mengetahui sesuatu isu.
            15. Dengar muzik, tonton rancangan TV kegemaran dan keluar menonton wayang
            16. Hadiahkan diri sendiri dengan benda-benda yang boleh menggembirakanmu. Beli novel, majalah, bunga, coklat, kek atau album muzik. Hargai diri sendiri.
            17. Sekali-sekala, keluar makan dan minum di restoran kegemaran
            18. Lakukan hobi. Bersukan, melawat muzium, menulis, melukis atau bermain muzik.
            19. Sertai perkumpulan seperti NGO, parti politik atau persatuan ibu bapa dan guru jika kamu ingin bergiat aktif dalam masyarakat
            20. Melancong untuk memahami dan mempelajari budaya berbeza.
            21. Simpan diari dan foto untuk mengenang saat-saat manis dalam kehidupan
            22. Paling penting sekali melebihi senarai yang di atas - Jadikan Agama sebagai asas dalam kehidupan.

            Wednesday 17 August 2011

            Hargai peranan ibubapa

            Jadikan Syawal ini sebagai permulaan yang paling kudus untuk menghargai ibu bapamu. Jika selama ini kamu terleka dan kurang mengambil berat hal ibu bapa, masih belum terlambat untuk kamu bermula sekarang. 'Bumi mana yang tidak ditimpa hujan', begitu juga dengan ibu dan bapa. Bukan semua orang memiliki ibu bapa yang serba-serbi sempurna, malah ada yang pernah berselisih faham. Hargailah ibu dan bapamu sementara mereka masih bernyawa, kerana dari mereka kamu mengenal makna sebuah kehidupan.
            1. Sejukkan hati dan perasaan ibu bapamu dengan ucapan Terima kasih.
            2. Tanya khabar mereka, sekurang-kurangnya dengan menelefon seminggu sekali. Beritahu mereka tentang perkembangan dirimu sehari-hari. 
            3. Lawat mereka selalu, terutama semasa hari-hari istimewa, perayaan dan hujung minggu
            4. Sentuh ibu bapamu. Peluklah ibu selalu tanda kamu mengasihinya. Salam dan cium tangan bapa tanda kamu menyayanginya.
            5. Beri tandamata. Ia tidak semestinya mahal. Memberi bunga kepada ibu akan menyentuh hatinya. Sesekali, bawa mereka keluar makan malam bersama
            6. Bertanggungjawab. Beri bantuan tenagamu terutamanya jika ibu bapa sudah tua dan uzur. Bantu mereka mermbersihkan rumah, memasak makanan, beri belanja harian dan bantu mereka menyelesaikan bil kediaman.
            7. Rancang hari istimewa untuk keluarga. Himpunkan seluruh anak-anak dan cucu-cucu untuk majlis hari istimewa keluarga seperti re-union, BBQ, meraikan ulangtahun perkahwinan ibu bapa ataupun pergi bercuti bersama-sama. Tiada yang lebih mengembirakan ibu bapa selain daripada melihat anak-anak dan cucu-cucunya sendiri bergembira.

            Datang bulan ketika Ramadhan

            Meski tidak boleh bersolat, bertasbihlah memuji Allah
            Ramadhan ialah bulan untuk kita mengambil peluang mendapat barakah dan rahmat Allah. Tapi bagaimana untuk tidak ketinggalan dalam beramal, jika kita didatangi haid? Umum mengetahui bahawa wanita yang datang haid tidak boleh berpuasa. Namun masih ada jalan dan cara untuk mendapat pahala di bulan mulia ini.
            • Wanita yang datang haid hanya dilarang bersolat, berpuasa, tilawah dan menyentuh Al-Quran, iktikaf dan 'bersama' suami. Amalan-amalan selain dari itu tidak dilarang
            • Dari segi ibadah, wanita yang datang haid masih boleh berzikir, bersalawat dan beristighfar
            • Terdapat banyak ruang kebajikan yang boleh dilakukan oleh wanita yang uzur berpuasa. Antaranya, bersedekah, ziarah orang sakit, berdakwah, menyuburkan silaturrahim, menolong golongan fakir dsb.
            • Jalan paling mudah untuk mendapat pahala setanding orang berpuasa ialah menyediakan makanan untuk mereka berbuka. Tidak perlu menyediakan hidangan yang mewah, memadai dengan sebiji kurma dan segelas air.

            Tuesday 16 August 2011

            Raikan Lebaran mengikut sunnah

            Bagaimanakah tatacara menyambut Aidilfitri menurut apa yang dianjurkan oleh Islam? Selama ini cara kita menyambut Syawal hanya berdasarkan amalan nenek moyang, dan diteruskan dari generasi ke generasi. Berhati-hati kerana ada di antara amalan tersebut sebenarnya tidak selari dengan sunnah. 
            • Hari Raya disambut mengikut adat dan bentuk yang berbeza oleh umat Islam seluruh dunia. Di Malaysia, adalah menjadi kelaziman untuk kita berhimpun seluruh keluarga, ziarah-menziarahi dan berpakaian baru serta cantik. Di Tanah Arab, cara mereka meraikan adalah dengan membawa anggota keluarga keluar makan, ada juga yang berkelah dan bersiar-siar. Secara asasnya, umat Islam boleh meraikan Aidilfitri dengan apa cara sekalipun asal berteraskan semangat keseronokan dan kegembiraan. 
            • Nabi Muhammad semasa zamannya, telah membenarkan penduduk Madinah bersukaria semasa sambutan Aidilfitri dan Aidiladha. Namun kegembiraan menyambut perayaan mestilah tidak bercanggah dengan anjuran dan sunnah Baginda.
            • Sebaik-baiknya dianjurkan supaya berhimpun seluruh ahli keluarga dan bertakbir bermula dari Maghrib 1 Syawal. Laungkanlah kalimah suci ini di malam menyambut Aidilfitri sama ada di rumah atau di masjid. Jauhi amalan yang terpesong dari sunnah seperti menonton rancangan hari raya di televisyen atau berkaraoke sehingga larut malam.
            • Dianjurkan supaya bertakbir dengan suara yang lantang dalam perjalanan dari rumah ke masjid sewaktu hendak menunaikan solat sunat Aidilfitri. Tujuan bertakbir adalah untuk menyerlahkan syiar Islam dan menunjukkan kesepakatan umat Muhammad.
            • Apabila sahabat Rasulullah bertemu di Hari Raya, mereka mengucapkan "Taqabbalullah minna waminka" (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu). Cara dan lafaz sebegini lebih bertepatan dengan sunnah Baginda dan bukannya ucapan 'Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin' seperti yang sudah sinonim dengan masyarakat kita sekarang.
            • Memakai pakaian terbaik dan tercantik di Hari raya adalah amalan menurut sunnah. Namun kaum wanita hendaklah pandai mengikut had-had dalam berpakaian Jangan berpakaian nipis sehingga menampakkan bentuk badan, memakai perhiasan ataupun wangi-wangian dengan berlebih-lebihan. Ditakuti pahala sunnah yang diharapkan akan bertukar menjadi dosa kerana gagal memelihara adab berpakaian.
            • Mudah-mudahan kita dapat meraikan Aidilfitri kali ini dengan penuh penghayatan selari dengan perintah Allah dan Rasul. Meskipun amalan-amalan yang dinyatakan di sini kedengaran agak asing, namun mungkin boleh kita praktikkan pada Syawal tahun ini yang bakal menjelang 2 minggu lagi. Semoga kita semua diberkati Allah.

            Menghadapi kemelut rumahtangga

            couple in crisis
            Saya bukanlah orang terbaik untuk menasihatkan tentang kemelut yang dihadapi dalam rumahtangga, namun sedikit-sebanyak pengalaman sebagai peguam syarie dapat membantu. Saya berharap catatan yang saya titipkan di sini dapat menjadi bekalan buat mereka yang sedang menghadapi prahara (kekacauan) rumahtangga.
            1. Jangan anggap perceraian sebagai jalan keluar. Percayalah bahawa kebanyakan krisis masih ada jalan perdamaian. Cerai dan Talak adalah perkara halal yang paling dibenci Allah. Malah bergegarnya tiang Arasy apabila isteri meminta cerai daripada suaminya.
            2. Menjadi ibu tunggal tidak semudah kata-kata. Peranan suami masih diperlukan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Anak lelaki terutamanya, memerlukan 'male figure' untuk mengawasi dan mendisiplinkan mereka, dan peranan ini hanya boleh dimainkan oleh ayah. Sebenarnya, tidak mudah untuk membesarkan anak bersendirian. Seboleh mungkin, jangan ambil jalan penyudah yang singkat iaitu perceraian.
            3. Mungkin kamu kecewa kerana suami tidak menjalankan fungsinya selama ini. Mungkin suami tidak memberi nafkah dan gagal menjadi suami yang baik di matamu. Fikir sejenak. Sebenarnya, peranan suami sangat pelbagai dan kadangkala sukar difahami oleh isterinya sendiri. Adakah selama ini suami kamu memberi bantuan dari segi perlindungan dan keselamatan keluarga, namun kamu sendiri gagal menghargainya? Fikirkanlah kebaikan suami. Jangan biarkan 'kejahatan' yang ia lakukan sampai menidakkan kebaikan yang dia pernah buat. 'Tidak mencium bau syurga seseorang perempuan yang tidak nampak walau sedikit kebaikan suaminya, sedang harum syurga itu boleh dihidu dari jarak yang jauh'.
            4. Menjadi ibu tunggal tidak mudah walaupun kamu berpendapatan sendiri. Jangan menjadi isteri yang ego. Jangan memegang prinsip bahawa 'kamu boleh hidup tanpa lelaki'.
            5. Banyak bersabar dan beristighfar jika kamu menghadapi dugaan rumahtangga. Jangan mengambil jalan keluar yang mencalarkan maruah kamu seperti keluar atau mengadu hal dengan lelaki lain. Syaitan akan memainkan jarum halusnya lantas memporak-perandakan lagi rumahtangga yang sedia goyah.
            6. Suami adalah pemegang kunci untuk dirimu ke syurga. Bersyukurlah jika suamimu seorang pemimpin dan pembimbing yang selayaknya dihormati. Mudah-mudahan kamu mendapat kesenangan demi merintis jalan ke syurga. Bagaimana pula jika bersuamikan seorang lelaki yang jauh tersasar dan rendah peribadinya? Wahai wanita, kita semua Makhluk Allah. Begitu sukar untuk saya huraikan namun percayalah, dia tetap suamimu dan kunci ada di tangannya. Sungguhpun kehadirannya tidak menyenangkan, hikmah di sebaliknya ialah supaya kamu bersabar dan redha menghadapinya. Dugaan rumahtangga ini adalah ujian, Insya Allah ada ganjaran buatmu di hari muka kelak.
            7. Akhir kalam, amalkan doa ini kala kamu tersepit dalam kemelut rumahtangga yang muram.'Wahai Allah yang hidup dan berdiri dengan sendiri, dengan Rahmat dan Kasih Sayang-Mu aku memohon pertolongan, dan janganlah pula Engkau biarkan diriku bersendirian walaupun untuk sekelip mata. Perbaikilah, permudahkanlah dan percepatkanlah setiap urusanku'

            Monday 15 August 2011

            Pati Garden of Eden

            Garden of Eden adalah produk semulajadi dalam bentuk serum dan berfungsi sebagai penyembuh masalah kulit. Diperbuat dari tumbuh-tumbuhan yang diakui sangat baik untuk perawatan wajah. Garden of Eden boleh ditemui di farmasi tertentu seperti Guardian. Jika kamu ada satu-satu masalah kulit yang selama ini kerap merungsingkan, cari penawarnya dari rangkaian Garden of Eden.

            Grape E untuk rawatan kulit menua
            Kulit menua (aging skin) memerlukan perawatan tambahan dan intensif, bukan sekadar perawatan asas sahaja. Grape E mengandungi minyak biji anggur (grape seed oil) dan vitamin E untuk merawat kulit secara mendalam. Asid lemak perlu (Essential Fatty Acid) dalam minyak biji anggur berfungsi untuk menggalakkan collagen dan elastin supaya kekal awet muda. Manakala kandungan semulajadi vitamin E bertindak sebagai antioksidan supaya kulit tidak terjejas akibat penuaan pramatang. Hasilnya, dengan pemakaian Grape E secara teratur :-
            • mengurangkan kedut dan garis halus
            • menghidrat dan melembabkan kulit
            • juga boleh menghilangkan kesan regangan (strechmarks)
            • cepat menyerap menjadikan kulit segar tanpa berminyak
            Rosa E - untuk kedut dan pigmentasi

             Jika kulit telah tercela dengan pigmentasi, guna Rosa E untuk mengurangkan kesan dan menghilangkannya secara beransur-ansur. Rosa E mengandungi gabungan Rosehip Oil dan vitamin E semulajadi untuk merawat kulit. Seperti Grape E, Rosa E juga mengandungi Asid lemak perlu (Essential Fatty Acid) yang berfungsi untuk menggalakkan kolagen dan elastin supaya kekal awet muda. Di samping itu, ia juga bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit.

            Pemakaian Rosa E secara teratur akan menghasilkan kesan berikut :-
            • tanda-tanda di permukaan kulit, kedut dan garis halus akan berkurangan
            • kulit akan terhidrat dan lebih bermaya
            • Mencerahkan pigmentasi dan tompok pada muka
            • Kesan-kesan noda pada muka seperti garis halus, kedut, cela, kesan penuaan dan pigmentasi akan pulih sekitar 4-6 minggu
            rosa T untuk masalah akne
             Akne adalah masalah yang kerap melanda remaja. Adakalanya masalah akne boleh dipulihkan, namun meninggalkan parutnya pada wajah. Rosa T diformulasikan dengan Tea Tree Oil yang mempunyai fungsi anti bakteria dan antikulat. Formula ini ditambah dengan Grape Seed Oil, Rosehip Oil dan vitamin E supaya parut akne boleh hilang secara kekal.
            • Gunakan secara bersama dengan Rosa T cleanser, gel dan serum 
            • Guna Rosa T cleanser untuk mencuci muka, diikuti dengan gel untuk pemakaian seharian
            • pada waktu malam, sapukan serum supaya akne dapat dirawat secara total



            Bolehkah mewarna rambut?

            grey hair/ rambut beruban
            Sebahagian orang mengalami masalah uban pramatang (pre-mature grey hair), kadangkala disebabkan oleh faktor keturunan. Jika rambut beruban sedikit, tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana ia adalah normal. Kebanyakan orang Asia mula mengalami rambut beruban sekitar usia 30 tahun. Jika mengalami keadaan ini, ada 2 pendekatan yang kamu boleh lakukan. Iaitu sama ada kamu 'embracing the grey' (menerima dengan hati terbuka), atau pilih untuk mewarnakan.

            Namun bolehkah umat Islam mewarnakan rambut? Fatwa dari Dr Yusof Al-Qhardawi menyatakan bahawa orang Islam boleh mewarnakan rambut. Tetapi mesti dipastikan bahan pewarna yang digunakan bersifat suci, dan ia tidak bersifat menghalang air ke anggota wudhu'. Bagi perempuan, dibolehkan jika mereka ingin menghitamkan rambut dengan bertujuan untuk cantik di mata suami. Tetapi dilarang jika mereka menghitamkan rambut dengan tujuan untuk mendedahkan aurat kepada lelaki lain.

            BSY black hair magic - pewarna rambut dari buah mengkudu (noni)


            Inai boleh digunakan untuk mewarnakan rambut kerana tidak bersifat kekal, dari sumber tumbuh-tumbuhan dan tidak menghalang wudhu'. Jika menggunakan pewarna rambut moden (Wella, Loreal, Garnier etc.) periksa kandungannya dan elakkan yang mengandungi ammonia. Ammonia bersifat menghalang air, dan tidak sesuai untuk umat Islam kerana akan menyebabkan wudhu' tidak sempurna.

            Sunday 14 August 2011

            Apa ada di dalam lipstik?

            Saban hari menyapu kilauannya di bibir, pernahkah kita terfikir, apakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan lipstik? Dewasa ini terlalu banyak bahan yang meragukan. Pemakaian kosmetik juga tidak terkecuali. Sekurang-kurangnya kita patut ambil tahu apa kandungan-kandungan di dalamnya, supaya minda tidak was-was semasa bersolek.
            1. lilin lebah (beeswax) - Lilin lebah digunakan sebagai komponen untuk membentuk lipstik
            2. pewangi (fragrance) - Kebanyakan pengeluar lipstik akan meletakkan sedikit pewangi supaya ia mempunyai bauan yang menyenangkan
            3. minyak - kebiasaannya pengeluar akan menggunakan minyak sayuran, minyak mineral (yang digunakan dalam 'baby oil') atau minyak lanolin
            4. pengawet dan antioksidan - digunakan bagi memastikan lipstik dapat tahan lebih lama dan tidak terjejas atau rosak
            5. pigmen / dye - bahan utama yang memberi warna kepada lipstik, diperbuat sama ada dari tumbuhan atau bahan kimia
            6. Kebanyakan lipstik telah diuji supaya selamat digunakan, namun jauhi lipstik yang mengandungi bahan merbahaya seperti 'lead' yang boleh menyebabkan kanser.
            Jangan hanya bergantung kepada lipstik semata-mata untuk memiliki bibir yang cantik. Pelihara kesihatan bibir kerana bibir yang sihat dan menawan mencerminkan keperibadian dirimu. Pastikan bibir sentiasa kekal lembut dan lembab. Skrub bibir dengan lembut setiap kali kamu mencuci muka. Guna lip balm (pelembab bibir) untuk mencegah bibir kekeringan. Minum banyak air untuk memastikan kesihatan bibir. Juga periksa kandungan lipstik agar tiada bahan merbahaya di dalamnya.

            Minuman 'pick me up'

            Langkah 1 : Sediakan segelas air lemon


            Langkah 2 : Tambahkan madu

            Langkah 3 : Tambahkan biji selasih

            'Selasih lemoh bermadu', sihat, segar dan menyejukkan. Lemon menyamankan, madu menyembuhkan dan selasih mengurangkan panas badan. Sesuai untuk hidangan iftar di bulan Ramadhan.

            Thursday 11 August 2011

            Makanan larangan semasa hamil

            Beware of certain food during pregnancy
            1. Sama sekali jauhkan dari rokok dan alkohol
            2. Ada sesetengah keju yang patut dielakkan kerana mengandungi Listeria (bakteria berbahaya)
            3. Jangan makan telur mentah kerana mengandungi bakteria Salmonella (boleh menyebabkan muntah dan cirit-birit)
            4. Jangan minum susu yang tidak dirawat (untreated milk)
            5. Jauhi tiram dan kupang kerana dikhuatiri tercemar dengan virus dan bakteria
            6. Jangan makan makanan dan minum minuman yang telah luput tarikh
            7. Jauhi organ dalaman seperti hati & limpa
            8. Pastikan pemakanan yang seimbang seperti roti, bijirin, buah dan sayur, makanan tenusu, daging dan ikan serta telur bermasak.

            Produk dalam pantang

            Set rawatan selepas bersalin - Nona Roguy
            Nona Roguy adalah set perawatan dalam pantang yang terbaik. Ia telah lama berada di pasaran dan terbukti berkesan. Bukan saya mengatakan produk lain tidak bagus, cuma produk lain belum teruji. Sedangkan Nona Roguy telah sekian lama digunakan oleh ibu-ibu bersalin sejak bertahun-tahun lalu. Terbukti ia dapat memulihkan kesegaran badan, menyihatkan dalaman dan mencergaskan ibu dalam pantang.

            Jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran, Nona Roguy mungkin sedikit mahal. Jika tidak mahu ambil keseluruhan set, cuma pilih 3 yang penting. Dapatkan phyto natal (pil), akar herbanika (uncang teh herba) dan minyak herbanika. Minuman akar herbanika boleh diminum hangat. Boleh diteruskan sehingga lepas berpantang kerana ia juga membantu melangsingkan badan. Selain akar herbanika, minyak herbanika juga boleh diteruskan pemakaiannya selepas berpantang sebagai minyak urut.

            Sebaik sahaja selepas bersalin, jangan terus mengamalkan jamu kerana pemakanan jamu mesti mengikut tahap kesihatan bayi. Biasanya ibu tidak digalakkan mengambil jamu jika bayi mengidap jaundice (demam kuning). Jika menyusu bayi, tanya pakar perbidanan sama ada boleh mengambil jamu atau tidak kerana jamu bersifat 'panas'. Sebenarnya, amalan mengambil jamu selepas bersalin hanya dipraktikkan oleh orang Melayu nusantara. Kaum Cina kebiasaannya mengamalkan pati ayam (chicken essence) manakala orang Barat hanya mengamalkan pemakanan sihat selepas bersalin. Amalan berpantang yang baik dapat memulihkan fizikal ibu, mencegah post natal blues (angin meroyan) dan juga membantu untuk awet muda. Berpantanglah mengikut amalan-amalan yang biasa dipraktikkan tak kira tradisional atau model asalkan memberi kesihatan yang baik untuk diri ibu.

            Percaya pada diri sendiri

            1. Hargai diri dengan cara mengambil berat keperluan tubuh badan supaya kamu sihat dalam menjalani kehidupan. Bersyukur dengan fungsi tubuh badan, dan peruntukkan masa untuk menjaga diri sendiri. Pastikan kamu ada masa untuk bersenam, mandi kecantikan, menjaga kesihatan gigi dan juga mengambil makanan dan minuman yang berkhasiat.
            2. Minda mesti sihat dan positif. Penuhi masa dengan perkara-perkara yang 'menyuburkan minda'. Contohnya, menulis, membaca, bertukar-tukar fikiran dsb. Pupuk minat untuk sentiasa bersemangat dalam mempelajari perkara baru dan menerokai pengalaman berbeza. Contohnya, minat dalam mengembara dan melancong ke tempat-tempat baru. Lakukan apa saja yang boleh menjadikan kamu 'passionate' dan lebih positif dalam menjalani kehidupan. Melakukan perkara-perkara yang digemari akan menjadikan kamu lebih menghargai dan menyayangi diri.
            3. Semangat mesti sihat dan ceria. Ketenangan dalaman penting untuk mencapai kebahagiaan. Sembahyang adalah kunci kepada ketenangan dan keamanan. Di samping itu, banyakkan melakukan perkara-perkara gembira. Contohnya, dengan menonton filem atau komedi. Hidup akan lebih bersemangat jika kita kerap tertawa kerana setiap tawa itu membawa harapan yang optimistik. Belai jiwa supaya diri kamu selesa, contohnya dengan menikmati keindahan pantai dan alam semulajadi.
            4. Cari kekuatan diri. Kenali diri kamu sendiri dengan sejujur-jujurnya. Percayalah yang diri kamu menarik dan unik. Kecantikan diri sebenarnya merujuk kepada apa yang kita rasai, dan terjemahkan. Kita tidak perlu bergantung kepada pujian orang lain untuk merasa cantik. Kecantikan terbit dari dalam dan kuasa untuk menjadi cantik adalah sebenarnya datang dari keyakinan diri kita sendiri.