Pembaca Molek

Tuesday, 14 June 2011

Gambaran syurga

Tiada siapa yang dapat menggambarkan betapa indahnya syurga. Syurga atau jannah, metafora di dalam kitab suci Al-Quran melambangkannya sebagai suatu persada yang abadi dan penuh dengan kenikmatan yang hakiki.......
  • S - Sungai susu dan sungai madu yang mengalir tenang....
  • Y - Yang menanti untuk dinikmati oleh penghuni-penghuninya........
  • U - Unsur-unsur kebahagiaan dan kerahmatan bersatu.........
  • R - Redup dan tenteram..........
  • G - Gemerlapan dengan cahaya keindahan....
  • A - Aman dengan kedamaian abadi

Jus segar pilihan

Gandakan khasiat buah dan kesegaran dengan menikmati jus pilihan ini .............

carrot juice

orange juice

starfruit juice


Tentang mawar

  • Mawar adalah bunga yang paling universal dan paling diraikan di seluruh dunia. Meskipun bunga mawar mempunyai aneka spesis dan warna, namun mawar merah adalah bunga yang paling diminati dan amat sinonim dengan simbol kecantikan dan percintaan. Mungkin kerana warnanya yang menyerlah galak dan baunya yang harum, maka bunga mawar merah (red roses) sering dipilih sebagai penyeri utama bagi menghiasi majlis, pelaminan, taman bunga dan jambangan segar. 
  • Mawar sebagai simbol raikan cinta - Lelaki memikat wanita melalui jambangan mawar. Ia sering dikaitkan sebagai lambang cinta sejati. Malah, keharuman dan kecantikan kelopak-kelopak mawar merah juga menjadi lambang cinta suci.
  • Mawar sebagai bahan kecantikan - air yang disuling dari bunga mawar dijadikan penyegar selepas mencuci wajah. Minyak dari bunga mawar yang diekstrak dijadikan asas utama dalam pembuatan minyak wangi. Pernah dengar petua kecantikan dengan memakan kelopak mawar? Ya, kelopak mawar yang dihadam setiap hari dapat membangkitkan aura seri wajah kepada pengamalnya. Mandian mawar juga banyak diamalkan di spa-spa kecantikan kerana boleh menghilangkan stress, mewangikan dan menyuntik aura cantik kepada wanita
 

Monday, 13 June 2011

Kebaikan madu lebah

Apakah kebaikan dan khasiat madu lebah? Madu lebah digunakan secara meluas dalam perubatan, pemakanan dan kosmetik. Amalan pengubatan tradisional juga amat menitik beratkan penggunaan madu lebah. Dikatakan madu lebah yang terhasil dari lebah liar di hutan adalah jauh lebih bermanfaat daripada madu dari lebah yang diternak untuk tujuan komersial.
  •  Madu lebah amat bermanfaat sebagai pemakanan tambahan. Jika ingin memanfaatkan kebaikan madu lebah dalam suplemen harian anda, cuba Royal Propollen dari jenama pil 21st century. Ia mengandungi kebaikan Royal Jelly, Beepollen dan Propolis melalui penghasilan madu. Ia berfungsi untuk membantu anda mengekalkan keremajaan kulit, membantu menentang bakteria dan penyakit serta mengandungi kebaikan vitamin, mineral, protein dan asid amino yang diperlukan untuk tubuh.
  • Madu amat bermanfaat dalam perubatan contohnya untuk mencegah batuk dan selsema. Jika diserang sakit kerongkong dan batuk berpanjangan, cuba ambil sesudu madu, perahkan dengan jus limau dan telan perlahan-lahan. Anda juga boleh dapatkan ubat batuk berasaskan kebaikan madu dari Hurix. 
  • Lilin lebah (beeswax) banyak digunakan dalam kosmetik terutamanya dalam pembuatan gincu bibir. Ia bersifat melembabkan dan menyuburkan kulit. Di samping itu, ada pencuci muka yang memanfaatkan kebaikan madu. Contohnya honey cake (sabun madu) yang cukup terkenal dari Shiseido.

Air yang suci

Air yang suci, atau lebih dikenali sebagai air mutlak. Ia bersifat suci lagi menyucikan dan digunakan untuk kegunaan berwudhu' oleh Muslim. Mari kita kenali air-air mutlak yang ada 7 jenis :-

  1. Air hujan yang turun dari langit
  2. Air dari lautan luas
  3. Air embun di pagi hari  
  4. Air telaga atau air perigi/sumur
  5. Air yang dicairkan daripada salji
  6. Air mata air yang jernih
  7. Air sungai yang mengalir

Friday, 10 June 2011

Apakah SLS?



SLS ialah Sodium Lauryl Sulphate iaitu kandungan aktif yang banyak terdapat dalam sabun dan syampu. Ia memberikan sifat berbuih dalam alat-alat pencucian tersebut namun ia bersifat menghakis dan merbahayakan. Pendekata, ia tidak sesuai digunakan pada muka dan badan. Ia lebih sesuai untuk alat-alat pencucian yang kuat seperti "carwash" dan detergen (pencuci pakaian).

Namun SLS sebenarnya digunakan secara meluas dalam pembuatan sabun mandi dan syampu rambut. Cara yang terbaik untuk menghindari SLS ialah dengan meneliti label produk. Jangan beli syampu atau sabun yang ada kandungan SLS, atau seumpamanya iaitu SLES (Sodium Laureth Sulfate). Kajian menunjukkan penggunaan bahan aktif ini boleh mengakibatkan kegatalan pada mata, kulit kepala dan tubuh serta mengakibatkan rambut jadi kusut dan kembang.

Oleh itu, berhati-hatilah dengan produk syampu atau sabun dan jangan beli sembarangan. Teliti bahan-bahan kandungannya dan jangan terpedaya semata-mata kerana harganya murah. Bayangkan kesannya pada kulit dan rambut jika digunakan pada jangka masa panjang. Kandungan berbahaya ini bukan sahaja tidak elok untuk alam semulajadi, malah lebih buruk kesannya pada tubuh badan kita. Berhati-hatilah dan beli produk selamat.



Dessert pilihan

Di hujung minggu, gembirakan anak-anak dengan hidangan berikut...

Kupaskan pisang

1 scoop aiskrim vanila

1 scoop aiskrim coklat

tambahkan sos coklat

hias dengan wafer

hiaskan juga dengan cherry


Hidangkan banana split dari dapur anda sendiri...........