Adakah kamu mengabaikan kepentingan memakai krim tabir suria? Saya juga dahulu sering 'skip' memakai krim tabir suria (sunscreen). Sehinggalah saya diberitahu bahawa ia adalah satu elemen terpenting dan jika tidak memakainya akan mengakibatkan wajah menjadi kelam. Boleh jadi juga timbul masalah-masalah kritikal seperti berikut :-
- risiko kanser kulit
- kedut (wrinkles)
- selaran matahari (sunburn)
- penuaan pra-matang (premature aging)
- Secara amnya, krim tabir suria dengan pelindung SPF 15 sudah memadai. Jika inginkan perlindungan tambahan, boleh juga menggunakan krim dengan perlindungan SPF 30 yang lebih berupaya menangkis sinaran UVA dan UVB.
- Jika kamu bersukaria di pantai contohnya, gunakan krim tabir suria yang bersifat kalis air (water resistant) dan juga kalis peluh (sweat resistant).
- Jika kamu menjalani rawatan kecantikan seperti pengelupasan kulit (micropeel), memakai krim tabir suria amat digalakkan kerana kulit selepas rawatan adalah 'nipis' dan sensitif.
- Sesetengah produk sunscreen bertindak melindungi kulit daripada terkena pancaran terus matahari (direct sunlight). Essential white base UV di atas digunakan sebelum memakai foundation dan ia memberi asas perlindungan yang amat baik pada kulit.
- Secara amnya, krim tabir suria dipakai selepas mencuci wajah, memakai penyegar dan pelembab dengan mengaplikasi pada wajah dan leher. Jangan menganggap memakai sunscreen sesuatu yang remeh kerana ia adalah asas penjagaan dan pelindung terbaik untuk kulitmu.
No comments:
Post a Comment