Entah kenapa, hari ini terasa bad mood pula! Lumrah orang perempuan, setiap kali 'teman baik' datang bertandang setiap bulan, mulalah terasa diri di awang-awangan dan gagal berpijak di bumi nyata. Resah, mudah terasa, gagal mengawal emosi dan seribu satu macam lagi kekalutan melanda diri. Alangkah baik jika perasaan pelik ini dapat diminimakan....
- Kenalpasti masalah yang menyebabkan mood 'pecah' dan gagal dikawal. Sebaik-baiknya tuliskan di atas kertas supaya mindamu terasa lapang dan elakkan dari terus mengingati perkara tersebut.
- Lakukan kerja-kerja yang bersifat mekanikal. Pelik, bukan? Tetapi satu artikel berbahasa Inggeris yang saya baca mencadangkan sedemikian. Siapkan kerja-kerjamu kerana sebaik-sahaja kamu habis menyiapkan kerja, mindamu akan berasa lapang dan rasa marah akan hilang (ini nasihat yang baik kerana ia mengajar kita memberi fokus dan menyalurkan rasa marah kepada sesuatu perkara yang berguna)
- Keluar shopping bukanlah satu terapi yang baik semasa marah dan bad mood. Begitu juga dengan makan untuk menghilangkan tension kerana kamu akan mengakhirinya secara makan berlebihan. Jika shopping pula, kamu akan cenderung untuk membazir atau membeli barang tidak perlu semasa marah dan bad mood.
- Telefon atau bercakap dengan kawan atau adik-beradik perempuanmu. Beritahu mereka tentang masalahmu, sekurang-kurangnya kamu dapat berkongsi dan mengelakkan dari memendam perasaan. Tukar situasi semasa kamu marah - contohnya pergi minum di cafe atau berjalan-jalan di taman atau bersiar-siar menaiki kereta. Tukar lokasi dan suasanamu kepada yang lebih positif.
- Dengar lagu kegemaranmu.
- Fikirkan juga masalahmu dari sudut pandang orang lain - dengar nasihat atau pandangan yang berbeza. Jika perlu, tukar cara dan persepsi kamu dalam menangani satu-satu permasalahan. Jangan sampai kemarahanmu menjejaskan hubungan baik dengan seseorang yang sedia lama terjalin.
- Bersenam. Kamu boleh berjalan pantas (brisk walk), jogging dan melakukan pergerakan badan selainnya kerana peredaran adrenaline di dalam tubuh badan akan merangsang mood baru yang lebih baik.
- Lakukan sesuatu yang menggembirakanmu dan dapat melarikan diri dari tekanan minda. Melukis, menjahit, makan coklat, bersembang dengan orang yang lebih tua atau bergurau dengan kanak-kanak. Fikirkan perkara-perkara indah yang melingkari hidupmu selama ini. Senyum! Dan fikirkanlah perkara-perkara gembira untuk mendepani hari depan dengan lebih tenang dan menyenangkan.
No comments:
Post a Comment