Pembaca Molek

Thursday 28 April 2011

Keperluan kalsium untuk wanita

Wanita banyak mengorbankan kalsium di dalam tubuh mereka demi si kecil di dalam kandungan. Semasa mengandung, janin memerlukan kalsium untuk membentuk tulang. Nutrien kalsium diserap secara langsung oleh janin dari ibu mereka. Oleh kerana itu, wanita hamil memang digalakkan minum susu bagi memastikan keperluan kalsium cukup bagi kedua-dua ibu dan anak.

Kalsium dalam tubuh wanita semakin berkurangan sejajar dengan peningkatan usia. Apabila kadar kalsium menurun, wanita terdedah kepada penyakit seperti osteoporosis (rapuh tulang). Kurang kalsium juga menjejaskan kekuatan gigi. Tentu ia memberi kesan kepada citra cantik anda jika terpaksa memakai gigi palsu. Ada juga wanita yang amat maklum tentang keperluan kalsium tapi muak meminum susu. Jangan bimbang kerana anda boleh mendapatkan sumber kalsium dari produk-produk berikut.

Produk vitamin C Flavettes ini mengandungi kalsium dan vitamin D. Vitamin D penting digandingkan dengan kalsium kerana ia akan memastikan penyerapan maksimum. Produk multifungsi ini juga menarik kerana kandungan vitamin C amat bagus untuk mencantikkan kulit. Cara penggunaannya ialah dengan mencairkan sebutir tablet vitamin ini di dalam segelas besar air. Kemudian anda boleh minum seperti biasa tak ubah seperti menikmati segelas kordial oren. Elok diamalkan di waktu siang kerana tubuh anda memerlukan khasiat vitamin C, Kalsium dan vitamin D sepanjang hari.

'Hi-calcium yoghurt chew' alternatif kepada anda yang tidak gemar minum susu. Ia seperti anda mengunyah gula-gula candy. Tak perlu membancuh susu di dalam gelas, cukup dengan mengambil 1-3 sachet sehari. Yang penting, keperluan kalsium anda terjamin.


Jika tidak berminat mengamalkan susu putih, anda boleh cuba susu Anlene berperisa coklat di atas. Ia boleh diminum seperti biasa bagai kanak-kanak meminum susu kotak. Senang dan mudah.

Susu kultur juga boleh diamalkan bagi memastikan anda cukup kalsium. Susu kultur 'Yakult' ada jenis kurang gula jika anda tidak suka minuman manis. Satu lagi kebaikan Yakult ia boleh membantu mencegah demam. Jika anda rasa hampir diserang demam, cuba minum Yakult dengan jumlah yang banyak kerana ia boleh mematikan kuman. Selangkan dengan pengambilan air putih, juga dalam kuantiti yang banyak. Proses ini dipanggil 'self healing' yang boleh dilakukan sendiri jika tidak mahu bergantung dengan ubat-ubatan demam dari klinik.
 
Yang paling penting, pastikan keperluan kalsium anda mencukupi kerana citra cantik datangnya dari tulang yang kuat.



No comments:

Post a Comment