Pembaca Molek

Wednesday, 18 May 2011

Rambut hitam bersinar

Jika inginkan rambut yang sihat dan hitam bersinar, kembalilah kepada produk tradisional dan alami. Mustika Ratu ada jawapannya.
Syampu Daun Landep berfungsi menghitamkan rambut secara semulajadi. Syampu rambut seperti biasa dengan syampu ini (gambar atas), urut kulit kepala perlahan-lahan dan selepas berpuas hati, bilas rambut bersih-bersih. Sapukan pula dengan Bilasan santan (juga dari produk Mustika Ratu) yang bertindak sebagai perapi semulajadi. Bilasan santan ini cukup wangi dengan bauan citrus dari limau purut.

Minyak cemceman murni boleh dipakai secara cream bath. Caranya, sapu minyak ini pada rambut secukupnya. Kemudian balut keseluruhan rambut dengan tuala hangat. Biarkan selama 15-20 minit sebelum dicuci bersih. Jika mahukan rawatan terbaik, pakai minyak ini sebelum masuk tidur pada sebelah malam. Urut rambut dan kulit kepada dengan minyak cemceman murni, bungkus rambut dengan pembalut rambut atau tuala dan bawa tidur semalaman. Rambut anda akan sihat dengan mendapat khasiat penuh minyak ini. Untuk rawatan tambahan, boleh guna minyak Penyubur Rambut, juga dari rangkaian Mustika Ratu. Fungsinya sebagai tonik untuk melebatkan rambut.

Rajin-rajinlah mengamalkan 4 langkah ini dan hasilnya, rambut hitam menawan dengan kesan semulajadi akan jadi milik anda.

Tuesday, 17 May 2011

Untuk rawatan intensif

Bersyukurlah bagi wanita-wanita yang mempunyai kulit mulus tanpa cela, namun ada di antaranya yang mengalami masalah kulit yang agak membebankan. Contohnya seperti kesan parut, pigmentasi, kekeringan yang ekstrem, jerawat dan akne mahupun bekas cacar.

Jangan bersedih berterus-terusan kerana banyak produk-produk yang muncul di pasaran dengan kesan penyembuhan hebat. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Namun, pemakaian sesuatu krim rawatan itu haruslah konsisten dan disiplin. Hasil usaha anda pasti akan jelas kelihatan dengan wajah baru anda yang tampil lebih jernih dan sihat.
 Ya, Bio Oil selamat digunakan pada wajah untuk kulit yang mengalami masalah. Antara gejala-gejala yang boleh dibantu oleh Bio Oil ialah penuaan, kekeringan dan parut. Pakai secukupnya tanpa berlebihan kerana bimbang mengundang minyak pada muka. Kesan positif hasil pemakaian konsisten Bio Oil pada kadar 2 kali sehari akan menghasilkan kulit yang lebih cerah dan sekata. Parut, meskipun mungkin masih ada kesan, namun Bio Oil dapat membantu menyamarkannya.
Tahukan anda khasiat minyak rosehip (rosehip oil)? Rosehip ialah dari kumpulan bunga mawar liar dan banyak terdapat di pergunungan Chile. Selama bertahun-tahun Rosehip dikenali di serata dunia kerana khasiatnya dalam menyembuhkan kulit. Rosehip boleh membantu memudarkan parut, mencegah kedut dan penuaan juga dapat menyamarkan pigmentasi. Sila buru produk yang dinyatakan di atas di farmasi. Penerangan produk menyatakan ia boleh digunakan sebagai pelembab tetapi saya sendiri kurang yakin. Ia agak berminyak dan berwarna kekuningan. Saya cadangkan guna produk ini sebagai rawatan intensif diwaktu malam, khasnya ketika tidur sewaktu wajah sedang dalam keadaan rehat secukupnya.


Gambar di atas ialah produk Nutri Rich Oil. Ia agak mahal dalam rangkaian produk Nutrimetics namun hasilnya begitu mengkagumkan. Jika mengalami kekeringan kulit yang ekstrem, apa kata lembabkannya secara menyeluruh dengan produk hero dari Nutrimetics ini. Ramai yang telah mengamalkannya dan berpuas hati.

Wednesday, 11 May 2011

Jika belum berpunya...

1. Pecahkan tembok batu

Faktanya, anda seorang yang menarik. Tapi mungkin pemalu, jarang bergaul atau tidak mudah tersenyum. Mungkin ada lelaki yang meminati anda tapi takut menghulur salam perkenalan, kerana anda sendiri sukar untuk didekati. Bersikap terbukalah. Jika ada yang memberikan senyuman, balaslah senyuman itu dengan ikhlas. Pecahkan tembok batu di sekeliling anda. Beri peluang untuk si dia mengenali dirimu, the sweet you.

2. Luaskan pergaulan

Bercampurlah dalam aktiviti sukan, seni atau NGO sekalipun kerana dalam pada aktiviti ini anda akan menemui si dia yang secocok dengan anda. Jika berkawan dengan seseorang namun tak berakhir sebagai pasangan, pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya anda telah mengisi masa lapang dengan berfaedah. Itu lebih baik dari termenung bersendirian.

3. Jangan terburu-buru

Jangan pernah rasa terdesak! Jika telah berada di tahun akhir universiti namun masih belum ber'couple', jangan tertekan. Mana tahu pasangan anda mungkin anda temui apabila telah bekerja kelak. Jangan terus menerima seseorang sebagai kekasih jika sikap sebenarnya gagal menarik hati anda. Semata-mata kerana takut tercicir tanpa pasangan. Lebih baik anda 'solo' dahulu, kemudian saring lelaki terbaik sebagai sang rajuna hati anda. Itu lebih baik daripada terburu-buru mendapat kekasih, namun dia sebenarnya tidaklah 'semenggah' mana.

4. Istiqamah

Sejak bila anda dambakan lelaki yang baik dan beriman sebagai pasangan anda? Sejak anda pandai berangan-angan, bukan? Beristiqamahlah. Berdoa kepada Tuhan mulai sekarang, pohon agar anda dikurniakan pasangan yang baik budi dan sehati sejiwa. Seorang teman pernah beritahu saya dulu, berdoalah secara berterusan untuk dapat pasangan hidup yang baik. Sedangkan waktu itu umur saya masih mentah lagi. Belum lagi terbuka hati untuk bercinta. Namun bila direnung kembali, nasihat kawan itu ada betulnya. Oleh itu, berdoalah dari sekarang untuk sebuah kebahagiaan yang berpanjangan.



Rahsia wanita

Apa rahsia paling hakiki bagi seorang wanita? Datang bulan. Ia begitu fitrah dan sinonim dengan wanita dewasa. Di zaman lampau ia jadi kalendar alam yang menentukan perjalanan hidup dalam kitaran lengkap seorang ibu. Lama sebelum ada pregnancy test kit, scan dan sebagainya.

Bagaimana wanita dahulukala mendepani hidup mereka kala didatangi haid? Dahulu wanita jarang sekali keluar rumah. Apakah 'teman baik' yang mendampingi mereka waktu menjalani tempoh seminggu itu?
Jangan pelik kerana mereka perlu kreatif menggunakan apa yang ada sekadarnya. Gambar atas : sabut kelapa.


Kini berbagai-bagai pilihan pad telah berada di pasaran. Wanita semakin bebas memilih. Juga tak segan-silu jika orang tahu dirinya 'uzur'. Jika dahulu, pek Sanita dibungkus elok-elok oleh pekedai kerana wanita cukup menjaga maruah diri nan satu ini.

Zaman kini semakin moden. Wanita dengan bangganya 'endorse' produk penjagaan datang bulan. Jadi duta war-warkan pada dunia tentang misteri wanita yang telah terbongkar. Segalanya kini bukan rahsia lagi.





Tuesday, 10 May 2011

Wanita dan kerjaya

Mengapa wanita perlu bekerjaya? Bukan, bukan untuk memastikan peruntukan shopping saban bulan tapi ada yang lebih penting dari itu....

1. Jangan sia-siakan ilmu


Kebanyakan wanita sekarang memiliki sekurang-kurangnya sijil mahupun diploma, malah rata-ratanya lulusan sarjana muda. Semakin ramai pula yang memegang kelulusan pasca siswazah. Rugi jika ilmu yang anda pelajari itu tak diaplikasikan.

2. Ada matlamat

Bekerja menjadikan kita lebih fokus dalam hidup. Dunia sekarang memberi peluang sama rata kepada lelaki mahupun wanita untuk berjaya. Ambil kesempatan terhadap peluang ini namun jangan sampai mengabaikan rumahtangga dan keluarga.

3. Elakkan 'empty nest syndrome'


Tahukah anda tentang 'empty nest syndrome' (sindrom sarang kosong)? Di waktu muda kita meladeni anak-anak dan sibuk menguruskan keperluan mereka. Sampai masanya, mereka berdikari, tinggal di asrama, bekerja, berkahwin dan ada penghidupan sendiri. Lantas, apa yang tinggal untuk diri kita? Apabila bekerja, kesunyian seperti ini dapat dielakkan.
 
Bekerja itu perlu bagi wanita, namun jangan sampai mengabaikan. Lebih manis, jika dapat bekerjaya dari rumah kerana di zaman serba maju ini semua benda adalah semudah di hujung jari. Anda boleh menguruskan perniagaan online, mengajar tusyen, menulis buku dan berbagai-bagai lagi. Jikalau bekerja pejabat, elakkan bekerja di bawah tekanan, pulang rumah terlalu lewat atau melakukan kerja yang bertentangan dengan fitrah diri seorang wanita. Dan harus ingat, wanita hanya menokok tambah pendapatan keluarganya, tapi bukan sebagai tunggak utama. Jangan ambil alih tugas lelaki yang fardhu memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak di bawah tanggungannya.











Sunday, 8 May 2011

Cantik dari dapur

Ada orang menghabiskan beratus-ratus ringgit demi peruntukan kecantikan saban bulan. Kadang-kala kerana perasaan yang telah tersemat di dalam minda. Kononnya jika produk mahal, hasilnya tentu cantik. Jangan pernah fikir begitu. Berikut adalah hasil 'sisa' di dapur sendiri yang boleh dijelmakan jadi produk kecantikan.

Putih telur semulajadi adalah masker muka yang paling ajaib. Ada orang gabungkannya dengan perahan limau nipis untuk hasil lebih memuaskan. Caranya ambil putih telur dan sapu pada muka yang telah dibersihkan. Boleh juga lekapkan kapas muka pada keseluruhan wajah. Setelah ia mengering, tarik kapas muka perlahan-lahan dan cuci muka bersih-bersih. Blackhead dan whitehead juga ikut tertanggal.

Serbuk kopi yang telah dibancuh jangan dibuang. Cuba usapkan sisa-sisa serbuk kopi pada tapak tangan anda, bilas dan rasakan kelembutannya. Tahukah anda serbuk kopi yang mengandungi kafein mempunyai kesan yang bagus untuk peredaran darah? Ya, Garnier menggunakan khasiat kafein kopi untuk produk penjagaan matanya kerana terbukti boleh menghilangkan sembap. Spa-spa kecantikan juga ada 'lulur kopi' kerana boleh menghilangkan selulit.

Seorang rakan di asrama dulu berkulit semulus bayi. Kakak-kakaknya juga berkulit semulus dia. Rahsia mereka? Susu sejat (Ideal). Sapu rata-rata pada wajah untuk mencuci muka. Gunakan kapas dan anda akan dapat melihat kekotoran yang diangkat dari wajah. Tiada alat penanggal mekap? Gunakan kapas yang telah direndam susu, bersihkan sisa-sisa mekap anda. Pastikan bersih sempurna jika tidak mahu kesan melekit daripada susu.

Aloevera yang tumbuh di laman dapur juga punya seribu khasiat berguna. Ambil lendir dari pelepahnya dan sapukan pada rambut supaya lebat bersinar. Gel putih sejuk itu juga boleh menyamankan kulit yang terkena panahan matahari. Minum air aloevera untuk mencuci tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Restoran Johnny's yang terkenal dengan steamboat itu ada menu air aloevera yang sejuk segar. Peel fresh juga ada pek minuman jus aloevera dan anggur putih. Minum dan lestarikan kecantikan.