- Makanan segera sangat tinggi kalori (burger, air bergas dan kentang goreng) dan boleh menyebabkan obesiti
- Tinggi sodium iaitu kandungan garam yang melebihi keperluan tubuh. Apabila buah pinggang gagal memproses sodium, ia akan terkumpul di dalam darah dan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
- Tinggi lemak trans (trans fat) yang boleh menyebabkan kolestrol dan munculnya penyakit-penyakit seperti sakit jantung, strok dan diabetes
- Makanan segera kurang kandungan sayur dan buah dan boleh mengakibatkan kekurangan nutrien. Ini boleh menyebabkan keletihan dan rendah imunisasi, oleh itu kanak-kanak yang suka makan makanan segera akan mudah diserang batuk dan selsema. Minum kola juga tidak elok untuk wanita kerana boleh merendahkan penyerapan kalsium
- Makanan segera juga kurang fiber dan mengakibatkan sistem percernaan tidak teratur
- Percaya atau tidak, makanan segera boleh mengakibatkan ketagihan? Makanan tinggi kandungan lemak boleh mengganggu biokimia dalam otak menyebabkan kita selalu teringat-ingat (craving) makanan tersebut. Jika kamu sukar melupakan terus makanan segera, mungkin boleh kurangkannya hanya sekali dalam sebulan. Elakkan makanan segera yang bergoreng (choose grilled chicken rather than fried chicken). Jangan minum air bergas dan elakkan kentang goreng.
Pembaca Molek
Monday 11 July 2011
Bahaya makanan segera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment