Bershopping adalah sesuatu yang menyeronokkan namun sedarkah kamu jika kamu termasuk dalam golongan 'ketagih shopping' atau 'shopaholic'? Ini tanda-tandanya :-
- kamu berpendapat shopping dapat meredakan tekanan dan menyelesaikan masalah.
- kamu tetap bershopping walaupun telah kehabisan tunai
- satu-satunya aktiviti kamu bersama rakan-rakan ialah bershopping
- kamu terlampau bergantung kepada kad kredit dan terperanjat dengan bil yang diterima setiap bulan
- kamu mengamalkan sikap 'tak boleh hidup tanpa kasut atau beg tangan baru'
- kamu dimarahi pasangan atau keluarga kerana membeli barangan yang tidak perlu. Akibatnya kamu menyorok-nyorok membeli di luar pengetahuan mereka
Jika ingin mengawal tabiat berbelanja, mulakan dengan langkah-langkah berikut :-
- Kawal diri dari kad kredit. Jika perlu, batalkan khidmat kad kredit daripada bank
- Hentikan tabiat window shopping jika sukar mengawal diri. Jika bertemu kawan, elakkan berjumpa di shopping mall.
- Rancang bajet bulanan dan mestilah disiplin dengan bajet tersebut
- Mulakan membuat wang simpanan. Asingkan dalam akaun berlainan
- Isi masa lapang dengan lebih produktif. Contohnya, beriadah atau berbuat kerja amal dan bukannya membeli-belah
- Minta bantuan rakan atau keluarga untuk menasihat dan mengingatkan jika kamu terleka
- Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang diiklankan di media
- Jangan jadikan shopping sebagai suatu budaya, sebaliknya anggap sebagai simptom yang boleh bertukar menjadi 'penyakit' apabila sukar dikawal
No comments:
Post a Comment