Pembaca Molek

Friday, 29 April 2011

Cantik dan budget

Menurut pakar dermatologi yang saya kunjungi, cantik haruslah seiring dengan budget. Sewaktu usia menjengah ke angka 3 dekad, kerisauan mula menjenguk kerana kulit kelihatan terlalu kering. Dalam sesi konsultansi pakar telah mencadangkan produk-produk ini.

Pakar mencadangkan Clinique yang memang terbukti mapan dalam melembab dan merapikan kulit wajah.

Pakar juga mencadangkan Biotherm.


Produk-produk yang pakar cadangkan terlalu 'high-end'. Jika ingin pilihan untuk budget sederhana, boleh cuba rangkaian The Body Shop.


Untuk budget kurang mapan, Neutrogena sangat-sangat dicadangkan.


Produk Garnier juga tak kurang hebatnya. Yang penting, rutin perawatan wajah berjaya anda galas dengan baik. Tak guna memakai produk ratusan ringgit jika cuai 3 langkah ringkas mencuci-menyegar-melembab.

Selamat membuat pilihan!



Thursday, 28 April 2011

Keperluan kalsium untuk wanita

Wanita banyak mengorbankan kalsium di dalam tubuh mereka demi si kecil di dalam kandungan. Semasa mengandung, janin memerlukan kalsium untuk membentuk tulang. Nutrien kalsium diserap secara langsung oleh janin dari ibu mereka. Oleh kerana itu, wanita hamil memang digalakkan minum susu bagi memastikan keperluan kalsium cukup bagi kedua-dua ibu dan anak.

Kalsium dalam tubuh wanita semakin berkurangan sejajar dengan peningkatan usia. Apabila kadar kalsium menurun, wanita terdedah kepada penyakit seperti osteoporosis (rapuh tulang). Kurang kalsium juga menjejaskan kekuatan gigi. Tentu ia memberi kesan kepada citra cantik anda jika terpaksa memakai gigi palsu. Ada juga wanita yang amat maklum tentang keperluan kalsium tapi muak meminum susu. Jangan bimbang kerana anda boleh mendapatkan sumber kalsium dari produk-produk berikut.

Produk vitamin C Flavettes ini mengandungi kalsium dan vitamin D. Vitamin D penting digandingkan dengan kalsium kerana ia akan memastikan penyerapan maksimum. Produk multifungsi ini juga menarik kerana kandungan vitamin C amat bagus untuk mencantikkan kulit. Cara penggunaannya ialah dengan mencairkan sebutir tablet vitamin ini di dalam segelas besar air. Kemudian anda boleh minum seperti biasa tak ubah seperti menikmati segelas kordial oren. Elok diamalkan di waktu siang kerana tubuh anda memerlukan khasiat vitamin C, Kalsium dan vitamin D sepanjang hari.

'Hi-calcium yoghurt chew' alternatif kepada anda yang tidak gemar minum susu. Ia seperti anda mengunyah gula-gula candy. Tak perlu membancuh susu di dalam gelas, cukup dengan mengambil 1-3 sachet sehari. Yang penting, keperluan kalsium anda terjamin.


Jika tidak berminat mengamalkan susu putih, anda boleh cuba susu Anlene berperisa coklat di atas. Ia boleh diminum seperti biasa bagai kanak-kanak meminum susu kotak. Senang dan mudah.

Susu kultur juga boleh diamalkan bagi memastikan anda cukup kalsium. Susu kultur 'Yakult' ada jenis kurang gula jika anda tidak suka minuman manis. Satu lagi kebaikan Yakult ia boleh membantu mencegah demam. Jika anda rasa hampir diserang demam, cuba minum Yakult dengan jumlah yang banyak kerana ia boleh mematikan kuman. Selangkan dengan pengambilan air putih, juga dalam kuantiti yang banyak. Proses ini dipanggil 'self healing' yang boleh dilakukan sendiri jika tidak mahu bergantung dengan ubat-ubatan demam dari klinik.
 
Yang paling penting, pastikan keperluan kalsium anda mencukupi kerana citra cantik datangnya dari tulang yang kuat.



Mulakan dengan detoksikasi

Kecantikan luaran akan terbit dari kerbersihan dalaman. Petua paling ulung yang pernah saya pelajari ialah 'wanita cantik apabila rahimnya bersih'. Dengan itu, penting supaya wanita memastikan sistem dalamannya bersih supaya keserian wajahnya terpancar.

Tidak dapat tidak wanita zaman moden akan terdedah kepada pencemaran alam sekitar, bahan pemakanan yang tidak elok dan juga tekanan.Alat penjagaan kecantikan dan kosmetik hanya bertindak dari luaran tetapi tidak dapat memaksimakan fungsinya jika dalaman tubuh belum begitu bersih. Ada banyak produk-produk yang boleh diamalkan untuk membantu proses detoksikasi atau ringkasnya 'detoks'


Produk 'herbs for your skin' ini berasaskan herba dan berfungsi untuk mencuci darah dari kekotoran tubuh. Hasilnya kulit akan bertambah baik dan sihat. Mula-mula menggunakannya mungkin jerawat akan keluar menandakan ia sedang berfungsi untuk memperbaiki kulit. Teruskan kerana selepas itu keadaan kulit akan lebih baik selepas semua kekotoran telah disingkirkan.

Produk 'clenz tea' juga berperanan membersihkan dalaman tubuh. Malah, ia bersifat dwi-fungsi kerana di samping membersihkan sisa-sisa kotoran di dalam usus, ia juga boleh membantu melangsingkan badan. Ia boleh diamalkan 2 kali sehari iaitu di waktu siang dan malam. Yang kurang eloknya produk clenz tea memberi kesan memulas pada perut. Jadi, mungkin ia agak kurang sesuai pada kita yang selalu berpergian.


'Innershine' produk terbaik setakat ini kerana tiada kesan sampingan. Sebetulnya, innershine adalah makanan kecantikan. Elok diminum di sebelah malam cukup dengan kadar 1 botol sehari. Ia akan memperbaiki perjalanan usus dan membersihkan sisa-sisa kotoran tubuh. Anda akan bangun pagi dengan rasa lebih sihat dan cergas. Innershine memang produk bonus kerana di samping mencantikkan ia juga memberi kesan kecergasan seperti pengambilan vitamin.

Produk-produk di atas boleh dipertimbangkan jika anda ingin membersihkan dalaman tubuh. Cuba satu produk yang paling sesuai dan anda mesti amalkan untuk dapatkan kesan penggunaan yang paling baik. Di samping produk di atas, anda juga boleh cuba produk lain untuk menyuburkan kulit dari dalam seperti Imedeen, Royal Jelly dan sebagainya.

Saya sekadar ingin berkongsi nasihat pakar dermatologi dari Klinik Kulit Jasani Melaka. Kata beliau, kolagen tidak digalakkan untuk Muslim kerana ia berpunca dari sumber haiwan. Sebagai alternatif, kita boleh gunakan suplemen kecantikan kulit yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Kepada pembaca semua, pilihan di tangan kita. Ayuh mulakan citra cantik anda hari ini juga!

Salam perkenalan

Blog ini didedikasikan untuk menghimpunkan segala petua dan kompilasi citra kecantikan. Ia tidak terhad kepada amalan-amalan tradisional tetapi juga merangkumi praktis cantik gaya hidup moden. Cantik itu abadi di dalam minda dan menjadi hasrat setiap wanita. Pastikan kita cantik dengan berlandaskan pengetahuan. Kerana amalan cantik secara membuta tuli akan memudarkan cantik yang seharusnya kekal.