Pembaca Molek

Thursday, 30 June 2011

Sabun susu kambing

Sabun susu kambing mempunyai kebaikan yang tersendiri berbanding sabun kecantikan biasa. Tambahan pula, ia mudah dibeli di kaunter-kaunter kosmetik tradisional dengan harga yang menjimatkan. Sabun susu kambing bukan hanya digunakan oleh kaum Hawa, malah di kalangan kaum lelaki juga ramai yang mengamalkannya. Ia mudah dipakai, menjimatkan, berkesan dan mempunyai khasiat yang cukup baik untuk kulit.
  • Ia mengandungi Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang berupaya menanggalkan sel-sel kulit mati
  • Ia mengandungi vitamin A yang boleh membantu mengekalkan kesihatan kulit. Dipercayai boleh menghalang kedutan, mencegah akne dan juga penyakit kulit seperti psoriasis
  • Ia tinggi kadar kelembapan dan mencegah kulit daripada kekeringan
  • Juga mengandungi mineral semulajadi seperti selenium, dipercayai boleh mencegah kanser kulit


Rawatan menentang penuaan

Menjadi tua adalah proses semulajadi dalam kitaran hidup seseorang. Namun untuk wanita yang mementingkan kecantikan, istilah 'tua' adalah suatu igauan, lantas timbul perasaan takut untuk menempuhinya. Sikap positif banyak membantu menangani 'fobia' ini dengan baik. Meskipun tidak lagi setanding kecantikan gadis remaja, namun kamu boleh mengambil pendekatan 'aging gracefully'. Ramai di kalangan jelitawan yang kita lihat dapat mengekalkan kecantikan seiring usia. Jika di barat, ambil contoh Susan Sarandon dan Liz Hurley. Di Malaysia pula, kecantikan yang ditonjolkan oleh Vanidah Imran dan Datin Seri Normala Samsudin tiada tolok bandingnya.  

Banyak produk di pasaran kini amat mementingkan penjagaan kulit supaya kekal remaja dan awet muda:

Safi Rania Gold
The Body Shop - wise woman

Garnier Age Lift
Beberapa langkah yang baik juga boleh diamalkan untuk melambatkan proses penuaan, antaranya:
  1. banyakkan minum air serta mengambil buah-buahan dan sayuran. Jauhi rokok serta alkohol
  2. bersenam akan melancarkan perjalanan darah dan memberi lebih oksigen kepada sel-sel tubuh
  3. pastikan cukup rehat dan tidur dengan teratur. Fizikal dan minda yang tenang akan menzahirkan kemudaan seseorang
  4. gunakan produk penjagaan kulit seperti krim tabir suria yang boleh menapis panahan matahari. Sinaran ultraviolet dari matahari boleh menuakan kulit dan menyebabkan timbulnya pigmentasi

Wednesday, 29 June 2011

Tidur yang mencukupi

Tidur adalah waktu rehat yang paling baik. Tidur yang mencukupi akan membantu tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. Tubuh manusia memerlukan waktu tidur sama seperti keperluan terhadap makanan, minuman dan pernafasan. Tidur nyenyak dan mencukupi dapat memberikan kesihatan fizikal yang baik, panjang umur dan keseimbangan emosi. Manakala tidur yang terganggu akan mengakibatkan munculnya penyakit-penyakit seperti obesiti, kencing manis, penyakit jantung malah boleh memendekkan usia seseorang.

Apa yang berlaku kepada tubuh sewaktu tidur? Berikut dilampirkan kebaikannya :
  1. Sewaktu tidur badan akan mengeluarkan molekul protein yang berfungsi untuk mencegah jangkitan dan juga serangan bakteria. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat
  2. Tidur boleh merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung
  3. Tidur boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang. Tubuh badan yang tidak cukup rehat akan mempercepatkan proses penuaan.
  4. Tidur memperbaiki daya ingatan dan daya pemahaman, juga menjadikan otak lebih segar untuk memproses pengetahuan dan pengalaman baru
  5. Tidur boleh menyeimbangkan hormon dan membantu mengawal selera makan
  6. Badan memproses glukosa sewaktu tidur. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan mengakibatkan kencing manis. Oleh itu, pastikan tidur mencukupi supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.
  7. Tidur mempengaruhi mood pada waktu siang. Orang yang tidak cukup tidur akan terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan emosi tidak sihat. Pastikan kamu mendapat tidur yang konsisten dan mencukupi kerana gangguan waktu tidur akan menjejaskan kualiti dan aktiviti hidup seseorang



Sabun pencuci muka

Pencuci muka adalah produk asas yang digunakan dalam seni kecantikan wajah. Mencuci muka adalah kunci kepada kesihatan kulit, kerana kulit yang bersih akan memancarkan keserian, kecantikan dan kesihatan diri seseorang. Pencuci muka boleh didapati dalam pelbagai variasi seperti pencuci cecair (liquid cleanser), krim pembersih (cleansing cream), sabun pembersih (cleansing bar) atau susu pembersih (cleansing milk). 
 
Cleansing bar (sabun pembersih) wujud dalam bentuk yang sama seperti sabun untuk kegunaan mandi. Namun ia lebih mengkhusus untuk kegunaan di kawasan muka. Ia lebih lembut (mild) dan lebih memberikan kelembapan (moisturizing). Jangan gunakan sabun badan untuk kegunaan di muka kerana kulit boleh menjadi kekeringan. Sebaliknya guna sabun pembersih yang dikhaskan untuk wajah (facial cleansing soap/bar).
 
clinique facial bar
The Body Shop - vitamin E


sebamed cleansing bar
Acne Aid cleansing bar
 

Kesan regangan kulit

Kesan regangan kulit adalah fenomena normal yang dihadapi oleh ibu-ibu mengandung. Ia terjadi kerana abdomen mengembang untuk menampung pembesaran bayi, menjadikan kulit tegang dan munculnya kesan regangan. Meskipun kulit bersifat elastik, namun ia boleh 'terpecah' apabila berat badan naik mendadak semasa mengandung. Kesan regangan kulit ini ('stretch marks') tidak menyakitkan, namun ia memberi kesan psikologi kerana kulit tidak lagi selicin dahulu. Adakalanya ia menyebabkan gatal-gatal, elakkan dari menggarunya kerana akan memburukkan lagi keadaan.

Beberapa produk yang dicadangkan di bawah boleh membantumu mengurangkan parut akibat kesan regangan:
Bio oil

Palmer's for Stretch marks
Mustajab - losyen halia & limau nipis
 Untuk memperbaiki kesan regangan ;
  • Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ia boleh melembabkan kulit, mencegah kekeringan dan menjadikan kulit lebih elastik untuk mengawal kesan regangan
  • Guna produk berupa losyen dan krim pelembab kerana ia juga boleh membantu melicinkan kulit (seperti yang dicadangkan di atas)
  • Amalkan makanan berkhasiat terutamanya yang mengandungi vitamin baik untuk kulit. Contoh-contoh seperti di bawah:-
  1. vitamin A (buah-buahan dan sayur-sayuran) - ia penting untuk memperbaiki tisu kulit
  2. vitamin B (telur, pisang dan nasi) - membina sel-sel kulit
  3. Niacin (ikan, daging, kekacang) - membantu kulit mengekalkan kelembapan
  4. vitamin C (oren) - menggalakkan pengeluaran kolagen
  5. vitamin E (avokado, mangga, minyak sayuran) - menguatkan kulit supaya lebih elastik

Khasiat minyak aromaterapi

Aromaterapi adalah kaedah alternatif terbaik yang boleh diamalkan selain daripada mengambil ubat-ubatan untuk merawat penyakit. Aromaterapi memberi kesan kepada 'senses' (deria) dan menggalakkan fungsi badan melakukan penyembuhan sendiri untuk memberikan kelegaan. Antara penyakit-penyakit yang boleh sembuh dengan kuasa aromaterapi ialah seperti migrain, stress, resdung dan selsema. 

Kebanyakan pusat-pusat kecantikan dan spa mengamalkan khasiat aromaterapi untuk merawat pelanggan mereka. Aromaterapi dapat merehatkan minda, menjadikan lebih fokus dan menyediakan diri untuk perawatan pada wajah dan badan. Seseorang akan rasa lebih tenang, lega dan gembira selepas menjalani sesi rawatan menggunakan aromaterapi.

Berikut adalah beberapa jenis minyak pati (essential oils) yang kerap digunakan dalam kaedah aromaterapi:
  1. Lavender - boleh merawat masalah ketegangan saraf (nervous tension), merawat jangkitan kulit dan kulit kepala, memperbaiki perjalanan darah dan merawat masalah pernafasan.
  2. Peppermint oil - Memperbaiki pencernaan, mengubati senak perut dan boleh merawat selsema.
  3. Tea tree oil - Digunakan sebagai antiseptik semulajadi, boleh merawat jangkitan kulit, merawat gigitan serangga, menghilangkan jerawat dan akne
  4. Nutmeg oil - Merawat kemurungan (stress), mencegah kesakitan perut semasa haid, memperbaiki pencernaan, mengawal tekanan darah, batuk dan bau badan
  5. Eucalyptus oil - Merawat sinus (resdung), merawat demam dan penyakit berjangkit, sebagai ubat kumur (gargle antiseptic), melegakan kesakitan otot, mencegah virus dan merawat asma.

Tuesday, 28 June 2011

Hindari PMS

PMS (Pre-Menstrual Syndrome) iaitu sindrom pra-haid, adalah gejala-gejala yang muncul setiap kali datang bulan. Kamu tidak boleh lari daripadanya, tetapi ia boleh ditangani dengan baik. Gejala pra-haid adalah normal bagi setiap wanita, namun jangan sampai ia mengganggu aktiviti seharian. Berikut diberikan tips-tips yang boleh kamu ikuti untuk mengelakkan dari terus-terusan diganggu emosi sewaktu datang haid.
Evening Primrose Oil
  1. Merekod kalendar - Sediakan 1 kalendar untuk merekod perjalanan haid kamu. Dengan itu, kamu akan lebih bersedia beberapa hari sebelum datang bulan. Jika ada perubahan emosi, banyakkan bersabar. Kamu juga boleh beritahu elok-elok kepada pasangan ataupun keluarga terdekat supaya mereka lebih bertimbangrasa kepada kamu pada masa-masa kritikal ini.
  2. Ambil suplemen - Beberapa gejala yang dihidapi akan menyebabkan kamu berasa tertekan dan tidak selesa. Antara gejala-gejala tersebut ialah sakit kepala, mood swing, rasa tertekan dan badan merasa sembab (fluid retention) ataupun sakit di sekitar payudara. Sesetengah orang mungkin mengalami kemurungan yang berbeza semasa PMS, contohnya tiba-tiba mengidam sesuatu makanan, menangis, merasa diri tidak cantik atau merasa tidak berguna. Ini banyak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon semasa berlakunya haid. Beberapa suplemen boleh menangani masalah kesihatan yang timbul akibat PMS. Contohnya, panadol for menstrual ataupun mengambil kapsul Evening Primrose Oil.
  3. Beberapa amalan-amalan juga dikatakan boleh membantu menangani sindrom pra-haid. Antaranya dengan mengurangkan berat badan. Kajian menunjukkan wanita yang berlebihan berat badan lebih cenderung untuk menghidapi sindrom ini. Selain itu, kamu boleh mengurangkan penggunaan gula kerana dikatakan pengambilan gula secara berlebihan boleh mendedahkan kepada gejala pra-haid. Oleh itu, hadkan pengambilan gula di sekitar hari kamu dijangkakan datang bulan. Bersenam juga boleh membantu kamu mendapatkan kesihatan yang lebih ideal. Bagi orang Muslim, meskipun tidak boleh bersolat sewaktu datang bulan, kamu masih boleh perbanyakkan berzikir supaya diri lebih tenang dan dijauhkan dari gangguan emosi yang membimbangkan

Menjaga indera mata

Mata adalah deria yang amat penting untuk dijaga kerana mata yang sihat adalah untuk keperluan sepanjang hayat. Berikut adalah amalan-amalan mudah yang boleh dilakukan untuk menyamankan mata.

cucumber ring
Hiriskan 2 lembar timun secara potongan membulat, baring dan relaks. Lekapkan kedua-dua timun tadi ke matamu dan rehat sekitar 15-20 minit. Ia akan menyejukkan dan menenangkan mata. Di samping itu, ia dapat menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata dan menjadikannya lebih segar

used tea bags
Jangan buang uncang teh yang telah digunakan. Biarkan sejuk, dan gunakan untuk merehatkan keadaan mata. Rehatkan diri sekitar 15-20 minit, letakkan 2 uncang teh terpakai dan pejamkan mata. Kesejukan daripada teh akan dapat menyaman dan menyejukkan mata, menjadikan mata lebih segar dan mampu menghilangkan kesembapan

green scenery
Jika kesuntukan masa, rehatkan deria mata dengan melihat pemandangan hijau. Ia dapat merangsang mata menjadi nyaman dan segar. Kesegaran daripada mata juga dapat meresapi minda dan menjadikan dirimu lebih tenang dan lapang. Ambil peluang dekati alam semulajadi, biarkan pancaindera berinteraksi dan seimbangkan diri supaya lebih sejahtera dari dalaman dan luaran

Monday, 27 June 2011

Untuk kulit bermasalah

Sebamed cleansing bar


Sekiranya kamu berhadapan dengan masalah kulit dan bertemu doktor, pada kebiasaannya doktor akan mencadangkan Sebamed. Sebamed ialah sabun pembersih berubat yang lembut dan sesuai digunakan untuk menangani masalah-masalah yang melanda kulit. 

Sebamed mempunyai nilai pH 5.5 iaitu kadar yang paling baik untuk kesihatan kulit. Ia bertindak membersih dan menyuburkan kulit tanpa mengganggu 'natural acid protection mantle'. Sebamed menghindar pembentukan kulat dan bakteria, maka masalah-masalah kulit seperti jerawat, akne, jangkitan dsb dapat dirawat dengan baik.

Di samping mempunyai produk pembersih wajah, Sebamed juga ada rangkaian untuk syampu, mandian, deodarant dan produk penjagaan bayi. Sebamed telah diuji bebas alahan dan sesuai untuk kulit bermasalah dan sensitif. Sebamed juga mudah didapati di farmasi-farmasi berdekatan. Ia terbukti berkesan dan sering dicadangkan oleh pakar-pakar perubatan. Jangan ragu-ragu mencuba Sebamed untuk menyelesaikan masalah-masalah kulit yang melanda dan merisaukan.

Thursday, 23 June 2011

Memilih calon suami


 Antara ciri-ciri bakal suami pilihan.........

1. Boleh memimpin

Selidik ciri-ciri bakal kekasih sebelum dirinya kelak diangkat darjat menjadi suami. Bolehkah dia membimbing dirimu? Jangan pilih lelaki yang sambil lewa, tidak bermotivasi, tiada keyakinan diri dan gagal merancang masa depan. Jauhi lelaki yang banyak bergantung kepada anda, kerana jikalau dirinya tidak berdikari, adalah sukar untuk dia menjadi suami yang kuat jati diri pada masa akan datang.  

2. solat

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Namun kita sendiri tidak boleh mendabik dada mengaku diri sendiri luhur dan berjiwa murni. Mungkin sukar untuk setiap wanita mengimpikan bakal suami seorang Imam, namun sekurang-kurangnya biarlah lelaki itu menjaga solatnya. Lelaki yang memandang enteng dalam soal amal ibadat akan gagal menunjuk contoh seorang suami yang baik apatah lagi untuk menjadi seorang ketua keluarga yang dihormati.

3. bekerja

Tidak perlu 'memancing' lelaki berpangkat atau bergaji 5 angka, namun cukuplah sekadar dia mempunyai pendapatannya sendiri. Sama ada dia bekerja sendiri atau makan gaji, itu juga bukan soalnya. Yang penting, bakal suami dapat menunjukkan komitmen dan berusaha untuk memiliki suatu kehidupan yang stabil. Jauhi lelaki yang menganggur, malas bekerja dan kuat berangan-angan kosong. Jauhi juga lelaki yang memikat anda kerana mahukan 'sesuatu', contohnya jika dia menyukai anda kerana anda berkereta mewah. Pilihlah lelaki yang sedar tentang tanggungjawabnya untuk menyediakan nafkah kepada keluarga, bukannya lelaki yang seronok hidup 'ditanggung beres'.

4. menyayangi

Terimalah lelaki yang menyayangi anda sepenuh hati, kerana dia akan berusaha untuk membahagiakan anda dan anak-anak nanti. Jauhi lelaki yang takut pada komitmen, atau tidak serius untuk berkahwin. Dunia rumahtangga banyak pancarobanya, ada pahit dan manis, ada pasang dan surut. Dengan cinta dan kasih sayang, segala-gala yang sukar itu akan mudah ditempuhi. Jangan pula menjadikan karier dan kesibukan sebagai alasan untuk lambat berkahwin. Dunia serba pantas dan peluang tidak datang berkali-kali. Tetapkanlah hati dan yakinilah si dia sebagai jodoh yang telah ditentukan oleh-Nya...

Wednesday, 22 June 2011

Hindari stress pekerjaan


Stress dalam pekerjaan adalah sesuatu yang normal. Stress secara positif dapat merangsang minda menjadi responsif dan menjadi motivasi untuk menghasilkan output yang baik. Yang menjadi masalah ialah apabila stress pekerjaan menjadi melampau dan menjejaskan kualiti kehidupan. Perhatikan jika ada simptom-simptom ini, mungkin anda tergolong dalam mereka yang mengalami stress pekerjaan (negatif):
  • Sering diserang migraine dan mengalami sakit kepala seperti rasa berdenyut-denyut dan pening
  • jatuh sakit, mudah dijangkiti demam dan selsema
  • wajah kusam dan muncul jerawat. Stress mengundang toksin dalam badan
  • kemurungan, rasa bosan melakukan pekerjaan
  • tidak gembira, rasa diri tidak dihargai dalam melakukan tugas
  • rendah diri (low self esteem)
  • hilang selera makan, berat badan turun mendadak
  • berat badan naik mendadak (banyak makan untuk menghilangkan rasa stress)
  • lenguh-lenguh badan dan ketegangan
  • mudah marah, cepat beremosi dan mencurahkan kemarahan pada orang sekeliling
Pekerjaan adalah suatu ibadah. Sebahagian besar masa dalam kehidupan dihabiskan dengan bekerja dan anda seharusnya gembira melakukannya. Jangan menyanggupi sesuatu pekerjaan semata-mata kerana habuan tunai kerana ganjaran yang besar datang dengan tanggungjawab yang besar. Jangan mendaki tangga kejayaan, tapi anda 'membunuh' diri sendiri di dalam senyap akibat stress. Tidak salah bekerja dengan gaji kurang lumayan, asalkan anda 'enjoy' melakukannya. Yang penting, anda dapat menyeimbangkan antara diri sendiri, pekerjaan dan keluarga dengan seadil-adilnya.

Set lengkap Garnier

Sudahkah anda mencuba set Garnier Aqua Defense? Ia adalah produk mampu milik yang anda boleh beli seluruh set lengkap tanpa membebankan poket. Kandungannya menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti air buah-buahan dan bertindak melembabkan kulit bagi mencegah kekeringan. Garnier Aqua Defense adalah produk pilihan menyeluruh untuk jagaan muka dan badan.

  • Pencuci mukanya membersih dengan lembut tanpa mengeringkan
  • Penyegar semulajadi dengan khasiat air buah-buahan
  • Pelembab muka jenis krim untuk kulit normal cenderung kering/ jenis gel untuk kulit normal cenderung berminyak
  • eye roll on untuk menyegarkan mata
Aqua Defense Hydrating Mask

Untuk menggandakan kadar kelembapan dan kelicinan wajah, guna Aqua Defense Hydrating Mask dan rehatkan wajah sekitar 15-20 minit.

Aqua defense non stop moisturing lotion


Untuk merawat kulit tangan dan badan, gunakan Aqua Defense Non Stop Moisturising Lotion. Ia mencegah kekeringan kulit tanpa rasa berminyak dengan haruman segar epal hijau.

Tuesday, 21 June 2011

Wanita mesti........

1. Melabuhkan jilbab

Ibarat mutiara yang disayangi yang akan disimpan elok-elok dan terlindung dari pandangan. Tutuplah auratmu dan labuhkanlah kerudungmu untuk menghindarkan dari mata-mata liar. Melabuhkan jilbab bertujuan untuk menjaga kehormatan diri dan memelihara maruah sewajarnya

2. Berpengetahuan

Cantik semata-mata tanpa buah fikiran yang bernas menjadikan anda kurang dihargai dan dihormati. Jadilah wanita yang berpengetahuan dan mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam masyarakat. Jangan biarkan diri kosong tanpa berilmu. Ingatlah, kecantikan diri akan pudar tetapi manusia akan dihargai kerana ketertinggian ilmunya

3. Mempertahankan diri

Lengkapi diri dengan ilmu mempertahankan diri. Dunia sekarang bukan lagi sebuah tempat yang selamat dan wanita sering terancam. Jangan sewenang-wenangnya keluar rumah tanpa tujuan kerana orang berjiwa jahat ada di mana-mana dan ditakuti kita yang menjadi mangsanya. 

4. Penuh kasih sayang

Wanita secara semulajadinya dilahirkan berjiwa halus dan mudah meyayangi. Hargai orang di sekeliling anda dan curahkan kasih sayang kepada suami, ibu bapa, anak dan rakan taulan. Jauhi dendam, prasangka buruk, hasad dengki dan emosi. Hati akan jadi lebih tenteram

5. Ada sifat malu

Sifat paling berbeza antara lelaki dan wanita ialah wanita dikurniakan sifat malu. Disebabkan sifat malu inilah, wanita patut menjaga akhlaknya agar terpuji dan disenangi. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan, nilai wanita terletak pada kesopan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulannya. Saidatina Aisyah RA juga pernah berpesan 'Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang'. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Mata sihat dan bersinar


Pelihara kesihatan mata dengan rangkaian dan amalan berikut ........
Brands Innershine Berry Essence

Innershine berry menggabungkan khasiat pelbagai jenis buah beri untuk menyuburkan, melembabkan mata yang kekeringan dan membekalkan nutrien-nutrien untuk kesihatan mata

Camomile Gentle Eye Make up Remover (The Body Shop)




Jika memakai mekap mata, gunakan produk khas untuk mencuci sisa-sisa yang ditinggalkan. Camomile Gentle Eye Make up Remover dari The Body Shop berfungsi menanggalkan mekap mata dengan berkesan. Ia bertindak bagai scrub lembut menjadikan mata terasa segar dan bersih selepas dicuci
Karot untuk kesihatan mata



Vitamin A merupakan zat yang amat penting untuk kesihatan mata. Amalkan meminum carrot juice untuk mendapatkan khasiat vitamin A secara semulajadi. Pengambilan vitamin yang mencukupi mengelakkan mata dari menjadi rabun
Revitalift eye Loreal
Elakkan kedut dan kantung bawah mata dengan menggunakan produk penjagaan mata khas. Revitalift eye dari Loreal berfungsi untuk menegangkan kulit sekitar mata, mencegah garis halus, meningkatkan kelembapan kulit dan menghilangkan kesan bawah mata yang hitam

Bahaya asam dan jeruk

  1. Asam dan jeruk bukanlah makanan segar. Banyak khasiatnya yang telah terhakis semasa proses penghasilannya yang panjang
  2. Oleh itu, khasiat yang biasanya terdapat dalam buah-buahan secara semulajadi seperti vitamin C TIADA di dalam asam dan jeruk
  3. Ia mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi
  4. Pengawet yang digunakan amat berbahaya kepada kesihatan
  5. Pengawet seperti asid benzoik boleh memberi kesan kepada hati dan buah pinggang
  6. Dalam sesetengah keadaan, pengilang menggunakan pengawet berbahaya. Contohnya jeruk dari Thailand menggunakan formalin (pengawet untuk mayat) supaya jeruk tahan lama
  7. Pewarna yang digunakan boleh mengakibatkan alahan
  8. Jika pewarnanya terlalu kuat, boleh mengakibatkan kerengsaan pada perut dan kulit
  9. Namun, ramai mendakwa asam dan jeruk boleh menghilangkan pening dan mual dalam perjalanan dan mengatasi mabuk hamil
  10. Asam dan jeruk yang diambil berlebihan semasa mengandungi ditakuti akan menjejaskan kesihatan diri dan kandungan

Hindari kelesuan di pejabat

  1. Jangan tidur lewat pada hari bekerja. Masuk tidur lebih awal. Tidur lebih lewat hanya pada hujung minggu atau hari tidak berkerja
  2. Pastikan anda mengambil sarapan secukupnya. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan mengantuk seperti nasi lemak atau briyani
  3. Bergerak aktif dan elakkan duduk setempat di 'work station'. Bangun untuk mengambil fail atau fotostat dokumen-dokumen. Sekali-sekala, lakukan senaman regangan
  4. Jangan berterusan mengadap komputer kerana badan boleh lesu dan mata menjadi letih
  5. Elakkan duduk dekat dengan alatan pejabat seperti mesin fotostat atau scanner kerana arus yang dihasilkan tidak baik untuk kesihatan
  6. Ambil makanan tengahari walaupun hanya 'light meal'. Rasa lapar pada waktu tengahari akan mengundang kelesuan
  7. Minum minuman menyegarkan seperti kopi
  8. Kerap minum air putih
  9. Solat dan mengambil wudhu' boleh menyegarkan badan 
  10. Jika berasa lesu namun banyak kerja untuk dibereskan, minum minuman tenaga seperti Livita Honey. Juga ambil suplemen untuk kecergasan dan meredakan tekanan seperti Kapsul Executive-B (Blackmores)

Monday, 20 June 2011

Perihal bunga

Frangipani @ kemboja
 
Bunga kemboja, adakalanya dipanggil bunga kuburan. Berbau harum dengan kelopak warna kuning putih. Juga dikenali sebagai Frangipani. Dikatakan pokok kemboja mempunyai khasiat perubatan yang tinggi di mana akar, getah dan daunnya boleh digunakan untuk merawat banyak penyakit. Sebagai petua, getah pokok kemboja boleh membuang 'tahi lalat hidup' juga boleh merawat kulit kaki pecah-pecah.

chrysanthemum @ kekwa

Kekwa. Tanpa bau harum. Namun ada khasiat kesihatannya yang tersendiri. Bunga kekwa yang dikeringkan dijual di kedai-kedai herba Cina untuk diadun sebagai teh bunga kekwa. Ia boleh meredakan panas badan. Sangat baik diamalkan sebagai petua bagi mencegah gejala H1N1.
 
 bunga telang
 
Bunga telang mempunyai warna biru yang menjadi signature nya. Ia boleh digunakan dalam masakan. Yang paling terkenal ialah kegunaannya dalam nasi kerabu. Masakan nyonya juga menggunakan warna biru bunga telang dalam masakan pulut tai-tai. Tahukah anda nama lain bagi bunga telang ialah 'clitoria'?

Thursday, 16 June 2011

Elak jadi mangsa pukau

Seorang doktor pelatih lelaki yang dilaporkan hilang di Alor Setar ditemui kembali di Kuantan, dipercayai akibat dipukau. Kehilangan doktor tersebut selama berhari-hari, cukup membuat keluarganya gundah. Jika lelaki boleh terdedah kepada pukau, apatah lagi perempuan yang mudah menjadi mangsa.

Berikut adalah beberapa panduan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa pukau:-
  1. Berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Elakkan dari bertentang mata dengan orang yang mencurigakan kerana pukau boleh dihubungkan melalui tenungan mata.
  2. Elakkan dari keluar rumah tanpa tujuan bagi wanita yang didatangi haid. Wanita dalam keadaan haid tidak dapat menunaikan sembahyang sedangkan sembahyang boleh menjadi perisai dari sihir, pukau dan ilmu hitam. Dikatakan wanita yang tidak suci mudah terdedah kepada unsur-unsur jahat dan buatan orang.
  3. Jika perlu keluar rumah juga (bekerja, belajar, bermusafir dsb) meskipun dalam keadaan haid, banyakkan berzikir kerana zikir boleh menjadi pelindung kejahatan. Sebaik-baiknya keluar rumah dengan ditemani muhrim untuk mengelakkan dari dianiayai orang.
  4. Dikatakan wangian kasturi putih (white musk) boleh mengelakkan dari dipukau.
  5. Berwaspada dengan perbuatan-perbuatan ganjil yang dilakukan oleh orang yang tak dikenali terhadap anda. Perbuatan seperti menepuk bahu, memegang dahi atau menghembus asap rokok adalah contoh-contoh perantaraan pukau. 
  6. Nasihat bapa saya, jangan berkongsi bangku panjang (seperti di perhentian bas) dengan lelaki yang tidak dikenali. Bangku boleh jadi perantaraan yang menghubungkan ilmu pukau dengan mangsanya. Jauhi juga makanan atau minuman yang cuba dipelawa kepada anda, contohnya jika orang yang tak dikenali menghulurkan gula-gula.
  7. Jangan menarik perhatian orang terhadap anda. Contohnya dengan memakai barang kemas berlebih-lebihan. Elakkan juga membawa wang dalam jumlah yang banyak. Perbuatan ini mendorong tukang pukau untuk menjadikan anda mangsa seterusnya malah boleh dirompak atau dicederakan.



Wednesday, 15 June 2011

Majalah Gaya Hidup

  1. Membaca majalah gaya hidup (lifestyle magazine) boleh dijadikan hobi yang baik untuk anda. Anda boleh memanfaatkan masa lapang di samping boleh mengetahui perkembangan semasa. Kebanyakan majalah gaya hidup atau majalah kecantikan (beauty magazines) akan menampilkan trend semasa di mana anda boleh meninjau gaya mekap, kosmetik terbaru dan fesyen terkini di pasaran.
  2. Majalah-majalah ini mempunyai artikel-artikel menarik yang boleh dimanfaatkan. Ia memberikan tips dan pengetahuan yang anda boleh contohi. Antaranya, artikel-artikel tentang kesihatan, kewangan, percutian dan psikologi perhubungan. Ada juga majalah yang memaparkan kejayaan-kejayaan seseorang ikon ataupun rencana-rencana motivasi yang baik untuk anda ikuti buat pedoman hidup.
  3. Namun begitu, jangan terlalu terpengaruh dengan apa yang ditonjolkan dalam halaman majalah tersebut. Jika ia memaparkan trend fesyen terbaru, jangan ikuti dengan membuta-tuli. Adakalanya fesyen begitu tidak sesuai untuk anda, contohnya trend pentas peragaan (runway) ataupun trend mengikut musim luar negeri. Jauhi juga pengaruh iklan yang banyak dimuatkan dalam majalah-majalah ini. Apa yang dipaparkan di media tidak semestinya baik untuk anda. Jangan boros membeli barang yang tidak perlu semata-mata kerana terpengaruh dengan majalah.
  4. Ada banyak majalah yang menarik di pasaran, sekadar menyebut contoh. Pada pendapat saya, Female magazine adalah majalah berbahasa Inggeris terbaik. Untuk majalah berbahasa Malaysia, saya pilih Nur dan Nona. Ada juga majalah-majalah khusus seperi Rasa, Impiana, Laman dll yang anda boleh terokai idea-ideanya dan manfaatkan untuk diri dan kediaman sendiri.

Perihal sirih

  1. Sirih memainkan peranan yang besar dalam masyarakat Melayu kerana ia sering dikaitkan dengan adat.
  2. Kedatangan rombongan membawa sirih junjung/ tepak sirih adalah bertujuan membawa hajat untuk berjodoh
  3. Ramai di kalangan orang-orang lama yang mengamalkan tabiat memakan sirih bersama kapur dan pinang
  4. Sirih juga mempunyai khasiat perubatan, contohnya boleh merawat hidung berdarah
  5. Sirih boleh direbus dan airnya digunakan untuk mencuci bahagian intim
  6. Perubatan tradisional banyak menggunakan sirih dalam amalan mereka, contohnya sirih bertemu urat yang digunakan oleh bidan kampung untuk merawat.

Innershine dan alternatif

Apa ada dalam sebotol innershine? Ia mengandungi kebaikan vitamin C, serat dan inulin serta oligofructose. Ia membantu menggalakkan sistem penghadaman yang sihat, memperbaiki fungsi usus dan menjadikan anda berseri (radiant) dari dalam.

Cara pengambilan Innershine (prune essence) ialah sebanyak 1 botol sehari, sebaik-baiknya diminum pada waktu malam. Ia boleh didapati dalam pek 6 botol di mana anda memerlukan lebih kurang 30 botol untuk kegunaan sebulan. Sebotol Innershine berharga RM4 bermakna budget untuk bekalan Innershine selama sebulan ialah RM120.

Untuk anda yang merasakan harga Innershine agak mahal, cuba alternatif berikut :-

jus prune Del Monte

Untuk menyingkirkan toksin dari tubuh (detoks), cuba gabungan berikut :-

buah prune

red dates (kurma merah)

Kisar gabungan buah prune dengan kurma merah (Chinese red dates) dengan air secukupnya. Simpan dalam botol dan sejukkan dalam peti ais. Jadikan amalan meminumnya setiap pagi. Ia akan membersihkan sistem tubuh dan memberi kesan yang tidak kurang hebat, seperti Innershine.

Tuesday, 14 June 2011

Kepentingan vitamin E


Kebaikan:
  • Vitamin E boleh membantu memudarkan parut
  • Juga berfungsi untuk mengelakkan penuaan pra-matang
  • Amat berguna kepada lelaki. Dikatakan boleh menjadi penawar kanser prostat
  • Membantu masalah ketidaksuburan


Sumber:
  • Kekacang
  • minyak sayuran
  • susu
  • daging
  • bijirin
  • sayur-sayuran

Produk:
  • Natopherol Dermal E
  • Organic Aid
  • Colonial Dames
  • The Body Shop vitamin E

Tips bijak kewangan

  1. Jauhi kad kredit - Kad kredit adalah musuh nombor satu wanita. Sebenarnya, syarikat-syarikat kewangan sering memperdaya wanita dengan memberi gambaran bahawa wanita boleh berbelanja tanpa had dengan kad kredit. Jangan terpedaya dengan begitu mudah. Sebaliknya, rancang perbelanjaan anda dengan membeli secara tunai. Belian tunai mendorong anda supaya berbelanja dengan berhemah. Anda akan berhenti membeli apabila kehabisan tunai. Sebaliknya, kad kredit akan mengaburi mata anda supaya terus berbelanja walaupun poket sudah kontang. Jangan amalkan sikap 'Shop till you drop'
  2. Pinjaman peribadi, adakah perlu? Amalan membuat pinjaman peribadi dipraktikkan dengan begitu meluas sekarang. Dahulu pinjaman tidak bercagar diberikan dengan syarat yang begitu ketat. Anda perlu mengemukakan penjamin di samping perlu memenuhi syarat tertentu seperti mestilah seorang petugas kerajaan. Kini pinjaman disediakan secara ekspres, tanpa cagaran, tanpa penjamin malah ada bank yang boleh memberi pinjam peribadi dengan menunjukkan Mykad sahaja. Tanya diri anda untuk apa pinjaman peribadi tersebut? Jika untuk tujuan yang bernas, teruskan namun mesti berhati-hati kerana kadar faedahnya sangat tinggi (Contohnya, sambung belajar atau memulakan bisnes sampingan secara kecil-kecilan). Jika untuk tujuan suka-suka, membeli handbag atau melancong secara mewah, tangguhkan dulu niat anda dan apa kata jika anda membuat simpanan secukupnya?
  3. Melabur secara bijak. Menyimpan secara tunai amat bagus namun kewangan tidak mempunyai kadar yang stabil. Cuba bayangkan, jika anda menyimpan RM50,000-00 hari ini, adakah nilai itu akan berbaloi 10 atau 20 tahun akan datang? Wang terdedah kepada inflasi dan kuasa beli semakin mengecil tahun demi tahun. Jika ingin membuat pelaburan, belilah hartanah. Harga hartanah akan meningkat naik lebih-lebih lagi hartanah di kawasan strategik. Membeli emas tulen juga adalah suatu pelaburan yang baik. Harga emas amat tinggi di pasaran, boleh dipajak gadai malah ia boleh dipusakai oleh waris. Harga emas lebih stabil di pasaran berbanding kadar matawang. Jika boleh, bahagikan simpanan anda separuh untuk pelaburan manakala separuh lagi untuk simpanan tunai untuk kegunaan kecemasan.

Wanita dan kerjaya pilihan

  1. Pastikan kerjaya pilihan anda ialah yang bersesuaian dengan fitrah wanita. Fitrah wanita bersifat lemah-lembut, pandai mendidik dan mempunyai nurturing instict. Guru, jururawat dan pakar motivasi adalah contoh kerjaya pilihan yang baik. Jauhi kerjaya tidak tentu masa atau memerlukan anda keluar meninggalkan keluarga (selalu out-station). Jika boleh, hindari site job (kerja lapangan) yang memerlukan anda melawat tapak pembinaan. Ia mengkehendaki fizikal tahan lasak disamping terdedah kepada bahaya. Kerja pada waktu malam hingga menjelang pagi amat tidak digalakkan kerana anda perlu meninggalkan anak-anak pada waktu itu dengan pihak lain.
  2. Kerjaya yang mengangkat martabat wanita - Terdapat bidang-bidang kerjaya kritikal yang memerlukan khidmat wanita kepada wanita. Pakar perbidanan dan sakit puan, contohnya. Saintis, ahli perniagaan, pengusaha industri kecil dan sederhana, penggubal undang-undang; Semua kerjaya ini memerlukan wanita yang boleh dijadikan ikon dan dicontohi kejayaannya oleh wanita lain. Jika boleh, jauhi karier yang bersifat mengeksploitasi wanita seperti model, pelakon, pelayan, gadis litar dsb.(Sekadar menyebut contoh)
  3. Boss di pejabat, isteri di rumah - Anda boleh jadi seorang pengarah, ketua jabatan, ahli badan profesional atau ahli korporat. Tinggalkan title anda di pejabat kerana apabila di rumah, sehebat mana pun jawatan anda yang menjadi ketua adalah suami. Jangan mengambil alih peranan suami kerana beliau adalah tunggak keluarga. Walaupun anda berjawatan dan berpendapatan besar, anda masih berhak terhadap nafkah dan suami patut memberikan anda pakaian, makanan dan perlindungan. Jangan ketepikan (waiver) hak anda ini sewenang-wenangnya dan jangan melanggar fitrah. Suami adalah pemimpin keluarga, melindung dan mencari rezeki untuk anda, bukan anda pula yang menjadi sebaliknya.

Khazanah orang lama

  • Untuk mencantikkan rambut, ramaskan beberapa helai daun bunga raya sehingga keluar cecairnya (lendir) kemudian sapukan pada rambut. Ia membantu menyuburkan dan menyihatkan rambut
  • Juga untuk rambut, ambil perahan santan campurkan dengan perahan air daun pandan, sapukan ke seluruh rambut dan bungkus dengan tuala. Rambut akan berbau harum dan lambat beruban.
  • Untuk menghilangkan parut pada wajah, ambil tulang sotong (lapisan jernih lutsinar dalam badan sotong). Keringkan. Tumbuk halus dan campurkan dengan air, sapu tipis-tipis di wajah
  • Ada juga petua menghilangkan parut dengan menggunakan buih kayu. Jika memasak dengan menggunakan kayu api, ada buih yang akan keluar dari kayu api tersebut. Guna buih itu untuk menyapu parut.
  • Petua lain ialah dengan menggunakan kulit pisang awak. Bahagian dalam kulit pisang disapu pada parut dan dipercayai boleh memudarkan dan menghilangkan kesan tersebut
  • Untuk melicinkan wajah, guna pati sengkuang. Parut sengkuang dan tapis airnya. Daripada air pati sengkuang tersebut, akan ada serdak putih yang termendap. Ambil bahan tersebut, sapukan pada wajah. Ia menyejukkan, memutihkan dan melicinkan kulit muka
  • Jika tumit kaki pecah-pecah, sapukan getah betik. Tumit akan licin seperti sediakala