Pembaca Molek

Thursday 16 June 2011

Elak jadi mangsa pukau

Seorang doktor pelatih lelaki yang dilaporkan hilang di Alor Setar ditemui kembali di Kuantan, dipercayai akibat dipukau. Kehilangan doktor tersebut selama berhari-hari, cukup membuat keluarganya gundah. Jika lelaki boleh terdedah kepada pukau, apatah lagi perempuan yang mudah menjadi mangsa.

Berikut adalah beberapa panduan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa pukau:-
  1. Berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Elakkan dari bertentang mata dengan orang yang mencurigakan kerana pukau boleh dihubungkan melalui tenungan mata.
  2. Elakkan dari keluar rumah tanpa tujuan bagi wanita yang didatangi haid. Wanita dalam keadaan haid tidak dapat menunaikan sembahyang sedangkan sembahyang boleh menjadi perisai dari sihir, pukau dan ilmu hitam. Dikatakan wanita yang tidak suci mudah terdedah kepada unsur-unsur jahat dan buatan orang.
  3. Jika perlu keluar rumah juga (bekerja, belajar, bermusafir dsb) meskipun dalam keadaan haid, banyakkan berzikir kerana zikir boleh menjadi pelindung kejahatan. Sebaik-baiknya keluar rumah dengan ditemani muhrim untuk mengelakkan dari dianiayai orang.
  4. Dikatakan wangian kasturi putih (white musk) boleh mengelakkan dari dipukau.
  5. Berwaspada dengan perbuatan-perbuatan ganjil yang dilakukan oleh orang yang tak dikenali terhadap anda. Perbuatan seperti menepuk bahu, memegang dahi atau menghembus asap rokok adalah contoh-contoh perantaraan pukau. 
  6. Nasihat bapa saya, jangan berkongsi bangku panjang (seperti di perhentian bas) dengan lelaki yang tidak dikenali. Bangku boleh jadi perantaraan yang menghubungkan ilmu pukau dengan mangsanya. Jauhi juga makanan atau minuman yang cuba dipelawa kepada anda, contohnya jika orang yang tak dikenali menghulurkan gula-gula.
  7. Jangan menarik perhatian orang terhadap anda. Contohnya dengan memakai barang kemas berlebih-lebihan. Elakkan juga membawa wang dalam jumlah yang banyak. Perbuatan ini mendorong tukang pukau untuk menjadikan anda mangsa seterusnya malah boleh dirompak atau dicederakan.



No comments:

Post a Comment