Pembaca Molek

Wednesday 22 June 2011

Hindari stress pekerjaan


Stress dalam pekerjaan adalah sesuatu yang normal. Stress secara positif dapat merangsang minda menjadi responsif dan menjadi motivasi untuk menghasilkan output yang baik. Yang menjadi masalah ialah apabila stress pekerjaan menjadi melampau dan menjejaskan kualiti kehidupan. Perhatikan jika ada simptom-simptom ini, mungkin anda tergolong dalam mereka yang mengalami stress pekerjaan (negatif):
  • Sering diserang migraine dan mengalami sakit kepala seperti rasa berdenyut-denyut dan pening
  • jatuh sakit, mudah dijangkiti demam dan selsema
  • wajah kusam dan muncul jerawat. Stress mengundang toksin dalam badan
  • kemurungan, rasa bosan melakukan pekerjaan
  • tidak gembira, rasa diri tidak dihargai dalam melakukan tugas
  • rendah diri (low self esteem)
  • hilang selera makan, berat badan turun mendadak
  • berat badan naik mendadak (banyak makan untuk menghilangkan rasa stress)
  • lenguh-lenguh badan dan ketegangan
  • mudah marah, cepat beremosi dan mencurahkan kemarahan pada orang sekeliling
Pekerjaan adalah suatu ibadah. Sebahagian besar masa dalam kehidupan dihabiskan dengan bekerja dan anda seharusnya gembira melakukannya. Jangan menyanggupi sesuatu pekerjaan semata-mata kerana habuan tunai kerana ganjaran yang besar datang dengan tanggungjawab yang besar. Jangan mendaki tangga kejayaan, tapi anda 'membunuh' diri sendiri di dalam senyap akibat stress. Tidak salah bekerja dengan gaji kurang lumayan, asalkan anda 'enjoy' melakukannya. Yang penting, anda dapat menyeimbangkan antara diri sendiri, pekerjaan dan keluarga dengan seadil-adilnya.

No comments:

Post a Comment