Pembaca Molek

Wednesday 8 June 2011

Mentaati suami





Bagi seorang wanita yang telah berkahwin, perkara paling penting yang wajib dilakukannya ialah mentaati suami. Ketaatan kepada suami adalah perkara 'wahid' (nombor 1) yang harus dilakukan demi merintis jalan ke syurga. Sabda Rasulullah,' Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keredhaan suaminya, dia akan masuk ke syurga,'

Manakala wanita yang mengingkari suami akan dilaknat oleh Allah dan Malaikat lantas ia berada di dalam kemurkaan Allah sehinggalah wanita itu menggembirakan dan memohon kembali keredhaan suaminya. Begitu juga wanita yang keluar dari rumah tanpa izin suami, Malaikat akan melaknatnya sehinggalah dia pulang ke rumah.

Jangan membebankan suami dengan apa yang tidak termampu olehnya. Bergembiralah dengan apa yang telah suami sediakan untuk rumahtanggamu. Pelihara kehormatan diri dan harta benda suami apabila dia tiada di sisi. Manakala apabila suami ada di depan mata, pelihara lidahmu supaya dia berasa senang dengan tutur kata dan tingkah laku.

Rasulullah menyatakan ciri-ciri wanita yang masuk syurga (seperti yang dipertunjukkan pada Rasulullah dalam peristiwa Isra' dan Mikraj) ialah; perempuan yang menjauhkan diri dari perbuatan haram, taat kepada Allah dan suami, banyak zuriat, sabar, qana'ah dengan hidup sederhana bersama suaminya dan ada perasaan malu.

Akhir kata, sematkan falsafah berikut buat menjadi pegangan anda,"Impianku untuk menjadi isteri solehah, mencintai dan mengasihi suamiku selepas Allah dan Rasul,"




No comments:

Post a Comment