Middle notes: star jasmine, Japanese cherry blossom, Japanese persimmon
Base notes: sandalwood, hinoki wood, fruity musk
Adakah anda seorang penggemar haruman? Saya salah seorang yang amat mudah jatuh cinta dengan haruman dan sering tergoda membeli perfume edisi terbaru. Namun kegusaran mula datang bertandang apabila menerima rantaian e-mel yang memberitahu proses pengilang haruman di luar negara. Salah satu bahan mentah yang digunakan ialah lard (lemak babi) kononnya bagi mengekalkan bauan tahan lama. Meskipun tidak mempercayai kandungan e-mel tersebut 100%, namun keraguan agak berbekas di hati saya. Sejak itu saya cenderung mengintai haruman The Body Shop. Mereka memegang falsafah 'plant-based, no animals derivatives and against animals testing'.
Salah satu 'best-seller' dari produk Body Shop ialah himpunan bunga sakura yang dipanggil Japanese Cherry Blossom. Bunga Sakura ialah bunga kebangsaan Jepun dan boleh dilihat melata di taman-taman peranginan Negeri Matahari Terbit itu. Bauannya lembut, harum, feminin dan manis. Jika inginkan keharuman berkekalan, apa kata ambil seluruh set Japanese Cherry Blossom merangkumi sebotol minyak wangi, shower gel, losyen badan, body butter dan body mist (semburan badan). Yakini haruman floral nan romantik ini menemani anda di sepanjang hari sehingga menjelang malam.
No comments:
Post a Comment