Pembaca Molek

Wednesday, 4 May 2011

Cantik dan murah

Jangan risau untuk merawat wajah andai tak punya peruntukan mahal. Mustika Ratu ada jawapannya untuk bercantik-cantik dalam budget terhad.

Gunakan 'peeling mundisari' sebagai scrub untuk merawat wajah. Cara penggunaannya ialah dengan mencampurkan secukup serbuk peeling dengan air sari mawar putih, bancuh dengan rata dan oleskan ke wajah. Apabila hampir kering gosok-gosokkan wajah anda dengan lembut sampai peeling mundisari tersebut berjatuhan. Kemudian cuci wajah seperti biasa. Anda akan merasa kulit wajah begitu lembut kerana sel-sel kulit mati telah disingkirkan.
Air sari mawar putih punya manfaat pelbagai. Ia boleh digunakan sebagai penyegar selepas mencuci muka. Boleh juga dicampurkan di dalam masker atau peeling sebelum diratakan seluruhnya pada wajah.

Wajah yang telah dibersihkan selepas menyapu peeling tadi telah sedia untuk perapian selanjutnya. Gunakan masker bengkoang, sangat elok untuk menyejukkan kulit wajah disamping mencerahkan. Hanya bancuhkan dengan air sari mawar putih sebelum disapu merata seluruh wajah. Jika rajin mengamalkannya kulit akan halus, cerah dan mulus. Di samping harga yang berpatutan, perawatan di atas juga menggunakan sumber alami. Yakinilah yang anda akan lebih cantik secara semulajadi.


Jangan bercermin di waktu malam...

Pernahkah anda mendengar larangan ini? Saya sendiri tidak tahu di mana kebenarannya tetapi sering orang tua-tua melarang menatap cermin di waktu malam. Kononnya jika galak bercermin malam, anda akan terkena 'tinjau belukar' atau dengan kata lainnya ANDA CANTIK DARI JAUH TAPI BURUK DARI DEKAT. Kadangkala petua orang-orang lama tak wajar disisihkan. Namun agak sukar kita praktiskan dewasa ini kerana adakalanya kita perlu keluar rumah di waktu malam. Bagaimana mahu berhias kalau tak bercermin?

Kecantikan melalui penderitaan

Definisi cantik adalah berbeza-beza mengikut rantau dan benua. Di Jepun misalnya, wanita yang dianggap cantik ialah mereka yang berkulit putih 'moshi-moshi' (bak telur dikupas). Oleh itu, produk pemutihan kulit amat laku di Jepun kerana semua orang mahu cantik seperti yang didefinisikan oleh masyarakat mereka.

Ada kelompok masyarakat yang menggemari wanita bertubuh gempal. Wanita kurus dianggap kurang menarik. Orang Melayu sendiri mempunyai bidalan 'mata bak bintang kejora', 'bibir bak delima merkah' dan 'hidung mancung bak seludang'. Itu adalah definisi cantik menurut persepsi mereka. Di Indonesia, ada yang mengatakan gadis yang 'berkumis tipis' memiliki kecantikan semulajadi.

Namun berbaloikah jika kecantikan itu datang dari sebuah penderitaan? Definisi cantik versi kuno adakalanya menjadikan kita kaget dan tertanya-tanya. Betulkah cantik kalau begitu?

Wanita berleher panjang yang dianggap cantik menurut suku kaum mereka

Wanita Kelabit dianggap cantik bertelinga panjang yang dihiasi perhiasan

Chinese Lotus Feet. Pada kurun yang lampau wanita berkaki kecil dipandang tinggi dan selayaknya mengahwini bangsawan.Kaki yang kecil menjadikan mereka sukar bergerak apatah lagi membuat kerja-kerja rumah. Saya pernah membaca suatu catatan tentang kisah wanita cina 'berkaki teratai' ini yang suaminya jatuh miskin dan dia terpaksa bekerja. Tak dapat dibayangkan betapa sukarnya dia menjalani kehidupan dengan kaki sebegini.

Kepada wanita-wanita di luar sana, jangan ubah struktur natural anda semata-mata atas nama sebuah kecantikan. Jangan luruskan rambut anda yang kerinting kerana anda sudah cantik begitu. Jangan bertindak melulu putihkan kulit kerana anda sudah cantik berkulit sawo matang. Jangan tipiskan kening yang lebat kerana ia mungkin penarik bagi diri anda. Firman Allah, manusia adalah sebaik-baik kejadian. Syukurilah nikmat Allah dengan tenang. Kecantikan anda akan terpancar dengan menjadi diri anda sendiri.

Cara menangani kulit kering

1. Banyakkan minum air putih

Minum air putih dalam kuantiti 8 gelas sehari atau lebih. Ia dapat menghidrasi kulit dan menghindarkan kekeringan.

2. Banyakkan pengambilan buahan dan sayuran
Di samping mempunyai kandungan air semulajadi, buah-buahan juga mempunyai khasiat vitamin C untuk kesihatan kulit.

Sayur-sayuran mempunyai serat dan vitamin yang berfungsi untuk memperbaiki regenerasi kulit

3. Gunakan krim pelembab
Krim pelembab cukup digunakan 2 kali sehari. Namun jika anda sentiasa duduk di dalam persekitaran berhawa dingin, anda mungkin perlu meningkatkan penggunaannya. Lebih-lebih lagi di waktu tengahari tatkala kulit terasa kering di peringkat maksimum. Jika anda seharian berada di pejabat, boleh cuba cara mengaplikasikan pelembab seperti yang dicadangkan pakar. Cuma percikkan sedikit air pada wajah kemudian diikuti dengan pemakaian pelembab muka seperti biasa.

4. Ambil suplemen

Jika anda inginkan produk yang membantu menangani masalah kulit kering, Evening Primrose Oil (EPO) adalah pilihan terbaik. Sesetengah orang yang mengamalkannya mendakwa ia boleh menjadikan awet muda. EPO juga adalah pilihan semulajadi jika anda mengalami masalah haid yang tidak teratur. Juga membantu dalam menangani gejala-gejala menopause. EPO is a woman's bestfriend.







Tuesday, 3 May 2011

Lambakan produk kecantikan

Pelbagai produk dan jenama kecantikan menghiasi rak-rak farmasi dan pasaraya sehingga adakalanya terasa begitu sukar membuat pilihan. Jika anda berada di dalam dilemma ini, kuncinya ialah dengan memilih hanya jenama yang telah established di pasaran. Sebagai contoh, Clinique atau Garnier (yang telah berusia 100 tahun di UK namun hanya setahun dua ini menjengah pasaran Malaysia).

Sewaktu menempuh zaman remaja dahulu tidak banyak rangkaian produk kecantikan yang boleh saya gunakan. Sekitar tahun 90-an dahulu, jenama untuk perawatan wajah hanya segelintir cuma.


'Hazeline Snow' jenama yang cukup klasik. Rasanya ia masih bertapak di pasaran namun telah melalui proses 'repackaging'. Krim di dalam botol ini berwarna putih dan sejuk. Juga ada dalam bentuk sabun kecantikan. Sukar memikirkan jenama lain yang boleh menandingi populariti krim Hazeline Snow pada ketika itu.



Jika bukan Hazeline Snow, apa lagi pilihan yang ada melainkan Oil of Ulan. Krimnya berwarna merah jambu dalam packaging seperti di atas (gambar). Kini Oil of Ulan telah dijenamakan semula menjadi 'Olay'. Selain krim Total Effects yang sungguh popular, Olay juga ada rangkaian yang boleh tahan mahalnya iaitu 'Olay-Regenerist'.

Selain daripada dua produk di atas, Sheseido Honey Cake juga agak popular pada ketika itu. Rasanya produk ini masih bertahan di pasaran kerana Sheseido adalah nama yang sangat established. Kandungan madunya bersifat melembabkan dan sabunnya yang kompak juga jimat dipakai.

BB cream yang ajaib

BB cream pada asalnya adalah produk klinikal. Ia digunakan oleh pakar kulit untuk merawat wajah usai pembedahan laser kerana keadaan kulit pada ketika itu amat-amat sensitif. Kemudian ia digunakan secara meluas oleh pelakon-pelakon Korea di dalam siri-siri yang dibintangi oleh mereka. Dek kerana terpegun dengan wajah mulus pelakon-pelakon inilah, maka BB cream mendapat sambutan hangat apabila mula diperkenalkan di pasaran kecantikan.

Awalnya tidak banyak jenama kosmetik yang mempunyai produk BB cream mereka sendiri. Antara jenama yang mula-mula memasarkan produk BB cream di Malaysia ialah Silky Girl.

Kini semakin banyak produk-produk BB cream untuk dicuba di pasaran. Antaranya Bio-Essence, The Face Shop, Clinique dan Skin79 (Korean Beauty Square). Maybelline juga ada menawarkan produk BB cream di kaunter kecantikan mereka.

BB cream amat digemari kerana ia menawarkan banyak kebaikan seperti mencerahkan kulit, menyamaratakan tona dan menegangkan kulit tanpa menyumbat pori-pori. Cara penggunaannya ialah dengan memicit sebutir 'pea-sized' BB cream di belakang tapak tangan dan tepuk perlahan-lahan di wajah. (Anda boleh google untuk tutorial penggunaan BB cream yang betul). Jika belum pernah mencuba produk BB cream, saya cadangkan yang berikut ini :-


BB cream yang memberi liputan cantik dari Cosway


Ikon cantik

Berikut adalah figura-figura yang penulis labelkan sebagai cantik sepanjang zaman


Seniwati Latifah Omar adalah 'seri panggung' filem-filem Melayu sekitar 60'an. Salah satu daripada filem yang dibintanginya ialah 'Cucu Datuk Merah' bergandingan dengan Nordin Ahmad. Beliau juga adalah si Bawang Merah, watak protagonis dalam kisah 'Bawang Putih Bawang Merah'. Meskipun berlakon dalam layar hitam putih, seri cantiknya amat terserlah ditambah dengan sebutir tahi lalat ayu di tepi bibir kiri. She is truly a classical beauty.

Seniwati Sarimah juga tidak perlu diperkenalkan lagi di arena kecantikan. Wajahnya klasik dan punya pesona tersendiri. Beliau adalah 'the living legend of beauty'. Seniwati Sarimah berkongsi rahsia kecantikan melalui jamu 'Mayang Suri' yang diusahakannya sendiri.

 Datin Seri Normala Shamsuddin aka 'Wanita Melayu Tercantik'. Datin Seri Normala kekal cantik menginjak usia 40-an. Jika orang seusianya sedang risau membilang kedut, Datin Seri Normala masih ayu dengan raut wajah comel. Kini lebih suka menjalani hidup 'low profile'

The ravishing beauty that no need to be introduced. Vanidah Imran kekal cantik meskipun bukan lagi di usia 20-an. Di arena lakonan juga namanya masih bersinar dan kini mengukir namanya di bidang pengacaraan. Walau pun diasak dengan muka-muka baru yang semuanya rupawan dan silih berganti di arena hiburan, Vanidah kekal dalam kelasnya yang tersendiri. Beliau benar-benar menepati gambaran cantik bagi wanita di rantau ini. Amat sesuailah memeran watak 'Wanita Melayu Terakhir' suatu ketika dulu.