Pembaca Molek

Tuesday 3 May 2011

Lambakan produk kecantikan

Pelbagai produk dan jenama kecantikan menghiasi rak-rak farmasi dan pasaraya sehingga adakalanya terasa begitu sukar membuat pilihan. Jika anda berada di dalam dilemma ini, kuncinya ialah dengan memilih hanya jenama yang telah established di pasaran. Sebagai contoh, Clinique atau Garnier (yang telah berusia 100 tahun di UK namun hanya setahun dua ini menjengah pasaran Malaysia).

Sewaktu menempuh zaman remaja dahulu tidak banyak rangkaian produk kecantikan yang boleh saya gunakan. Sekitar tahun 90-an dahulu, jenama untuk perawatan wajah hanya segelintir cuma.


'Hazeline Snow' jenama yang cukup klasik. Rasanya ia masih bertapak di pasaran namun telah melalui proses 'repackaging'. Krim di dalam botol ini berwarna putih dan sejuk. Juga ada dalam bentuk sabun kecantikan. Sukar memikirkan jenama lain yang boleh menandingi populariti krim Hazeline Snow pada ketika itu.



Jika bukan Hazeline Snow, apa lagi pilihan yang ada melainkan Oil of Ulan. Krimnya berwarna merah jambu dalam packaging seperti di atas (gambar). Kini Oil of Ulan telah dijenamakan semula menjadi 'Olay'. Selain krim Total Effects yang sungguh popular, Olay juga ada rangkaian yang boleh tahan mahalnya iaitu 'Olay-Regenerist'.

Selain daripada dua produk di atas, Sheseido Honey Cake juga agak popular pada ketika itu. Rasanya produk ini masih bertahan di pasaran kerana Sheseido adalah nama yang sangat established. Kandungan madunya bersifat melembabkan dan sabunnya yang kompak juga jimat dipakai.

No comments:

Post a Comment