- Minggu ini agak memenatkan kerana kurang teratur dari segi waktu tidur dan rehat tambahan pula risaukan kesihatan orang tua yang terganggu.
- Kepada pembaca yang mengikuti perkembangan blog saya selama ini pasti mengetahui yang ibu saya terlantar lumpuh dan bapa saya setia menjaganya. Baru-baru ini bapa saya pula demam dan kerana terlalu lemah bapa terjatuh di bilik air. Bapa kini menghuni wad di Hospital Putrajaya dan mungkin ada kaitan dengan komplikasi jantung.
- Kerana terlalu sibuk dengan komitmen tugas dan keluarga saya tiada masa bersolek. Mujur juruterapi mencadangkan produk baru Shin Sheikas dan krim siangnya bertindak dengan begitu cemerlang dalam melembabkan kulit sekaligus mencegah cela dan yang paling ajaib, tidak perlu memakai bedak dan foundation!
- Kekuatan diri pula perlu berfungsi 2 kali ganda lebih cergas dari biasa. Saya setia ditemani oleh multivitamin dari jenama Flavettes. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu risau kerana tubuh badan dilengkapi dengan pengambilan vitamin dan garam galian meskipun seringkali gagal mematuhi waktu makan dengan teratur.
- Saya sentiasa berdoa agar perjalanan kehidupan saya disinari rahmat dan dipermudahkan dari segala segi oleh Tuhan Yang Maha Mengasihani.
- Kadangkala buntu dan kering idea juga untuk menulis blog. Saya turut mengelakkan dari menulis tentang perkara yang terlampau peribadi. Carian pengunjung ke atas blog saya banyak yang menjurus kepada 'penjagaan ahli keluarga yang sakit' dan juga perkara seharian tentang pengalaman wanita mengandung, menjalani pembedahan dan juga perkara-perkara umum tentang kehidupan. Saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan secara jujurnya saya sendiri belum sempurna dalam melayari rumahtangga dan masih belajar untuk menjadi ibu yang paling mapan buat anak-anak. Saya sendiri sering tercari-cari rujukan dan pengalaman paling terbaik dalam menempuh penghidupan ini. Terima kasih buat insan-insan yang sentiasa di sisi saya terutamanya suami tersayang, Miss Lucy rakan saya yang paling understanding, ibu angkat yang saya panggil 'Mak' dan juga Dina, anak perempuan sulung saya yang matang dan setia menemani saya ke sana ke mari tak ubah seperti rakan karib sendiri.
- Sampai di sini dahulu coretan saya dan saya mengharapkan hari mendatang yang lebih menyinar, buat saya dan juga pembaca sekalian yang budiman. Semoga kita semua tergolong dalam insan-insan yang tabah menjalani kehidupan dan sentiasa positif minda dan diri.
Pembaca Molek
Thursday, 26 September 2013
Corat-coret Perihal Molek
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment