Perhatikan harga buffet yang ditempah. Hindari buffet yang berharga mahal sehingga mencecah RM100++ seorang. Elakkan pembaziran kerana Ramadhan ialah bulan untuk mendidik nafsu
Jangan mengambil makanan sehingga menimbun di pinggan. Elakkan mengambil makanan yang tidak diminati, namun diambil juga kerana tamak. Akibatnya makanan sekadar terbiar tanpa dijamah
Perhatikan juga khasiat makanan. Jumlah makanan yang banyak dihidangkan membolehkan kamu membuat pilihan. Hindari makanan berlemak atau terlalu manis
Perhatikan juga tahap kebersihan. Pastikan buffet Ramadhan yang dikunjungi sama ada di hotel atau restoran itu mementingkan hygene.
Meskipun bergembira dengan seleksi makanan yang banyak, jangan abaikan solat. Berhenti untuk solat Maghrib dan sebaik-baiknya teruskan dengan bertarawikh. Jangan terlalu mengikut nafsu sehingga mengabaikan kesihatan
No comments:
Post a Comment