a mother with her little baby |
- Selepas bersalin, kamu mesti mengamalkan tabiat pemakanan yang baik dan mengambil makanan berkualiti. Pastikan makanan yang kamu makan cukup nutrisi, lebih-lebih lagi jika menyusukan bayi atau baru saja sembuh dari pembedahan caesarean.
- Cukup dengan memakan makanan yang ringkas namun bernutrisi. Antara makanan yang baik untuk diamalkan ialah buah-buahan segar, sayuran mentah, roti bakar dengan keju, yoghurt, kismis dan cereal (bijirin) serta daging dan ikan.
- Masalah sembelit boleh diatasi dengan mengambil makanan yang tinggi kandungan fiber seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum air secukupnya terutama jika menyusukan bayi. Jika masalah sembelit berlarutan, amalkan minum jus buah prun
- Jika bersalin secara caesarean, banyakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan vitamin C dan protein kerana ia membantu dalam menyembuhkan luka dan memperbaiki sel-sel tubuh badan.
No comments:
Post a Comment