Saban hari menyapu kilauannya di bibir, pernahkah kita terfikir, apakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan lipstik? Dewasa ini terlalu banyak bahan yang meragukan. Pemakaian kosmetik juga tidak terkecuali. Sekurang-kurangnya kita patut ambil tahu apa kandungan-kandungan di dalamnya, supaya minda tidak was-was semasa bersolek.
- lilin lebah (beeswax) - Lilin lebah digunakan sebagai komponen untuk membentuk lipstik
- pewangi (fragrance) - Kebanyakan pengeluar lipstik akan meletakkan sedikit pewangi supaya ia mempunyai bauan yang menyenangkan
- minyak - kebiasaannya pengeluar akan menggunakan minyak sayuran, minyak mineral (yang digunakan dalam 'baby oil') atau minyak lanolin
- pengawet dan antioksidan - digunakan bagi memastikan lipstik dapat tahan lebih lama dan tidak terjejas atau rosak
- pigmen / dye - bahan utama yang memberi warna kepada lipstik, diperbuat sama ada dari tumbuhan atau bahan kimia
- Kebanyakan lipstik telah diuji supaya selamat digunakan, namun jauhi lipstik yang mengandungi bahan merbahaya seperti 'lead' yang boleh menyebabkan kanser.
Jangan hanya bergantung kepada lipstik semata-mata untuk memiliki bibir yang cantik. Pelihara kesihatan bibir kerana bibir yang sihat dan menawan mencerminkan keperibadian dirimu. Pastikan bibir sentiasa kekal lembut dan lembab. Skrub bibir dengan lembut setiap kali kamu mencuci muka. Guna lip balm (pelembab bibir) untuk mencegah bibir kekeringan. Minum banyak air untuk memastikan kesihatan bibir. Juga periksa kandungan lipstik agar tiada bahan merbahaya di dalamnya.
No comments:
Post a Comment