- Hargai diri dengan cara mengambil berat keperluan tubuh badan supaya kamu sihat dalam menjalani kehidupan. Bersyukur dengan fungsi tubuh badan, dan peruntukkan masa untuk menjaga diri sendiri. Pastikan kamu ada masa untuk bersenam, mandi kecantikan, menjaga kesihatan gigi dan juga mengambil makanan dan minuman yang berkhasiat.
- Minda mesti sihat dan positif. Penuhi masa dengan perkara-perkara yang 'menyuburkan minda'. Contohnya, menulis, membaca, bertukar-tukar fikiran dsb. Pupuk minat untuk sentiasa bersemangat dalam mempelajari perkara baru dan menerokai pengalaman berbeza. Contohnya, minat dalam mengembara dan melancong ke tempat-tempat baru. Lakukan apa saja yang boleh menjadikan kamu 'passionate' dan lebih positif dalam menjalani kehidupan. Melakukan perkara-perkara yang digemari akan menjadikan kamu lebih menghargai dan menyayangi diri.
- Semangat mesti sihat dan ceria. Ketenangan dalaman penting untuk mencapai kebahagiaan. Sembahyang adalah kunci kepada ketenangan dan keamanan. Di samping itu, banyakkan melakukan perkara-perkara gembira. Contohnya, dengan menonton filem atau komedi. Hidup akan lebih bersemangat jika kita kerap tertawa kerana setiap tawa itu membawa harapan yang optimistik. Belai jiwa supaya diri kamu selesa, contohnya dengan menikmati keindahan pantai dan alam semulajadi.
- Cari kekuatan diri. Kenali diri kamu sendiri dengan sejujur-jujurnya. Percayalah yang diri kamu menarik dan unik. Kecantikan diri sebenarnya merujuk kepada apa yang kita rasai, dan terjemahkan. Kita tidak perlu bergantung kepada pujian orang lain untuk merasa cantik. Kecantikan terbit dari dalam dan kuasa untuk menjadi cantik adalah sebenarnya datang dari keyakinan diri kita sendiri.
Pembaca Molek
Thursday 11 August 2011
Percaya pada diri sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment