Minyak pokok teh (tea tree oil) telah digunakan sejak berabad lampau oleh kaum aborigines (orang Asal) Australia untuk pelbagai jenis kegunaan dan rawatan. Tea tree oil diperolehi dengan cara mengewap daun pokok teh dan kemudian diperah untuk mengekstrak minyaknya yang berwarna kekuningan. Tea tree oil mampu merawat pelbagai jangkitan kerana fungsinya yang mencegah kulat, virus dan juga bakteria.
- Tea tree oil boleh merawat akne
- Berkesan merawat jangkitan kulat kuku (toenail fungus). Titiskan tea tree oil secara terus kepada kuku yang terkena jangkitan sebanyak sekali sehari. Ulang hingga sembuh
- Boleh mencegah bau mulut. Caranya, dengan menitiskan tea tree oil kepada ubat gigi dan berus gigi seperti biasa
- Selsema/ resdung. Penuhkan sebuah bekas dengan air mendidih. Titiskan 2-3 titik tea tree oil. Berselubung dengan kain dan sedut nafas dalam-dalam dari wap tea tree oil tadi selama 5-10 minit. Lakukan sebelum tidur selama sekurang-kurangnya 5 malam sehingga simptom berkurangan.
The Body Shop |
Thursday Plantation |
No comments:
Post a Comment