Pembaca Molek

Tuesday, 21 June 2011

Wanita mesti........

1. Melabuhkan jilbab

Ibarat mutiara yang disayangi yang akan disimpan elok-elok dan terlindung dari pandangan. Tutuplah auratmu dan labuhkanlah kerudungmu untuk menghindarkan dari mata-mata liar. Melabuhkan jilbab bertujuan untuk menjaga kehormatan diri dan memelihara maruah sewajarnya

2. Berpengetahuan

Cantik semata-mata tanpa buah fikiran yang bernas menjadikan anda kurang dihargai dan dihormati. Jadilah wanita yang berpengetahuan dan mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam masyarakat. Jangan biarkan diri kosong tanpa berilmu. Ingatlah, kecantikan diri akan pudar tetapi manusia akan dihargai kerana ketertinggian ilmunya

3. Mempertahankan diri

Lengkapi diri dengan ilmu mempertahankan diri. Dunia sekarang bukan lagi sebuah tempat yang selamat dan wanita sering terancam. Jangan sewenang-wenangnya keluar rumah tanpa tujuan kerana orang berjiwa jahat ada di mana-mana dan ditakuti kita yang menjadi mangsanya. 

4. Penuh kasih sayang

Wanita secara semulajadinya dilahirkan berjiwa halus dan mudah meyayangi. Hargai orang di sekeliling anda dan curahkan kasih sayang kepada suami, ibu bapa, anak dan rakan taulan. Jauhi dendam, prasangka buruk, hasad dengki dan emosi. Hati akan jadi lebih tenteram

5. Ada sifat malu

Sifat paling berbeza antara lelaki dan wanita ialah wanita dikurniakan sifat malu. Disebabkan sifat malu inilah, wanita patut menjaga akhlaknya agar terpuji dan disenangi. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan, nilai wanita terletak pada kesopan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulannya. Saidatina Aisyah RA juga pernah berpesan 'Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang'. Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

No comments:

Post a Comment